X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Sedar Atau Tidak, 13 Kesalahan Ibu Ayah Ini Buat Gigi Anak Rosak! No.8 Paling Tak Sangka

4 min bacaan
Sedar Atau Tidak, 13 Kesalahan Ibu Ayah Ini Buat Gigi Anak Rosak! No.8 Paling Tak SangkaSedar Atau Tidak, 13 Kesalahan Ibu Ayah Ini Buat Gigi Anak Rosak! No.8 Paling Tak Sangka

Dalam tidak sedar, gigi anak rosak mungkin disebabkan oleh anda sendiri. Sekecil-kecil perbuatan yang dirasakan biasa, boleh jadi punca.

Risau bila tengok kebanyakan gigi anak rosak. Tapi yang peliknya ibunya kata sudah gosok gigi setiap hari. Jadi apa yang menyebabkan gigi anak kecil ini rosak?

Jangan pandang remeh berkenaan hal gigi rosak ya kerana gigi kita ada kaitannya dengan saraf di otak. Jika berlaku sesuatu pada gigi anak tidak mustahil ada kesannya kepada saraf berkenaan.

Sedar atau tidak, 13 kesalahan ibu bapa ini buat gigi anak rosak!

Gigi Anak Rosak

Jadi menurut Dr Mohd Khairul Izwan, ada beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh ibu bapa yang menjadi punca kepada berlakunya kerosakan terhadap gigi anak sama ada dilakukan secara sedar mahupun tidak sedar.

#1. Biar anak minum susu botol hingga tertidur

Gigi Anak Rosak

Membiarkan anak minum susu botol sehingga anak tertidur bersama-sama botol susu di dalam mulut.

#2. Tambah gula atau madu dalam susu anak

Ada yang pernah buat? Kalau pernah dan masih diteruskan, tolonglah berhenti. 

#3. Beri anak minum minuman manis guna botol susu

Gigi Anak Rosak

Kredit: shutterstock

Ada yang kadang kala kita selalu lihat ibu ayah berikan anak minuman manis selain susu dalam botol susu. Ada yang masukkan air manis dalam botol susu. Air siraplah, air jus lah. Gunakan sippy cup adalah lebih baik. 

#4. Biar anak menyusu botol walaupun dah lebih 2 tahun

Masih membiarkan anak minum susu menggunakan botol walaupun usia anak telah melebihi dua tahun .

#5. Tak biasakan anak minum air kosong

Tidak membiasakan anak minum air masak atau air kosong selepas anak selesai menyusu (bagi yang berumur 6 bulan ke atas).

#6. Rasa makan, lepas itu suap dalam mulut anak

Merasa makanan atau minuman terlebih dahulu dan menyuapkan ke dalam mulut anak menggunakan sudu yang sama.

#7. Tiup makanan 

Meniup makanan atau minuman yang panas dengan bibir untuk menyejukkannya sebelum menyuapkan ke dalam mulut anak.

#8. Kongsi sudu garpu dengan anak

Berkongsi sudu atau garpu dengan anak ketika makan.

#9. Tak pantau pengambilan snek

Tidak memantau atau mengehadkan pengambilan serta kerap memberikan makanan ringan/snek/coklat/gula-gula kepada anak di antara waktu makan utama.

#10. Tak bersihkan gigi anak bawah usia setahun

Tidak membersihkan gigi serta mulut anak di bawah usia setahun menggunakan tuala basah selepas anak menyusu terutama pada waktu malam sebelum tidur setiap hari.

#11. Biar anak gosok gigi sendiri

Stories Rakan Kongsi
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Vaksin Rotavirus, Langkah Berkesan Untuk Halang Kanak-kanak Maut Akibat Cirit-birit
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
Kalendar 30 Hari, 30 Kebaikan: Aktiviti Menarik Untuk Anak Anda Ramadan Ini
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
5 Kriteria Penting Pemilihan Produk Penjagaan Kulit Bayi Supaya Kekal Lembap Sepanjang Hari
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta
Dibelenggu Masalah Kulit Kering dan Gatal? Sapukan Losyen Ini Untuk Kelegaan Serta Merta

Tidak membantu anak yang berusia 1 tahun ke atas memberus gigi mereka setiap hari atau membiarkan mereka memberus gigi dengan sendiri.

#12. Tak guna ubat gigi berflourida

Tidak menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida untuk memberus gigi anak.

#13. Tidak periksa gigi anak

 Tidak memeriksa sendiri mulut dan gigi anak di rumah secara berkala dan tidak membawa anak ke klinik gigi untuk pemeriksaan seawal usia anak 6 bulan atau selewat-lewatnya setelah gigi pertama anak tumbuh.

Kenapa kena elak kerosakan pada gigi anak?

Ia kerana gigi rosak jejaskan pertumbuhan gigi. Kanak-kanak yang hilang gigi susu lebih awal daripada waktunya berikutan gigi rosak akan mengalami kesan seperti:

  • Melambatkan pertumbuhan gigi kekal atau menyebabkan gigi kekal pramatang tumbuh sebelum masanya.
  • Kehilangan panjang lengkungan gigi menyebabkan ruang yang tinggal sempit untuk gigi kekal tumbuh. Kesannya menyebabkan gigi berlapis atau pertumbuhan gigi yang sesak.
  • Hubungan antara gigi geraham dan gigi taring akan terganggu sehingga memerlukan rawatan lebih kerap serta penggunaan pendakap gigi (braces).
  • Bahagian gigi tengah akan beralih ke bahagian kosong tersebut
  • Gigi bertentangan dengan ruang kosong akan lebih panjang dan berlebihan
  • Perkembangan aktiviti dan tabiat otot yang tidak normal menjejaskan proses gigitan
  • Kecacatan pertuturan
  • Tabiat pemakanan dan nutrisi yang lemah
  • Gigi rosak yang dicabut sebelum masanya akan menimbulkan masalah estetik dan emosi kepada anak

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Gigi Anak Kelihatan Kelabu, Adakah Ia Petanda Gigi Rosak? Ketahui Cara Penjagaan Gigi Bayi

Baca juga: Bayi Masih Belum Tumbuh Gigi? Guna Cara Ini Bagi Merangsang Pertumbuhan Gigi Dengan Cepat

Baca juga: Bayi Belum Tumbuh Gigi? Jangan Panik, Cuba Ini Untuk Rangsang Pertumbuhan Gigi Si Manja!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Sedar Atau Tidak, 13 Kesalahan Ibu Ayah Ini Buat Gigi Anak Rosak! No.8 Paling Tak Sangka
Kongsikan:
  • Pakar Kongsi 6 Jenis Warna Makanan Cepat Hamil Yang Digalakkan Ambil Ketika TTC

    Pakar Kongsi 6 Jenis Warna Makanan Cepat Hamil Yang Digalakkan Ambil Ketika TTC

  • Sebelum Tidur Buanglah Sisa Makanan & Bersihkan Dapur, Elak Rezeki Susah Masuk

    Sebelum Tidur Buanglah Sisa Makanan & Bersihkan Dapur, Elak Rezeki Susah Masuk

  • "Salah Ke Anak Saya Lahir Bulan 12?" Ibu Sedih Anak Dilabel Lembab Belajar & Lambat Besar

    "Salah Ke Anak Saya Lahir Bulan 12?" Ibu Sedih Anak Dilabel Lembab Belajar & Lambat Besar

app info
get app banner
  • Pakar Kongsi 6 Jenis Warna Makanan Cepat Hamil Yang Digalakkan Ambil Ketika TTC

    Pakar Kongsi 6 Jenis Warna Makanan Cepat Hamil Yang Digalakkan Ambil Ketika TTC

  • Sebelum Tidur Buanglah Sisa Makanan & Bersihkan Dapur, Elak Rezeki Susah Masuk

    Sebelum Tidur Buanglah Sisa Makanan & Bersihkan Dapur, Elak Rezeki Susah Masuk

  • "Salah Ke Anak Saya Lahir Bulan 12?" Ibu Sedih Anak Dilabel Lembab Belajar & Lambat Besar

    "Salah Ke Anak Saya Lahir Bulan 12?" Ibu Sedih Anak Dilabel Lembab Belajar & Lambat Besar

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.