X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Kerap Gesel Gigi Ketika Tidur Petanda Stres, Jika Dibiarkan Boleh Menyebabkan Masalah Lain!

4 min bacaan
Anak Kerap Gesel Gigi Ketika Tidur Petanda Stres, Jika Dibiarkan Boleh Menyebabkan Masalah Lain!

Pernahkah tidur anda terganggu seketika setelah mendengar bunyi sesuatu? anak kecil menghadapi masalah gigi digertak atau digesel bukanlah tabiat yang baik

Ketika sedang nyenyak melelapkan mata, tidur ibu ayah mungkin akan terganggu dengan bunyi-bunyian gertakan atau geselan gigi yang dialami oleh anak masih kecil. Masalah gigi ini bukanlah sesuatu tabiat selamat kerana ia memberikan petanda tidak baik dan kesan buruk untuk jangka masa panjang.

Tidak hanya golongan dewasa, kanak-kanak turut mengalami tabiat ini tanpa mereka sedari. Perkara ini pastinya akan membuatkan anda dilanda kerisauan.

Masalah gigi anak berbunyi ketika tidur

masalah gigi anak

credit to sources

Menurut Myhealth Malaysia, tabiat menggesel dan mengetap gigi dikenali sebagai bruxism. Ia kebiasannya terjadi apabila berlaku pergerakan seperti mengisar atau menggesel antara gigi-gigi di rahang atas dan bawah sama ada ke depan mahupun belakang.

Sebab dan faktor berlakunya masalah bruxism atau teeth grinding ini masih tidak dapat ditentukan secara tepat. Namun dapat disenaraikan beberapa faktor yang dipercayai melalui kajian dan pemerhatian iaitu:

#1. Perkembangan rahang dan proses pertumbuhan gigi baru

Bagi anak-anak yang berusia bawah 7 tahun, keadaan gigi mereka sebenarnya masih dalam peringkat perkembangan. Justeru, ia selalunya menyebabkan kegatalan pada gusi dan mereka cenderung untuk mengunyah tanpa sebab.

Teeth grinding yang berlaku adalah respon badan terhadap perubahan serta perkembangan rahang kanak-kanak. Bagi gigi yang baru tumbuh, masalah gigi atau bruxism ini berlaku adalah bertujuan membetulkan susunan gigi agar ia lurus dan cantik.

Biasanya keadaan bruxism ini akan berakhir apabila gigi telah sempurna lurus dalam paksi rahang anak kecil anda.

#2. Gangguan emosi

masalah anak gesel gigi

credit to sources

Kebanyakan penderita bruxism ini mengalami stres, berasa cemas, marah dan kecewa. Hal ini mendorong berlakunya penggeselan gigi ketika tidur. Masalah ini menjadi salah satu respon anak untuk mengatasi emosi yang dirasakan. 

Kadang-kadang, anak menggertak gigi tanpa sedar kerana dia telah menjadikan tabiat ini sesuatu kebiasaan tanpa sedar ketika sedang memberikan tumpuan yang begitu mendalam.

#3. Masalah ketika tidur

Anak yang mengalami beberapa masalah ketika tidur seperti obstructive sleep apnea cenderung berdepan bruxism.

Bukan itu sahaja, si manja akan bercakap ketika matanya pejam, bertindak agresif seperti menendang atau memukul-mukul, mengalami halusinasi dan ketidakmampuan untuk bergerak ketika tidur (sleep paralysis) lebih cenderung mengalami bruxism.

#4. Masalah pada rahang

Anak yang mengalami gigi bahagian atas dan bawah tidak dapat ditutup dengan baik akan cenderung mengalami bruxism atau dipanggil sebagai occlusal discrepancy. Biasanya hal ini terjadi ketika si manja kehilangan gigi atau kedudukan gigi yang bengkok. Justeru jika masalah gigi ini dirawat, maka bruxism tidak akan muncul kembali.

#5. Pengaruh penyakit

Selain faktor di atas, anak yang sering mengertak dan menggesel gigi ketika tidur dikatakan berpunca oleh pelbagai penyakit. Antaranya ialah seperti kekurangan nutrisi, alahan, gangguan cacing dan endokrin.

Dalam hal ini, ibu ayah perlu melakukan pengawasan dan memberikan perhatian penuh supaya dapat membantu meredakan bruxism pada anak.

Kesan sampingan boleh berlaku untuk jangka masa panjang

masalah anak gertak gigi

credit to sources

Masalah bruxism ini sekiranya tidak ditangani dengan cepat akan menyebabkan kerosakan gigi yang kekal serta ketidakselesaan pada bahagian mulut dan muka.

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini

Kondisi teeth grinding yang berlaku tanpa kawalan ini sangat berbahaya kepada gigi terutamanya pada waktu tidur. Difahamkan semasa tidur, mastication force (kekuatan kunyahan) boleh mencecah sehingga 6 kali ganda berbanding kunyahan biasa dan ia berlaku dalam 40 minit dari 1 jam waktu tidur.

Ia adalah tindakan di luar kawalan, pada peringkat awal tidak memerlukan rawatan khusus. Namun sekiranya kebiasaan ini dibiarkan lebih lama, boleh mendatangkan implikasi yang teruk seperti:

  • Kekacauan struktur rahang bawah
  • Kesakitan pada rahang bawah (sukar membuka atau menutup mulut)
  • Terjadi luka
  • Pening kepala
  • Sakit telinga
  • Gigi menjadi rosak (permukaan atas, akar dan periodontal ligament).
  • Kerosakan gigi palsu atau tampalan pada gigi
  • Menyebabkan gigi menjadi sensitif
  • Gigi mudah bergoyang (tooth mobility)
  • Gangguan pemakanan
  • Enamel gigi menjadi haus

Sumber: Islam itu indah, Sehatq

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comkaries-gigi-anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • Anak Kerap Gesel Gigi Ketika Tidur Petanda Stres, Jika Dibiarkan Boleh Menyebabkan Masalah Lain!
Kongsikan:
  • Bila Dan Bagaimana Cara Terbaik Untuk Memberus Gigi Bayi Anda?

    Bila Dan Bagaimana Cara Terbaik Untuk Memberus Gigi Bayi Anda?

  • Kanak-Kanak 3 Tahun MAUT Selepas Doktor Cabut 2 Batang Gigi

    Kanak-Kanak 3 Tahun MAUT Selepas Doktor Cabut 2 Batang Gigi

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Bila Dan Bagaimana Cara Terbaik Untuk Memberus Gigi Bayi Anda?

    Bila Dan Bagaimana Cara Terbaik Untuk Memberus Gigi Bayi Anda?

  • Kanak-Kanak 3 Tahun MAUT Selepas Doktor Cabut 2 Batang Gigi

    Kanak-Kanak 3 Tahun MAUT Selepas Doktor Cabut 2 Batang Gigi

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.