3 jenis influenza yang ANDA WAJIB TAHU demi keselamatan keluarga

lead image

Penyakit influenza mempunyai pelbagai jenis. Jenis-jenis ini juga menentukan sama ada ia penyakit yang ringan atau berat. Ketahui dengan lebih lanjut.

Tidak semua penyakit influenza atau flu adalah sama. Terdapat beberapa jenis influenza yang berbeza. Ada yang menyebabkan simptom yang teruk, ada juga yang ringan.

Apakah jenis penyakit influenza?

penyakit influenza, influenza, selsema, influenza a, influenza b, influenza h1n1, selsema, batuk, sakit kepala, bersin, vaksin influenza

Ada 3 jenis virus influenza: A, B dan C. Virus A dan B paling kerap menjangkiti manusia dan berlaku setiap tahun mengikut musim bagi negara-negara bermusim.

Manakala di negara tropikal seperti Malaysia, ia berlaku sepanjang tahun.

Penyakit Influenza: Virus jenis A

Virus ini boleh menjangkiti kedua-dua, manusia dan binatang meskipun ia lebih kerap berlaku dalam kalangan manusia.

Binatang yang dijangkiti kebiasaannya tidak menunjukkan tanda-tanda sakit. Antara yang boleh dijangkiti adalah ayam, itik, babi dan kuda.

Ia mempunyai beberapa subjenis bergantung kepada 2 protein di permukaan virus ini iaitu haemagluttinin (HA) dan neuraminidase (NA).

Daripada dua protein ini, nama-nama subjenis virus diambil. Contohnya, H1N1, H3N2 dan H5N1. Banyak lagi subjenis lain sehingga H18 dan N11.

penyakit influenza, influenza, selsema, influenza a, influenza b, influenza h1n1, selsema, batuk, sakit kepala, bersin, vaksin influenza

Virus yang menjangkiti binatang boleh tersebar kepada manusia melalui cecair daripada mulut binatang berkenaan. Kebiasaannya penternak ayam, itik atau babi boleh dijangkiti.

Istilah selesema burung dan selesema babi merujuk kepada virus influenza A yang dijangkiti oleh manusia daripada binatang. Kes seperti ini jarang berlaku, tetapi jika berlaku, simptom yang dialami adalah lebih teruk dan risiko maut lebih tinggi.

Virus ini sering menyebabkan epidemik (penyakit yang kerap berlaku di sesuatu tempat) dan juga pandemik (epidemik di beberapa buah negara atau rantau).

Penyakit Influenza: Virus jenis B

Ini hanya ditemui di dalam kalangan manusia sahaja. Jangkitan virus B mungkin lebih ringan berbanding virus A.

Namun, ia masih berpotensi menyebabkan penyakit dan simptom yang teruk. Tidak seperti virus A, ia tidak dikelaskan mengikut subjenis dan tidak menyebabkan pandemik.

Penyakit Influenza: Virus jenis C

Virus C menyebabkan penyakit paling ringan antara jenis influenza yang lain. Kadangkala, orang yang dijangkiti tidak menunjukkan sebarang tanda atau simptom.

Jangkitan virus ini juga jarang berlaku.

Cara mencegah penyakit influenza

penyakit influenza, influenza, selsema, influenza a, influenza b, influenza h1n1, selsema, batuk, sakit kepala, bersin, vaksin influenza

Vaksin adalah cara yang terbaik dalam mencegah jangkitan influenza. Walau bagaimanapun, virus ini kerap mengalami mutasi. Jadi, vaksin baru perlu diambil setiap tahun.

Namun, jika anda dijangkiti flu, pastikan langkah-langkah sepatutnya diambil untuk mengelakkan daripada virus tersebut tersebar.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Artikel ini merupakan sumbangan daripada Hello Doktor untuk diterbitkan semula oleh theAsianparent Malaysia atas keizinan

sistem sokongan ibu bapa bekerja, support system, ibu bapa yang bekerja, rapat dengan anak-anak, tips untuk ibu bapa bekerja

Image via Hello Doktor / Facebook

Hello Doktor: Laman web rasmi | Facebook

Baca juga: 

12 Soalan Penting Tentang Suntikan Vaksin Yang Wajib Diketahui Ibu Bapa