Ayah Kongsi 7 Tanda Yang Buat Dia Sedar Anaknya Ada Autisme, Parents Lain Pun Kena Peka!

Seorang bapa telah kongsikan tanda-tanda yang dapat dilihat pada anaknya yang didiagnos dengan penyakit autisme dari anaknya bayi hingga berusia tiga tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai ibu bapa yang masih tak tahu lagi tentang penyakit autisme walaupun seramai 47,000 kanak-kanak di Malaysia menghidap autisme.

Akibatnya, kebanyakan dari mereka tak didiagnos lebih awal kerana kurang pengetahuan tentang sindrom ini.

Sebab itu, seorang bapa telah berkongsi tanda-tanda autisme pada anaknya ini supaya ibu bapa di luar sana lebih peka dengan tingkah laku anak mereka.

Apa itu penyakit autisme?

Penyakit autisme adalah masalah perkembangan kompleks.

Ia melibatkan interaksi sosial kanak-kanak terganggu kerana mempunyai masalah kemahiran berkomunikasi, melakukan sesuatu yang tidak wajar berulang kali, gemar bersendirian dan mempunyai keinginan yang terhad terhadap sesuatu.

7 tanda-tanda ayah sedar anak ada penyakit autisme

Menurut perkongsian Abdul Malek MB di Facebook, anak sulungnya, Ibrahim, telah didiagnos dengan penyakit autism ketika usianya tiga tahun satu bulan.

Seperti kebanyakan ibu bapa lain, Abdul Malek juga tak tahu apa-apa tentang autisma.

Tapi, dia perasan beberapa perkara yang dilakukan oleh Ibrahim hingga membuatkan dia menghantar anak sulungnya ini untuk diperiksa. Antara tanda-tandanya adalah:

  • Ketika Ibrahim dua tahun hingga didiagnos, Ibrahim langsung tak mengeluarkan suara walaupun sudah mula bercakap beberapa perkataan
  • Ibrahim tak menoleh atau menyahut apabila dipanggil.
  • Tak main dengan Lego yang dibeli dan bermain dengan cara yang salah walaupun telah diajar berulang kali.
  • Bermain mainan dengan cara yang pelik. Bermain tayar dan sembunyikan mainan atau menyusun semua mainannya di bawah sofa.
  • Sering bangun tengah malam untuk bermain seorang diri, melompat, ketawa sendirian atau menangis.
  • Dua minggu pertama di sekolah, Ibrahim menggigit hampir semua rakannya 
  • Tak melakukan eye contact dengan orang yang bercakap dengannya.

Tanda-tanda penyakit autisme yang dilihat pada Ibrahim mengikut peringkat umur

Selepas anak sulungnya ini didiagnos, dia mula memikirkan tentang semua perkara pelik yang dilakukan oleh anaknya dari bayi hingga hari didiagnos.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Selepas didiagnos, saya termenung lama dan merenung perjalanan Ibrahim sejak dia lahir. Rupanya tanda autism itu sudah ada sejak dia dari bayi lagi!”

Antaranya:

0 bulan hingga 12 bulan

1 tahun hingga 2 tahun

2 tahun hingga tiga tahun

  • Langsung tak bersuara. Senyap.
  • Terlalu obses dengan permainan ATV dan bola.
  • Menangis dan ketawa seorang diri tanpa sebab.
  • Mengibas tangan dengan lebih kerap.
  • Menggigit kawan-kawan yang mengganggunya di taska 
  • Tak ada eye contact. Gemar melarikan matanya.
  • Sukar untuk dipegang.
  • Mudah tantrum. Bila tantrum, dia akan melompat, berguling dan pernah hantukkan kepala ke dinding.
  • Jika dia jatuh, dia hanya menangis selama 10 saat kemudian sambung bermain semula.
  • Suka selongkar barang seperti cadar, alas meja, kain baju. Barang-barang atas meja akan diturunkan.
  • Tak pandai bermain di taman permainan walaupun gelongsor atau buaian.
  • Tak suka mengikuti aktiviti di sekolah, tak ganggu orang lain dan suka bual hal sendiri.

Apa yang perlu anda lakukan selepas anak didiagnos dengan penyakit autisme?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pastikan M-chart anak di buat dengan betul dan bawalah anak cepat-cepat ke pakar yang berkaitan (bukan semua pakar kanak-kanak boleh mengesahkan anak anda autism). Jika ada tanda-tanda autisme yang common seperti speech delay, tak bersosial, kerap flapping, ketawa atau menangis tanpa sebab, tiada eye contact dan repetitive action. Silalah bawa untuk di diagnosis segera.”

Sesudah didiagnos jika sah autism, apply kad OKU secepatnya sebab untuk kebajikan anak agar diterima di pusat-pusat intervensi awal kerajaan. Yang swasta ada cuma agak tinggi kosnya. Salah satu yang termurah NASOM. Jika mampu bawa ke pusat swasta yang kadarnya di antara 2k-3k sebulan untuk half day, bagi saya tiada masalah. Cuma still, the best therapies (terapi OT, ST, Daily routine dan diet) untuk anak2 autism kita ini adalah Ibu Bapa sendiri. Jika anak sudah didiagnos, perkara pertama sekali buatlah sujud syukur dan belajar terima seadanya serta tidak membandingkan dengan kanak-kanak lain sbb anak autism berbeza dengan kanak-kanak tipikal (normal). Jika perlu nangis, nangislah semahunya dalam doa. Mengadulah dengan sepenuh jiwa kepada yang Maha Mendengar,Maha mengetahui, Maha memahami lagi Maha penyayang… Pakar pengkaji belum jumpa punca sebenar terjadinya autism. Jadi, bukanlah mudah untuk menerima dengan redha anak autism bagi ibu bapa, apatah lagi orang luar (apatah lagi apabila dengar cerita dari mulut parent yang mengajar anak autism dia, didik hanya untuk mandi berdikari sendiri. Dari buka baju sampai pakai baju semula mengambil masa setahun. Segala tekanan, stress kita sama-sama kembalikan kepada yang Maha menjadikannya.

Semoga dengan perkongsian ini, ia dapat membantu ibu bapa semua untuk mengesan masalah autisme pada anak dengan lebih awal.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Facebook, Early Autism Project

Kredit Gambar: Facebook

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gangguan Autisme Lebih Cenderung Terjadi Pada Anak Lelaki: Penemuan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nadia Ghafar