X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bagaikan Teka-Teki, Lelaki Ini Tampil Mengatakan Bahawa Dia Pesakit Pertama Covid-19

8 May, 2020
Bagaikan Teka-Teki, Lelaki Ini Tampil Mengatakan Bahawa Dia Pesakit Pertama Covid-19

Penyakit misteri dan bahaya, Covid-19 menyerang dunia telah meragut ratusan ribu nyawa. Namun, tiada siapa tahu siapakah pembawa pertama virus ini

Virus penyakit bahaya, Covid-19 bagaikan tiada kesudahan. Ia ditambah pula dengan tiada sebarang vaksin khusus bagi membanteras masalah ini sehingga masyarakat dunia terpaksa meneruskan hidup melalui norma baharu.

Meskipun lebih 5 bulan negara di dunia memeranginya melalui pendekatan lock down atau stay at home, orang awam sentiasa dinasihatkan agar keluar bila ada keperluan, menjaga jarak sosial dan sentiasa membasuh tahun.

Punca penyakit bahaya- Siapakah pesakit pertama menghidapinya?

bahaya penyakit berjangkit

foto: asahi

Dalam menyelidik bagaimana virus misteri ini wujud, pelbagai spekulasi dan maklumat yang mengelirukan telah berlaku. Ada yang mengatakan ia bermula di Wuhan, China dan ada pula bersuara datang dari Perancis.

Seorang lelaki dari negara berkenaan telah menyatakan bahawa dirinya adalah pesakit pertama dijangkiti Coronavirus sejak bulan Disember yang lalu.

Amirouche Hammar, 43 tahun telah mendapatkan rawatan di salah sebuah hospital Paris dan sampel selesema diuji semula dan dia disahkan positif Covid-19 pada 27 Disember 2019.

Difahamkan, Hammar adalah seorang pekerja di pasar ikan tidak melakukan sebarang perjalanan ke negara China. Hal ini mendatangkan kemusykilan adakah virus Covid-19 telah tersebar di Perancis sebelum 24 Januari, iaitu ketika negaranya mengesahkan kes pertama.

Bercakap dengan BFMTV, Hammar mengatakan bahawa dia telah menderita sakit dada yang sangat serius, tetapi para doktor telah merasa bingung dengan penyakit dialaminya sebelum mengesahkan ia adalah sejenis jangkitan paru-paru.

Walaupun para pakar mengingatkan agar berhati-hati mengenai penemuan itu, pihak WHO hari ini mengatakan ‘tidak mengejutkan’ jika satu kes telah terjadi pada bulan Disember sehingga berlaku lebih banyak penemuan selepas itu.

“Ada kemungkinan lebih banyak kes awal yang dapat dijumpai,” kata jurucakap WHO, Christian Lindmeier pada taklimat PBB di Geneva.

Dia telah menyeru negara-negara lain untuk memeriksa semula catatan kes pada akhir 2019 dengan mengatakan ini akan memberikan dunia gambaran baru dan lebih jelas mengenai wabak tersebut.

Tiada perjalanan ke negara China

bahaya penyakit covid-19

foto: uthm news

Tidak jelas bagaimana Hammar terkena virus itu, kerana dia tidak mempunyai hubungan langsung dengan China yang dikatakan titik wabak Covid-19 bermula akhir tahun lalu.

Isteri Hammar pula bekerja di pasar raya berhampiran Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris, di mana penumpang datang membeli-belah setelah pesawat mendarat.

Doktor yang mendedahkan kes penyakit bahaya berkenaan mengatakan bahawa isteri pesakit turut bekerja di pasar ikan dengan rakan-rakan yang berasal dari China.

“Kami tertanya-tanya adakah dia tidak menunjukkan sebarang simptom selama ini,” kata Dr Yves Cohen dari hospital Avicenne tempat Hammar dirawat.

Seterusnya, Hammar mengatakan bahawa Dr. Cohen telah menghubunginya dalam beberapa hari terakhir dan memaklumkan bahawa dia 100% positif Covid-19.

Pada masa itu dia mengalami gejala termasuk demam, batuk dan masalah pernafasan. Pada awalnya disyaki selesema, tetapi bingung dengan gejala yang semakin teruk dan pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pegawai perubatan berusaha mengenal pasti masalah yang dihadapinya, tetapi memberitahu bahawa ia mungkin jangkitan paru-paru dan memberi amaran bahawa penyakitnya sangat serius.

Setelah beberapa hari di hospital dia pulang dan akhirnya pulih, tidak menyedari dia telah dijangkiti Covid-19.

Melakukan semula ujian sampel pesakit

kesan bahaya penyakit coronavirus

foto: euronews

Dr. Cohen mengatakan para saintis di dua hospital telah menguji semula sampel dari 24 pesakit, salah satunya adalah positif.

Stories Rakan Kongsi
6 Sikap Ibu Yang Mengganggu Perkembangan Nutrisi Si Manja, Jangan Terlalu Tegas!
6 Sikap Ibu Yang Mengganggu Perkembangan Nutrisi Si Manja, Jangan Terlalu Tegas!
Tesco Malaysia Lancar Program 'Kembali Teguh' Bagi Membantu Murid-Murid Kembali Ke Sekolah
Tesco Malaysia Lancar Program 'Kembali Teguh' Bagi Membantu Murid-Murid Kembali Ke Sekolah
Adakah Anak Anda Suka Meniru Perangai Orang Lain?
Adakah Anak Anda Suka Meniru Perangai Orang Lain?
Make Laundry Day Easier…. EVERY DAY!
Make Laundry Day Easier…. EVERY DAY!

Hasil yang diterbitkan dalam International Journal of Antimicrobial Agents, menunjukkan bahawa Hammar dijangkiti satu bulan sebelum kes pertama dilaporkan di negara Perancis

China melaporkan virus baru itu kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 31 Disember, tetapi tidak ada kes yang disahkan di luar negara sehingga 13 Januari dan Perancis tidak mencatatkannya secara rasmi sehingga 24 Januari.

Dr. Cohen mengatakan masih terlalu awal untuk mengatakan dengan pasti sama ada Hammar adalah pesakit pertama di Perancis.

“Dia mungkin pesakit pertama, tetapi mungkin ada yang lain di wilayah lain. Semua PCR negatif untuk radang paru-paru mesti diuji lagi. Virus itu mungkin telah merebak ke tempat lain,’’

“Kami mengumpulkan teka-teki itu dan dia sememangnya tidak melakukan sebarang perjalanan. Satu-satunya hubungan yang dia adalah hanya bersama isterinya,’’ kata Dr. Cohen.

Ketua Jabatan Penyakit Berjangkit, Olivier Bouchaud, mengatakan bahawa virus itu boleh merebak secara senyap dalam kalangan penduduk tanpa ada yang dapat mengesan kehadirannya.

Manakala, seorang profesor virologi molekul di University of Nottingham, Jonathan Ball, mengatakan bahawa tidak mustahil ia adalah pengenalan awal, tetapi bukti tersebut tidak dapat disimpulkan dengan mudah.

Sumber: Dailymail.co.uk

Kredit foto: Freepik

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Bagaikan Teka-Teki, Lelaki Ini Tampil Mengatakan Bahawa Dia Pesakit Pertama Covid-19

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkelebihan-sedekah

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bagaikan Teka-Teki, Lelaki Ini Tampil Mengatakan Bahawa Dia Pesakit Pertama Covid-19
Kongsikan:
  • 5 Maut & 37 Orang Positif Covid-19, Puncanya Lepas Balik Dari Itali Tak Kuarantin Diri

    5 Maut & 37 Orang Positif Covid-19, Puncanya Lepas Balik Dari Itali Tak Kuarantin Diri

  • Kronologi Kewujudan Dan Penyebaran Wabak Novel Coronavirus Di Wuhan, China

    Kronologi Kewujudan Dan Penyebaran Wabak Novel Coronavirus Di Wuhan, China

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • 5 Maut & 37 Orang Positif Covid-19, Puncanya Lepas Balik Dari Itali Tak Kuarantin Diri

    5 Maut & 37 Orang Positif Covid-19, Puncanya Lepas Balik Dari Itali Tak Kuarantin Diri

  • Kronologi Kewujudan Dan Penyebaran Wabak Novel Coronavirus Di Wuhan, China

    Kronologi Kewujudan Dan Penyebaran Wabak Novel Coronavirus Di Wuhan, China

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.