Kerap Ketap Gigi Ketika Tidur, Benarkah Ada Kaitan Dengan Gangguan Makhluk Halus?

Penyakit gigi berbunyi sewaktu sedang tidur sering menyebabkan orang terdekat berasa takut. Namun ada beberapa faktor ia terjadi dan cara bagi mengatasinya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyakit gigi boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tidak kira kanak-kanak mahupun golongan dewasa. Mungkin anda pernah berdepan dengan anak atau pasangan yang sering mengeluarkan bunyi menakutkan daripada gigi mereka sewaktu tidur.

Sebenarnya perbuatan mengisar gigi ini terjadi tanpa mereka sedar. Dalam bahasa perubatan, ia dikenali sebagai bruxism. Ia adalah pergerakan mengetap, menggesel atau mengisar antara gigi di rahang atas dan bawah tanpa disengajakan.

Penyakit gigi berbunyi sewaktu tidur, adakah ia normal?

Berdasarkan perkongsian oleh pakar pergigian di laman Twitter, Dr. Wani, ada sesetengah berpendapat bahawa perbuatan ketap gigi sewaktu tidur adalah menakutkan dan mempunyai kaitan dengan saka.

Saya tidak berani nak ulas sudut makhlus halus ini, tapi saya nak cerita tentang masalah penyakit gigi ini dari sudut perubatan.

Antara punca berlakunya pergeseran gigi atas dan gigi bawah atau bruxism ini ialah:

  • Tekanan
  • Sleep apnea– masalah nafas terhenti selama beberapa saat ketika tidur
  • Perubahan hormon
  • Susunan gigi yang tidak betul
  • Masalah celebral palsy
  • Kedudukan yang tidak betul sewaktu tidur
  • Masalah gigitan yang tidak betul akibat trauma atau rawatan gigi
  • Tidak diketahui punca

Terdapat juga kajian membuktikan bahawa masalah gigi berbunyi sewaktu tidur ada kaitan 20 hingga 50 peratus dengan genetik.

Ada orang akan ketap gigi sewaktu tidur ketika siang atau malam. Jadi apakah bezanya? Sebenarnya, masalah ini terbahagi kepada dua jenis iaitu:

#1. Day time bruxism

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keadaan ini terjadi apabila seseorang menggeser gigi dalam keadaan sedar ataupun tidak sedar pada waktu siang. Dalam kes ini, selalunya orang tu ada habit parafunctional lain sekali seperti gigit kuku, pensil, lidah atau pipi.

#2. Nocturnal bruxism

Nocturnal bruxism ini berlaku ketika seseorang menggeser gigi pada waktu tidur dan dalam keadaan dirinya tidak sedar.

Amat kesian apabila tengok ada pesakit yang mengalami masalah bruxism ini sebab ia boleh menjejaskan struktur gigi. Apakah kesan-kesan bila berdepan penyakit gigi ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

  • Permukaan gigi haus
  • Gigi menjadi sensitif, ngilu ketika minum air sejuk
  • Sakit telinga
  • Tampalan gigi boleh menjadi rosak atau patah
  • Rahang terasa lenguh
  • Kerap pening kepala pada waktu siang

Sekiranya anda mengalami tanda-tanda di atas dan ada orang sekeliling tegur bunyi ketap gigi semasa tidur, apakah tindakan yang perlu dibuat?

Jawapannya mudah. Adakan temu janji dengan doktor gigi di klinik yang berhampiran dengan segera.

Hal yang paling penting adalah mengenal pasti apakah punca yang menyebabkan anda mengetap gigi semasa tidur. Adakah sebab selalu stress? Masalah tidur atau gigi yang tidak tersusun?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi dapatkan nasihat daripada pakar pergigian untuk mengetahui penyebabnya.

Rawatan yang disyorkan bagi mengatasi gigi berbunyi sewaktu tidur

#1. Guna occlusal splint 

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semasa tidur, anda mungkin dicadangkan oleh pakar untuk menggunakan occlusal splint. Ia boleh didapati di klinik pergigian yang boleh custom made untuk anda.

Saya tidak recommended anda mendapatkannya secara atas talian kerana ia tidak mengikut saiz mulut dan gigi. Malahan mungkin akan membawa kepada masalah yang lain pada kemudian hari.

#2. Terapi atau pengurusan tekanan

Tidak dinafikan kesibukan harian dalam menguruskan rumah tangga dan tuntutan kerja membuatkan tubuh badan tidak cukup rehat. Lama-kelamaan keadaan ini boleh mencetuskan diri untuk rasa tertekan.

Ramai yang tidak tahu bahawa masalah gesel gigi semasa tidur ada kaitan dengan tekanan seharian. Justeru, dapatkan terlebih dahulu nasihat dari doktor. Sebelum tidur tenangkan diri dan berhenti memikirkan tugas yang belum siap.

#3. Rawat kerosakan pada gigi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya ada sebahagian gigi sudah haus dengan teruk, tampalan gigi atau tooth reshaping akan dibuat. Manakal bagi yang ada masalah otot muka dan rahang akibat bruxism, pakar pergigian akan memilih rawatan yang sesuai.

Anda juga dinasihatkan untuk kurangkan pengambilan alkohol pada setiap hari. Setiap rawatan ini adalah berbeza mengikut orang, ia bergantung juga kepada punca bruxism masing-masing.

Sumber: Syazwanismd

Kredit foto: Google Images

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Karies Gigi Anak Boleh Terjadi Biarpun Selalu Gosok Gigi, Ini 7 Langkah Mengatasinya!