Ibu Yang Anxiety Cenderung Diwarisi Oleh Anak Perempuan Berbanding Lelaki- Kajian

Penyakit anxiety boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Kajian terbaharu mendedahkan hal yang mengejutkan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi anda yang belum mengetahui secara jelas apa itu penyakit anxiety, ia adalah gangguan kecemasan yang menyebabkan perasaan resah dan takut. Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. 

Namun kajian mengatakan bahawa golongan wanita lebih kerap menghidap penyakit anxiety disorder ini berbanding lelaki.

Penyebab seseorang menghidap penyakit anxiety

Menurut National Health Service (NHS), penyebab utama seseorang mengalami anxiety masih belum dikenal pasti.

Namun ia berkemungkinan disebabkan gabungan beberapa faktor. Antaranya adalah:

  • Faktor genetik
  • Persekitaran
  • Perubahan kimia dalam otak
  • Pernah berdepan pengalaman traumatis
  • Hormon serotonin dan noradrenalin pada otak tidak seimbang
  • Otak terlalu bekerja keras

Anxiety adalah penyakit yang cenderung diwarisi anak perempuan berbanding lelaki

Kajian terbaharu mendapati bahawa gangguan kecemasan ini cenderung diturunkan daripada ibu kepada anak perempuan. Penyelidik telah melakukan kajian bagi melihat perkembangan anxiety melibatkan 400 orang kanak-kanak Kanada berumur sekitar 10 tahun. Ia memberi tumpuan terhadap keluarga yang berisiko mengalami gangguan emosi dan mood.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya genetik memainkan peranan lebih besar, gangguan anxiety ini akan berlaku pada kedua-dua jantina kanak-kanak tanpa mengira sama ada ibu atau ayah ada mengalami penyakit ini.

Manakala jika kanak-kanak mengalami penyakit anxiety disebabkan oleh membiasakan diri mereka dan belajar dari ibu atau ayah yang sama jantina, corak mewarisinya pasti berbeza antara ibu kepada anak perempuan, dan bapa kepada anak lelaki.

Yang terakhir adalah apa yang ditemui oleh penyelidik- sekurang-kurangnya pada satu tahap. Dalam kajian tersebut, kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa sama jantina dengan mereka (menghidap anxiety) mempunyai hampir tiga kali ganda risiko untuk mengalami perkara yang sama.

Ibu atau ayah yang tidak anxiety mengurangkan risiko pada anak

Gangguan kebimbangan pada seorang ibu cenderung meningkatkan risiko anak perempuan mereka didiagnosis dengan penyakit yang sama dalam kajian itu. Berbeza pula dengan anak lelaki. Mereka berkemungkinan tidak mengalami penyakit ini jika si ayah menghidap anxiety. Namun sekiranya ayah mereka tidak mengalami gangguan kecemasan, ia mampu mengurangkan risiko anak lelaki menghidapinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam hal ini, memiliki ibu ayah yang berlainan jantina tanpa keadaan kecemasan tidak melindungi anak 100 peratus daripada penyakit anxiety. Walau bagaimanapun kajian ini tidak dapat menunjukkan sebab dan akibat kerana ia adalah pemerhatian dan retrospektif.

Tambah penyelidik lagi, agak sukar untuk menentukan sebab kerana mereka memperoleh maklum balas dua hala.  Akan tetapi, kanak-kanak mungkin membuat ibu ayah mereka anxiety atau sebaliknya.

Bagi mencegah penyakit ini diturunkan kepada anak, ibu bapa terlebih dahulu perlu diberi peluang mendapatkan rawatan. Kajian terdahulu menunjukkan masalah keresahan atau kebimbangan melampau boleh menjadi tingkah laku yang dipelajari oleh kanak-kanak daripada ibu ayah mereka  

Sebagai contoh, percubaan dilakukan di mana ibu ayah dipilih secara rawak bagi melihat sama ada mereka bertindak cemas atau tenang semasa anak-anak mengambil ujian ejaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hasilnya menunjukkan bahawa kanak-kanak mencerminkan sikap berkenaan dan mengembangkan kognisi cemas. Kajian lain telah mengaitkan gangguan kecemasan yang dialami ibu ayah berpotensi tinggi diturunkan pada anak-anak mereka.

Cara Mengatasi Masalah Anxiety Pada Anak

Anxiety atau masalah gemuruh adalah satu tindak balas semula jadi terhadap stress tetapi apabila ia tidak terkawal, ia boleh jadi satu pengalaman yang mencabar dan melampau untuk kanak-kanak. Sebagai ibu bapa dan penjaga, penting untuk mengenal pasti akan tanda anxiety pada anak dan memberikan sokongan yang mereka perlukan untuk mengatasinya. 

Berikut adalah beberapa strategi untuk membantu kanak-kanak mengawal anxiety, melegakan emosi serta daya tahan mereka:

1. Komunikasi secara terbuka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Salah satu langkah penting dalam membantu kanak-kanak dengan anxiety adalah melakukan komunikasi secara terbuka dan telus. Bina satu persekitaran yang selamat dan tanpa prejudis, di mana anak anda akan merasa selesa untuk berbincang akan perasaan dan ketakutan mereka. Galakkan anak untuk meluahkan emosi dan bertanya soalan. Mendengar secara aktif terhadap masalah mereka dapat membantu anda untuk faham pun anxiety mereka terjadi.

2. Sahkan perasaan mereka

Pengesahan adalah penting apabila menguruskan masalah anxiety pada kanak-kanak. Pastikan anak anda tahu yang ia normal untuk merasa gemuruh kadang-kala dan perasaan mereka itu sememangnya sah. Elak mengabaikan masalah kebimbangan mereka atau beritahu mereka untuk “jangan bimbang”. Sebaliknya, tawarkan rasa kasihan dan ingatkann bahawa yang ibu ayah sentiasa untuk menyokong mereka.

3. Kenal pasti pencetusnya

Kerjasama dengan anak anda untuk mengenal pasti pencetus spesifik pada masalah anxiety mereka. Pencetus ini boleh jadi berkaitan dengan sekolah, situasi sosial, dinamik keluarga, atau punca stress lain. Sekali anda tahu akan pencetus ini, ibu ayah akan dapat mengambil langkah sewajarnya dan membantu anak untuk mencipta mekanisma mengatasinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Ajar teknik relaks

Ajar teknik relaks boleh menguatkan anak anda untuk mengawal masalah anxiety mereka dengan efektif. Latihan bernafas, meditasi kesedaran dan kelonggaran otot progresif adalah kaedah mudah yang boleh dilakukan setiap hari. Galakkan anak anda untuk menggunakan teknik ini apabila mereka mula merasa gemuruh, membantu mereka untuk kembali dapat mengawal emosi.

5. Cipta satu rutin

Kanak-kanak berkembang dengan rutin. Jadual harian yang konsisten boleh menyediakan satu rasa stabil dan boleh dijangka yang boleh membantu untuk melegakan anxiety. Memastikan anak anda mendapat tidur secukupnya, makan makanan yang bernutrisi, dan aktif dengan aktiviti fizikal. Gaya hidup yang sihat boleh dengan signifikan memberi impak pada kesihatan emosi.

6. Galakkan percakapan dengan diri sendiri secara positif

Percakapan negatif terhadap diri sendiri boleh mengundang anxiety. Ajar anak anda untuk mencabar dan mengubah pemikiran negatif kepada positif. Sebagai contoh, jika anak anda risau tentang sebarang peperiksaan akan datang, bantu mereka untuk mengubah fikiran mereka dengan menukar kata dari “Saya akan gagal,” kepada “Saya sudah belajar dengan tekun, dan saya akan melakukan yang sehabis baik”.

7. Dedahkan pada terapi

Pendedahan secara berkala terhadap situasi yang menimbulkan kebimbangan boleh membantu anak anda untuk desensitize dan mengurangkan gemuruh. Mula dari usaha kecil, langkah yang boleh diurus, dan secara berkala tingkatkan tahap pendedahan itu apabila mereka kian selesa. Kekal sabar dan sediakan peneguhan positif sewaktu proses tersebut.

8. Dapatkan bantuan pakar

Jika masalah anxiety anak anda kian teruk atau secara signifikan meninggalkan impa dalam kehidupan harian, ia mungkin perlu untuk anda mendapatkan bantuan pakar. Seorang terapis bersijil atau kanselor boleh menyediakan teknik khusus dan strategi untuk menyelesaikan keperluan spesifik anak anda. Mereka juga boleh membantu anda dan anak anda untuk membangunkan pelan rawatan yang komprehensif.

9. Jadi contoh kepada mereka

Kanak-kanak selalunya belajar berdasarkan contoh. Sentiasa beringat akan tingkah laku anda dan cara bagaimana anda mengawal stress dan anxiety. Paparkan mekanisma daya tindak yang sihat dan peraturan emosi boleh memberikan impak positif pada kemampuan anak anda untuk mengawal anxiety.

10. Memupuk daya tahan

Daya tahan adalah kebolehan untuk kembali bangkit dari kesusahan. Galakkan anak untuk bina daya tahan yang boleh menghadapi cabaran, belajar dari  setback, dan bina skil menyelesaikan masalah. Tekankan kepentingan ketabahan dan keyakinan diri.

Penyakit anxiety adalah penyakit yang boleh dirawat dan dielakkan

Memandangkan penyakit anxiety adalah mainan minda, anda dinasihatkan meminta bantuan daripada pakar kaunseling. Rawatan meliputi terapi perilaku kognitif dan ubat-ubatan antidepres dapat membantu pesakit.

Selain itu, selalu tetapkan pemikiran yang positif dan cabar diri melakukan perkara yang anda takutkan selama ini. Apa yang penting, ubah cara anda berfikir. Daripada takut atau ragu-ragu kepada pemikiran positif dan penuh yakin.

Sokongan moral daripada keluarga, pasangan dan kawan-kawan amat penting bagi mengelakkan gangguan kecemasan. Semoga artikel ini bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ayah Hilang Pendapatan Kerana Covid-19 Cenderung Menjejaskan Kesihatan Mental Anak Di Rumah

Baca juga:  Kesihatan Mental Remaja Perempuan Lebih Rendah Berbanding Anak Lelaki- Kajian

Baca juga:  Waspada Penjenayah Menyamar Jadi Kawan Bapa, Cuba ‘Jemput’ Anak Kecil Di Sekolah