Penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) makin meningkat, ini 3 langkah ibu ayah perlu buat

lead image

Penyakit HFMD telah meningkat di Pulau Pinang dan ibu bapa perlu berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengetahui cara menanganinya.

Menurut Bernama, semua negeri dalam Malaysia kini telah menunjukkan peningkatan kes untuk penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Pengumuman ini diberitahu oleh Pengarah Kementerian Kesihatan Bahagian Pengawalan Penyakit, Chong Chee Keong pada hari Selasa lepas.

Pengumuman ini diberitahu selepas Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata pada Isnin yang lalu bahawa jumlah kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFMD di Pulau Pinang telah mencecah 1,616 sejak awal tahun ini.

Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak 48% berbanding tahun lepas!

Apa itu penyakit HFMD?

penyakit hfmd, penyakit mulut, penyakit tangan kaki dan mulut, badan merah, ulser mulut, demam panas, bintik-bintik

Penyakit HFMD adalah penyakit berjangkit yang biasa berlaku kepada kanak-kanak sebelum usia 5 tahun. Ia berlaku disebabkan oleh virus jenis Enterovirus terutamanya virus coxsackie.

Virus ini biasanya merebak antara pesakit melalui sentuhan dengan tangan atau permukaan yang dicemari najis. Ia juga boleh tersebar melalui air liur, najis atau rembesan pernafasan daripada mereka yang terjangkit.

Penyakit ini muncul seperti simptom jangkitan virus lain, dengan demam dan masalah pernafasan.

Beberapa hari kemudian, lepuh mungkin muncul pada mulut (herpangina) dan mungkin menyakitkan kepada anak anda.

Jika anak anda berasa sakit untuk menelan, mereka mungkin perlu dipujuk untuk makan dan minum. Apabila ruam badan muncul sehari kemudian, HFMD bakal kebah. Simptom akan berkurang setelah seminggu.

Bagaimana untuk menjaga anak yang menghidap penyakit HFMD?

penyakit hfmd, penyakit mulut, penyakit tangan kaki dan mulut, badan merah, ulser mulut, demam panas, bintik-bintik

Jika anak anda mempunyai kes yang agak ringan, anda tidak perlu melakukan penjagaan berlebihan selain daripada mengawasi suhunya dan pastikan dia minum dan makan dengan cukup.

Walau bagaimanapun, jika anak anda mengalami kes HFMD yang teruk, mereka mungkin berasa sangat sakit. Bersedialah untuk memujuk anak anda untuk minum dengan mencukupi.

Selain itu, jangan berikan makanan yang masin, pedas, atau berasid kepada anak anda semasa mulutnya sakit. Makanan lembut akan memudahkan bayi anda menelan.

Minuman sejuk, ais krim, dan ais pop juga boleh mengurangkan rasa tidak selesa.

Sekiranya doktor anda membenarkan, anda boleh memberikan anak anda dos acetaminophen yang sesuai (jika bayi berusia sekurang-kurangnya 3 bulan) atau ibuprofen (jika bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan).

Jangan sekali-kali memberikan aspirin kepada kanak-kanak. Ia boleh membawa kepada sindrom Reye, yang jarang berlaku tetapi boleh membawa maut.

Sekiranya anak anda berusia lebih daripada 12 bulan, tanya doktornya tentang ubat-ubat cecair yang berbeza untuk melegakan sakit mulutnya.

Ruam badan disebabkan HFMD tidak menyebabkan kegatalan, jadi rawatan sapuan tidak membawa perbezaan.

HMFD kebiasaannya boleh dikawal di rumah, melainkan anak anda menunjukkan tanda-tanda dehidrasi. Perhatikan jika terdapat masalah mulut kering, dahaga yang melampau, pengeluaran air kencing berkurang dengan ketara dan kurang tenaga. Dalam hal ini, hubungi doktor anda.

Bagaimana cara untuk mencegah penyakit HMFD dari merebak?

penyakit hfmd, penyakit mulut, penyakit tangan kaki dan mulut, badan merah, ulser mulut, demam panas, bintik-bintik

Cara terbaik untuk mengurangkan penyebaran mana-mana virus adalah dengan menjaga kebersihan tangan. Ajarkan anak anda kebiasaan mencuci tangan.

Amalkan juga tip berikut untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada ahli keluarga yang lain:

  • Basuh tangan dengan sabun dan air sebelum dan selepas makan, dan selepas keluar daripada tandas
  • Elakkan berkongsi makanan, minuman, peralatan, tuala dan sikat gigi dengan orang lain
  • Elakkan menyentuh mata, hidung dan mulut dengan tangan yang tidak dicuci
  • Bersihkan mainan dan permukaan yang sering disentuh

Barang mainan kanak-kanak telah dikenalpasti sebagai punca utama penyebaran penyakit HMFD di Malaysia.

Dr Chong menyeru supaya ibu bapa dan pengasuh untuk membersihkan permainan, tuala dan tandas bagi mengelakkan penyakit ini merebak.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh theAsianparent Malaysia atas keizinan

1d2f

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook

Baca juga:

Ibu Ini Berkongsi Bagaimana Anaknya Terkena Jangkitan Tangan Kaki Dan Mulut