Adakah akan ada kemungkinan penutupan sekolah selain di zon merah akibat penularan Covid-19 bertambah berikutan ada beberapa kawasan di negara ini yang mula menunjukkan peningkatan kes?
Harapnya tidak kerana anak-anak baru saja memulakan sesi persekolahan yang tertangguh kira-kira tiga bulan sejak wabak pembawa maut itu hadir.
Menurut laporan Berita Harian, pembukaan semula sesi persekolahan bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 6, Kelas Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 dan Tingkatan 6 Rendah di tiga bahagian di Sarawak iaitu Kuching, Padawan dan Samarahan ditangguhkan hingga 17 Ogos ini.
Penutupan sekolah diteruskan?
Kredit foto: Astro Awani
Menurut laporan Berita Harian lagi, penutupan sekolah oleh Kementerian Pendidikan (KPM) susulan penularan Covid-19 dilaksanakan berdasarkan kes, risiko dan kaedah menangani kemungkinan buruk.
Bersandarkan faktor itu penutupan sekolah tidak hanya membabitkan zon merah, sebaliknya berdasarkan penilaian Jabatan Pendidikan (JPN) mengenai cara terbaik menangani penularan wabak itu.
Isi masa lapang anak elak mereka rasa terkurung
Siapa saja yang suka hidup terkurungkan? Sesak rasanya dada bila tidak boleh keluar rumah atau berjumpa rakan-rakan.
Bukan hanya orang dewasa, remaja dan kanak-kanak juga pasti merasakan penyiksaan perasaan terkurung dalam rumah. Tapi apa nak buat, demi memutuskan rantaian penyebaran Covid-19, kita wajib patuh kepada Prosedur Operasi Standart (SOP) yang dikeluarkan kerajaan.
Kita perlu jaga diri sendiri, masyarakat dan negara kerana jika wabak ini masuk gelombang kedua dengan keadaan lebih teruk ekonomi negara pasti terjejas sekaligus menjejaskan kita semua. Mesti tak mahukan?
Masa lapang anak-anak perlu diisi dengan perkara berfaedah, jangan sampai mereka rasa bosan dan asyik menghadap gajet saja. Paling tidak mahu, nak buka sekolah nanti kena pakai kaca mata pula sebab terlalu lama luangkan masa pada skrin.
Terlalu leka gajet bakal groom sifat individualistik anak
Menurut laporan Harian Metro, dalam tempoh ‘terkurung’ di rumah ini, anak-anak terutama remaja ini pastinya memberi tumpuan kepada peranti pintar masing-masing sama ada berbual kosong dengan rakan-rakan secara maya, bermain game atau asyik mengikuti perkembangan semasa di media sosial.
Harian Metro melaporkan, menurut Pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja, Profesor Dr Khaidzir Ismail sekiranya masa lapang anak remaja yang sentiasa diisi dengan kegiatan yang memberi tumpuan kepada peranti pintar sebenarnya boleh mewujudkan sifat individualistik yang menyebabkan mereka tidak gemar untuk bercampur atau melakukan aktiviti bersama ahli keluarga yang lain.
Ibu bapa perlu bijak kawal keadaan
Ibu bapa perlu bijak mengawal keadaan itu kerana khuatir anak-anak sudah terbiasa dalam keadaan berkenaan dan tidak lagi mempunyai minat untuk memberi perhatian kepada tanggungjawab mereka sebagai ahli keluarga.
Ibu bapa yang memimpin institusi kekeluarga seharusnya mempunyai strategi atau menyusun aktiviti yang boleh memberi kesan kepada anak-anak remaja itu lebih matang dan berkepimpinan.
Jadi apa jenis aktiviti yang boleh dilakukan untuk anak-anak yang terpaksa duduk di rumah ini?
#1. Solat jemaah
Bagi yang beragama Islam, jadikan solat jemaah sebagai rutin. Jika anak lelaki beri tanggungjawab untuk mereka menjadi imam.
Ini kerana menurut pakar psikologi itu, solat berjemaah pastinya dapat mendidik anak-anak remaja untuk mempunyai rasa tanggungjawab kepada agama dan ia adalah tiang utama bagi membina keharmonian dalam institusi kekeluargaan.
#2. Memasak
Memasak juga antara yang boleh membantu anak-anak untuk menjadi lebih bertanggungjawab dengan ahli keluarga yang lain kerana mereka akan dapat mempelajari untuk menyediakan hidangan terbaik untuk seisi keluarga.
Cubalah pelbagai resepi bersama anak. Memasak boleh meningkatkan keyakinan diri mereka selain itu ia meningkatkan soft skill seseorang. Jangan ingat anak lelaki tidak perlu tahu memasak ya. Tahu memasak ini adalah skill survival yang patut semua manusia ada.
Sedap atau tidak belakang kira yang penting mereka tahu asasnya.
#3. Berkebun
Berkebun juga boleh menghilangkan kebosanan malah ia adalah terapi yang baik kerana berurusan dengan benda hidup terutama bercucuk tanam tumbuhan yang boleh dimakan.
Ada satu kepuasan jika tanaman menjadi dan jika sebaliknya anak boleh terus mencuba dan tidak berputus asa.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Harian Metro, Berita Harian
Baca juga:
https://my.theasianparent.comcuti-sekolah-murid
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!