Kisah Benar: Bayi Selalu Dipuji Orang Sekeliling, Kepala Jadi Bernanah Disebabkan Penyakit Ain

Penyakit ain dalam Islam berpunca dari pandangan mata orang sekeliling. Bagi ibu ayah yang memiliki bayi, berpada-padalah kongsi gambar anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kecomelan setiap bayi baru lahir membuatkan ramai orang sekeliling tertarik dan cenderung memujinya. Namun dalam tidak sedar, pujian melambung yang diperoleh menjadi punca penyakit ain dalam Islam.

Tidak dinafikan bahawa kebanyakan ibu ayah pada hari ini gemar berkongsikan gambar kenangan mahupun aktiviti yang dilakukan bersama anak-anak di media sosial.

Ini sekaligus membuatkan kenalan memberikan pelbagai komen, malah bagi yang tidak diberikan rezeki cahaya mata wujudnya sedikit rasa iri hati dengan si manja.

Penyakit ain dalam islam: ibu kongsi pengalaman sedih anak terkena penyakit ain

Menerusi perkongsian tiktok @nrbathin, bayinya bernama Mahdi dikurniakan kecomelan dengan berambut tebal sejak dia dilahirkan. Namun tidak menyangka terpaksa berdepan ujian penyakit ain dalam Islam disebabkan pujian melambung dari orang sekeliling.

Sehingga setiap orang yang baru melihatnya, pasti akan memuji dan menegur kecomelan rambut Mahdi.

Banyak sekali yang memuji rambutnya, tanpa menyebut ‘Masyaallah’

Sampai bintik-bintik nanah muncul di kepalanya, di atas dahi.

Gambar penyakit ‘ain: kepala anak naik benjolan bisul

Setiap orang yang terkena penyakit panahan mata ini mengalami kesan berbeza. Ibu kepada Mahdi turut memuat naik beberapa keping gambar penyakit ain yang dialami oleh anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak lama selepas itu, bintik-bintik nanah berubah menjadi benjolan serupa bisul. Bukan satu, tapi banyak. Dia juga mengalami demam on off selama seminggu lebih.

Setelah berjumpa doktor, bisulnya pun mula sembuh. Tapi banyak nanah yang keluar. Kami terpaksa potong rambutnya sehingga botak dan nampak bahagian kulit kepalanya.

Kini rambut Mahdi tumbuh tidak lebat lagi. Alhamdulillah, sekarang dia sudah sihat. 

Apa itu penyakit ain dan mengapa ibu ayah kena waspada

Penyakit ain adalah merupakan salah satu gangguan yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai bersama perasaan iri dan hasad dengki.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Imam Muda Hassan mengatakan bahawa penyakit ain dalam Islam disebabkan oleh rasa takjub terhadap apa yang dipandang walaupun tanpa sekelumit pun rasa iri hati, tidak kiralah sama ada daripada orang soleh ataupun orang dicintai orang ramai.

Pandangan Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitab Fathul Bari:

‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.

Justeru bagi mengelakkan penyakit ain bayi, kita sebagai umat Islam hendaklah mengucapkan kalimah Masya-Allah jika melihat kanak-kanak comel atau orang yang cantik serta perkara yang menakjubkan.

Doa elak penyakit ain yang boleh diamalkan setiap masa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk mengelakkan dan melindungi bayi daripada terkena penyakit ‘ain, baca dan amalkan doa penyakit ain yang dibacakan oleh Nabi SAW kepada cucunya, Hassan dan Hussain:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّةِ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَامَّةٍ، وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لاَمَّةٍ

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada godaan syaitan, binatang berbisa dan daripada pandangan mata yang bersifat dengki.” (Riwayat al-Bukhari, no. 3371)

Selain itu, bagi mereka yang mungkin boleh memberi penyakit ini kepada orang lain apabila melihat seseorang yang dikagumi. Seeloknya mendoakan keberkatan seperti mengucapkan ‘Barakallahu fik’.

Ia membawa maksud semoga Allah memberikan keberkatan. Atau ucapkan ‘Tabarakallah’ yang bermakna segala kehendak milik Allah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara merawat penyakit ‘Ain

Menurut lama Mufti Wilayah Persekutuan, ada beberapa cara yang boleh dilakukan sekiranya seseorang terkena ‘Ain.

#1. Dibacakan ruqyah atau doa

Daripada Buraidah bin Al-Husyaib R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

لاَ رُقْيَةَ إِلاَّ مِنْ عَيْنٍ أَوْ حُمَة

Maksudnya“Tidak ada ruqyah (yang lebih bermanfaat), kecuali untuk penyakit ‘ain, atau penyakit yang diakibatkan sengatan binatang berbisa..”

Riwayat al-Bukhari (5705) dan Muslim (220)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Dimandikan dengan air

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abi Umamah bin Sahl bin Hunaif, beliau berkata: Amir bin Rabi’ah melewati Sahl bin Hunaif ketika dia sedang mandi, lalu Amir berkata: 

“Aku tidak melihat seperti hari ini, kulit yang lebih mirip (keindahannya) dengan kulit wanita yang dipingit.” 

Tidak berapa lama kemudian Sahl terjatuh, lantas beliau dibawa kepada Nabi SAW, lalu dikatakan: “Selamatkanlah Sahl yang sedang terbaring sakit.” Baginda SAW bersabda: 

“Siapa yang kamu curigai telah menyebabkan ini?” Mereka berkata: “Amir bin Rabi’ah.” Baginda SAW bersabda:

عَلاَمَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ ، إِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ مِنْ أَخِيهِ مَا يُعْجِبُهُ ، فَلْيَدْعُ لَهُ بِالْبَرَكَةِ

Maksudnya“Kenapakah salah seorang daripada kamu membunuh saudaranya? Seharusnya apabila salah seorang daripada kamu melihat sesuatu pada diri saudaranya yang menakjubkan, hendaklah dia mendoakan keberkatan untuknya.”

Kemudian Baginda SAW meminta air, lalu menyuruh Amir untuk berwudhu’. Amir mencuci wajahnya, kedua tangannya sampai ke siku, dua lututnya dan bahagian dalam kainnya.

Nabi SAW memerintahkannya untuk menyiramkan (bekas air wudhuknya) kepada Sahl. Sufyan menyebut, Ma’mar berkata, daripada al-Zuhri: “Baginda SAW memerintahkannya untuk menyiramkan air dari arah belakangnya.”

Riwayat Ibn Majah (2828), al-Nasa’ie (10036)

Ibn al-Qayyim Rahimahullah berkata:

هَذِهِ الْكَيْفِيَّةُ لَا يَنْتَفِعُ بِهَا مَنْ أَنْكَرَهَا وَلَا مَنْ سَخِرَ مِنْهَا وَلَا مَنْ شَكَّ فِيهَا أَوْ فَعَلَهَا مُجَرِّبًا غَيْرَ مُعْتَقِدٍ

“Cara pengubatan ini tidak akan dapat mengambil manfaatnya bagi orang yang mengingkarinya, orang yang mempersenda-sendakannya, orang yang meragukannya atau yang melakukannya sekadar cuba-cuba tanpa meyakini.” (Lihat Fath al-Bari, 10/205)

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bahaya Penyakit Ain Pada Anak Kecil, Ini Cara Yang Perlu Ibu Buat Untuk Elak Dari Terkena

Baca juga: Orang Tua Selalu Larang Ibu Baru Memuatnaik Gambar Bayi Baru Lahir Dengan Alasan Penyakit Ain. Mengapa Ya?

Baca juga: Anak Diserang Sawan Lepas Main Kucing Sakit, Doktor Ambil Air Tulang Belakang & Terpaksa Ditidurkan