Covid-19 Meragut Nyawa Budak 5 Tahun, Ibu Ayah Perlu ALERT Simptom Baharu Ini!

Covid-19 Meragut Nyawa Budak 5 Tahun, Ibu Ayah Perlu ALERT Simptom Baharu Ini!

Penyakit darah misteri dihadapi oleh golongan kanak-kanak dikatakan mempunyai kaitan dengan Coronavirus. Ia jarang berlaku namun berupaya meragut nyawa!

Pada hari Jumaat lalu telah mencatatkan sebanyak 73 kes kanak-kanak di New York yang menghidap penyakit darah misteri dan mempunyai kaitan dengan coronavirus. Bagi pasukan perubatan dan doktor, mereka memanggilnya sebagai sindrom radang multisistem pediatrik.

Memandangkan seluruh negara di dunia berdepan pandemik Covid-19 yang seakan-akan tiada penghujungnya, ketiadaan vaksin khusus pastinya mendatangkan rasa bimbang kerana ia mampu menyerang golongan tanpa mengira usia.

Menghidap penyakit darah yang jarang berlaku

kaitan penyakit darah dengan covid-19

Seorang kanak-kanak lelaki telah meninggal dunia di New York City hanya selepas beberapa hari pegawai kesihatan mengeluarkan memo mengenai penyakit darah yang dialaminya adalah jarang dan misteri menyerang kanak-kanak. Ia juga berkaitan dengan novel Coronavirus.

Melalui ucapan dalam siding media, Andrew Cuomo berkongsi berita sedih bahawa seorang budak lelaki berusia 5 tahun telah meninggal dunia akibat komplikasi penyakit yang dikenali sebagai sindrom radang multisistem pediatrik.

"Walaupun jarang berlaku, kami melihat beberapa kes di mana kanak-kanak yang terkena virus Covid-19 boleh jatuh sakit dengan gejala serupa dengan penyakit Kawasaki atau sindrom toksik-kejutan," katanya.

Sindrom kejutan toksik adalah jangkitan bakteria berpotensi mengancam nyawa dan penyakit Kawasaki pula sangat jarang berlaku, masih boleh dirawat menyebabkan keradangan pada saluran darah.

Simptom berbeza dengan orang dewasa

Meskipun Covid-19 ini menyerang kumpulan kanak-kanak dan tidak menunjukkan simptom gejala yang sama seperti orang dewasa, Cuomo menyatakan bahawa Jabatan Kesihatan New York City sedang menyiasat beberapa kes lain yang menunjukkan keadaan serupa.

"Ini adalah mimpi ngeri bagi setiap ibu ayah setelah mengetahui yang sebenarnya anak kecil mereka telah dijangkiti Covid-19. Akan tetapi ini adalah sesuatu yang harus anda pertimbangkan secara lebih serius mulai sekarang," katanya.

risiko penyakit darah dengan covid-19

Menurut laporan kesihatan, terdapat 73 kes kanak-kanak di New York yang kritikal dengan penyakit berkenaan. Cuomo menasihatkan ibu ayah sentiasa peka dan berjaga-jaga sekiranya anak kecil menunjukkan simptom seperti:

  • demam berpanjangan yang berlangsung lebih dari 5 hari
  • sakit perut yang teruk
  • kesukaran bernafas
  • perubahan warna kulit
  • badan jadi lesu
  • mudah marah atau keliru

Pegawai kesihatan di Westchester County yang mengumumkan seorang kanak-kanak lelaki telah meninggal dunia setelah mengalami komplikasi neurologi akibat penyakit misteri itu.

Dr. Michael Gewitz dari Hospital Kanak-kanak Maria Fareri di Valhalla, New York, mengatakan bahawa seramai 11 kanak-kanak lain kini dirawat kerana penyakit yang sama.

Pihak perubatan masih memerlukan sedikit masa dalam menentukan sama ada kanak-kanak berkenaan akan menderita dalam keadaan lebih teruk ataupun sebaliknya.

Difahamkan, lebih 100 kanak-kanak di Amerika Syarikat dan Eropah telah dimasukkan ke hospital dengan penyakit darah misteri yang mula muncul dalam tempoh tiga hingga empat minggu akhir ini.

Peningkatan kes mendadak dalam tempoh 2 hari

simptom baharu covid-19

Doktor di negara UK, Sepanyol dan Itali sebelum ini turut melaporkan penerimaan beberapa kes penyakit yang sama.

Jabatan Kesihatan New York City dengan segera telah menghantar memo ke setiap hospital bagi memberikan amaran bahawa terdapat 15 kes sudah dikenal pasti. Namun dua hari selepasnya jumlah kes meningkat menjadi 64.

Menurut Pesuruhjaya kesihatan NYC, Dr. Oxiris Barbot, sebelum ini meminta doktor untuk melihat pesakit yang memiliki gejala serupa.

"Walaupun kaitan sindrom ini dengan Covid-19 masih belum ditentukan dan tidak semua kes diuji positif untuk Covid-19 dengan ujian DNA atau serologi, simptom semulajadi virus ini telah diteliti.

Justeru, kami telah menggariskan beberapa kriteria sekiranya menerima pesakit dengan gejala luar biasa dan segera memaklumkan pihak atasan.’’ Jelasnya.

Dia turut mengambil sedikit masa untuk memberikan nasihat kepada ibu ayah untuk sentiasa berwaspada dan berhati-hati sekiranya anak-anak mengalami gejala seperti demam, ruam, sakit perut atau muntah.

Anda perlu segera menghubungi doktor dan mendapatkan rawatan di hospital terdekat. Jangan melengahkan masa kerana serangan virus ini mampu meragut nyawa dalam masa yang singkat!

Sumber: Parents,

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Covid-19 Meragut Nyawa Budak 5 Tahun, Ibu Ayah Perlu ALERT Simptom Baharu Ini!

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Country ...

Jumlah kes

...+ 0 Hari ini

Jumlah sembuh

...

Jumlah kematian

...+ 0 Hari ini

Jumlah kritikal

...

Untuk ketahui update terkini mengenai Covid-19