3 Musuh Utama Dalam Sayur Yang Boleh Buat Ekzema Anak Jadi Teruk, Ibu Sila Elakkan!

Penyakit ekzema anak boleh menjadi lebih teruk jika beri mereka makan sayur yang ada kandungan salicylate, amine dan glutamate

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyakit ekzema yang diketahui memang biasa didiagnos pada kanak-kanak dan dewasa menyebabkan rasa tidak selesa pada penghidapnya.  

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Penyakit ekzema boleh trigger jika anak makan sayur yang ada kandungan ini
  • Makanan ada salicylate, amine, glutamate bawa jadi punca kegatalan
  • Sayur untuk anak ekzema yang perlu ibu elakkan bagi kepada si manja

Sekiranya terkena pada orang dewasa, mungkin mudah untuk dirawat. Namun jika terjadi pada pada bayi dan kanak-kanak, kasihan betul melihatnya. Tergaru-garu malah ada yang lebih teruk hingga berdarah. 

Penyakit ekzema boleh trigger jika anak makan sayur yang ada kandungan ini

Kebiasaannya perkara utama yang boleh trigger penyakit ekzema ini adalah pemakanan dan juga persekitaran anak-anak. Justeru, adalah amat penting untuk ibu ayah sentiasa pantau makanan yang diberikan kepada mereka.

Umum mengetahui sayur banyak khasiatnya pada tubuh badan. Namun, menurut perkongsian Mazliana Mazlan, bukan semua sayur yang semulajadinya sihat untuk dimakan sesuai dengan anak ekzema. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Katanya, memang jadi ibu yang ada anak ekzema sangat struggle. Makan jagung, anak gatal. Makan kobis, anak tak boleh tidur. Makan capsicum tangan anak asyik menggaru. Pening jadinya!

Sampai tak tahu nak beri anak makan apa. Masak sendiri semua di rumah menggunakan real food pun anak masih lagi gatal-gatal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan ada salicylate, amine, glutamate bawa jadi punca kegatalan

Perlu simpan baik-baik dalam ingatan anda, tiga musuh utama ini iaitu salicylate, amine dan glutamate yang ada dalam sesetengah makanan boleh bawa kesan gatal bila dimakan, jika keadaan tubuh anak sensitif dengan tiga bahan semulajadi ini.

Sayur untuk anak ekzema yang perlu ibu elakkan bagi kepada si manja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada beberapa jenis sayur, yang ada kandungan tiga bahan ini berkemungkinan akan menyebabkan penyakit ekzema anak jadi lebih teruk.

  1. Capsicum – Salicylate
  2. Tomato – Salicylate, amine, glutamate
  3. Bayam – Amine, glutamate
  4. Kobis bunga – Salicylate
  5. Jagung – Salicylate, glutamate
  6. Brokoli – Salicylate, glutamate
  7. Terung – Salicylate, amine
  8. Cendawan – Glutamate, amine

Yang tiada masalah kesihatan dan tidak ada alergi dengan sayuran seperti ini tiada masalah untuk teruskan makan. Ia hanya tidak sesuai kepada mereka yang alah kepada kandungan semulajadi ini. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Pantang Larang Ekzema, Ibu Kena Elak Mandikan Si Manja Dengan Air Suam & Sabun

Baca juga:  Ruam Gatal @ Ekzema Boleh Ditenangkan Dengan Sabun Yang Betul, Ini Senarainya!

Baca juga: Tak Hirau Anak Menangis, Ibu Tegar Mandikan Anak Guna Peluntur! Betulkah Boleh Rawat Ekzema?

Penulis

Lala Annuar