Warga emas terabai hingga sanggup pilih penjara
Apabila usia memasuki fasa warga emas, kita tidak tahu apa nasib yang mungkin akan kita hadapi. Jika ada anak-anak yang boleh menjaga kita, syukur. Tapi, bagaimana jika kita menjadi salah satu warga emas terabai?
Begitulah nasib para wanita warga tua di Jepun ini. Hampir 27.3% daripada rakyat Jepun terdiri daripada warga tua atau warga emas. Di sebalik statistik itu, apa yang lebih mengejutkan ialah bagaimana warga tua ini kebanyakannya terabai!
Oleh sebab warga emas terabai, mereka ini sanggup memilih untuk melakukan jenayah kecil semata-mata kerana ingin memasuki penjara. 1 daripada 5 wanita yang memasuki penjara di Jepun adalah warga emas!
Jenayah kecil yang mereka lakukan biasanya adalah mencuri atau shoplifting. Tapi jika warga emas terabai, kenapa mereka memilih untuk menghabiskan hidup di penjara?
Warga emas terabai hingga kesunyian dan kesepian
Menurut tinjauan yang dilakukan oleh pihak kerajaan Tokyo sejak tahun 1980 hingga 2015, warga emas terabai di Jepun semakin meningkat hingga hampir 6 juta!
Warga emas yang terabai ini dilaporkan tinggal seorang diri. Separuh daripada mereka pula didapati akan sengaja “mencuri” secara berseorangan.
40% daripada warga tua yang ditangkap sama ada tidak mempunyai keluarga atau sudah “dibuang” oleh keluarga selama-lamanya. Apabila ditangkap, mereka menjelaskan yang mereka tiada sesiapa untuk membantu lagi.
Yumi Muranaka, ketua warden di Penjara Wanita Iwakuni menjelaskan kebanyakan warga emas terabai yang sengaja memilih penjara sebagai tempat mereka ingin duduk ini adalah warga emas yang kecewa dan kesepian.
“Kebanyakan mereka mungkin ada rumah dan keluarga. Tapi mereka terlalu kesepian. Mereka tidak rasa seperti berada di rumah atau memiliki keluarga,” ujar Yumi.
Di mana bantuan untuk warga emas terabai?
Wanita warga tua didapati akan lebih menghadapi masalah ekonomi berbanding lelaki. Kebanyakan mereka hidup dalam kemiskinan dan tinggal seorang diri.
Salah seorang warga emas terabai di Penjara Wanita Iwakuni mendedahkan “Suami saya meninggal tahun lepas. Kami tiada anak. Jadi saya duduk seorang diri. Satu hari, saya ke pasaraya untuk beli sayur. Tapi saya ternampak daging dan saya inginkannya. Tapi saya tiada duit, jadi saya mencuri….”
Hingga kini, pihak kerajaan dan sektor swasta di Jepun masih gagal mewujudkan program pemulihan untuk warga emas. Ini menyebabkan jumlah warga emas terabai yang “memilih” penjara untuk hidup semakin meningkat.
Di sesetengah penjara, tugas sebagai warden umpama tugas sebagai jururawat di rumah. Mereka terpaksa menguruskan makan, minum, buang air dan mandi bagi warga tua terabai ini.
Kisah warga emas terabai hingga sanggup pilih untuk masuk penjara
Bagi memahami dengan lebih jelas tentang trend aneh yang semakin meningkat di Jepun ini, kami sengaja menemuramah beberapa warga tua yang memilih untuk duduk di penjara.
Berikut antara luahan hati mereka yang pasti akan meruntun hati anda.
*****
Puan F, 89 tahun
Warga emas terabai ini telah mencuri nasi, strawberi dan ubat-ubatan sebelum ditangkap. Beliau dijatuhkan hukuman penjara selama setahun setengah. Mempunyai satu anak perempuan dan cucu.
“Saya tinggal seorang. Dulu saya tinggal dengan anak perempuan saya. Tapi semua duit simpanan saya dihabiskan oleh menantu yang kaki pukul.”
Puan T, 80 tahun
Warga emas terabai ini telah mencuri kuali, makanan dan buah-buahan lalu dijatuhkan hukuman penjara selama 2 tahun setengah. Beliau memiliki anak lelaki dan anak perempuan.
“Masa saya masih muda, saya tak terfikir untuk mencuri. Saya bekerja keras selama 20 tahun. Duit memang selalu tidak cukup, tapi saya mampu hantar anak-anak saya masuk kolej. Suami saya ada strok 6 tahun lepas dan kini sudah meninggal.
Saya ada duit. Tapi saya fikir, saya tak mahu balik ke rumah lagi. Satu-satunya cara untuk menyelamatkan saya adalah dengan meminta pertolongan dari penjara. Hidup saya lebih senang di sini.”
Puan K, 74 tahun
Warga emas terabai ini hanya mencuri Coca-cola dan jus oren. Namun, beliau masih dihukum penjara. Menurutnya, “saya duduk di rumah orang tua. Ibu bapa mana yang tak sedih apabila ditinggalkan di rumah orang tua? Saya tak sanggup lagi tinggal di sana. Lebih baik saya masuk penjara. Tiada apa di dunia luar untuk saya lagi.”
*****
Kasihan mereka, bukan? Sebak hati membaca luahan para ibu yang kini terabai tanpa penjagaan anak-anak ini. Ambillah kisah ini sebagai pengajaran.
Semoga kita dijauhkan daripada menjadi seorang anak yang tidak mengenang budi dan mengabaikan ibu bapa sendiri. Amin.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comibu-terbiar-rumah-orang-tua/
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!