Selepas Sekolah Dibuka, Ramai Kanak-Kanak Didapati Ketinggalan & Tidak Pandai Pegang Pensil

Pensil tulis tidak boleh dipegang akan menganggu proses pembelajaran anak-anak di sekolah. Ibu ayah hendaklah peka masalah dihadapi mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penutupan sekolah yang dicetuskan oleh wabak itu telah menyebabkan segelintir kanak-kanak prasekolah gagal menguasai kemahiran asas komunikasi, mendengar dan koordinasi termasuklah memegang pensil tulis, kata persatuan tadika.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Keadaan yang cukup membimbangkan bila kanak-kanak tidak pandai pegang pensil tulis
  • Bila anak tidak pandai pegang pensil tulis, ibu ayah kena tahu penyebab utama ia berlaku
  • Perkembangan otot halus tangan terganggu disebabkan penggunaan gajet

Presiden Persatuan Tadika Malaysia Eveleen Khoo berkata beberapa kanak-kanak berumur lima tahun masih “tidak tahu memegang pensil tulis”, lapor China Press.

Keadaan yang cukup membimbangkan bila kanak-kanak tidak pandai pegang pensil tulis

“Ada yang menangis kerana takut pergi ke sekolah dan mahu pulang.

“Kami tidak pernah menghadapi situasi seperti ini sebelum ini. Ia adalah keadaan yang cukup membimbangkan terutamanya apabila mereka memasuki Tahun 1 secara rasmi,” katanya dipetik akhbar harian Cina itu.

Khoo berkata pelajar di kawasan luar bandar akan menghadapi kesukaran yang lebih besar, berikutan kekurangan, atau masalah jaringan internet.

Beliau seterusnya berkata bahawa masa terbaik untuk kanak-kanak mengambil kemahiran mendengar, bertutur dan berbahasa ialah ketika mereka berumur empat tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mereka yang berada di Tahun 1 sepatutnya boleh memahami arahan asas seperti beratur dalam barisan atau mengangkat tangan, serta boleh menjawab soalan.

“Jika murid tidak memiliki kemahiran ini, ia boleh mengganggu pelajaran dan keupayaan untuk belajar.” jelasnya.

Bila anak tidak pandai pegang pensil tulis, ibu ayah kena tahu penyebab utama ia berlaku

Menurut perkongsian oleh seorang doktor, Ahmad Luqman Bukhari, masalah yang paling kerap berlaku pada zaman sekarang adalah ketidakupayaan kanak-kanak yang bersekolah untuk memegang pensil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anak dah masuk umur bersekolah tapi nak pegang pensil pun masih tak pandai.

Benda ni makin banyak berlaku sekarang ni. Tapi paling buat saya tersentak bila dapat tahu ada mak ayah yang cop anak dia bodoh, tak pandai belajar, main-main je kat sekolah semata-mata sebab si kecil tu tak pandai nak menulis.

Padahal sebenarnya ada sebahagian anak kita yang nampak bermasalah tu puncanya sebab perkembangan otot-otot halus (fine motor development) kat tangan mereka tu dah terjejas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesannya mereka tak ada kekuatan otot halus pada tangan dan tak dapat nak kuasai kemahiran memegang pensil.

Perkembangan otot halus tangan terganggu disebabkan penggunaan gajet

Masalah ini semakin kerap dikesan pada anak kecil yang banyak terdedah pada permainan gajet.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bermain gadget tu kalau mak ayah perasan ia hanya menggunakan sentuhan skrin. Tak lebih daripada tu. Akhirnya perkembangan otot halus tangan pun jadi terbantut.

Kebanyakan pengkaji beranggapan KEMUNGKINAN itulah penyebab utama kanak kanak hari ni tak dapat nak kuasai kemahiran untuk memegang pensel seterusnya tertinggal dalam proses pembelajaran.

Ada satu kajian dari China mengesahkan yang kanak-kanak yang selalu terdedah pada gajet dan kurang bermain permainan konvensional, fine motor development mereka jauh lebih lambat berkembang berbanding kanak-kanak yang biasa dengan aktiviti permainan manual.

Tengok-tengokkan anak kita kat rumah tu betul-betul dan sama-sama kita lakukan 4 perkara penting ni ye:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Galakkan anak kita untuk bermain permainan konvensional seperti menyusun blok (lego), mewarna dengan crayon, menggunting dan menyusun gambar pelekat. Kekuatan dan kestabilan otot tangan mereka dapat dilatih dengan lebih baik menerusi permainan macam tu.
  • Tolong kawal betul-betul penggunaan gadget. Lebih baik tak usah beri langsung gajet pada anak kita yang umurnya bawah 2 tahun sebagaimana saranan daripada American Academy of Paediatrics.
  • Jika anak kita belajar atau menonton melalui aplikasi online, make sure mak ayah rajinkan diri untuk duduk bersama anak supaya 2 ways communication turut berlaku.
  • Sekiranya mak ayah perasan yang anak kecil kita tu berdepan masalah ni, usahalah untuk dapatkan rujukan kepada terapi Pemulihan Carakerja. Ia merupakan salah satu bantuan yang sangat besar dan mungkin akan mengubah keseluruhan perjalanan hidup anak kita tu.

Jika si manja anda berdepan masalah ini, elakkan menunding jari pada mereka dan berusahalah mencari jalan penyelesaian terbaik. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ini Kongsi Teknik Ajar Anak Membaca & Menulis Sekaligus, Usia 5 Tahun Dah Boleh Baca & Tulis!

Baca juga: Cara Ajar Anak Menulis Dengan Kreatif & Seronok, Berkesan Untuk Elak Anak Cepat Bosan

Baca juga: Pentingnya Ajar Anak Melompat, Ada Kaitan Dengan Kemahiran Membaca & Menulis