X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Isu Henti Dua Vaksin Influenza, Ibu Jangan Risau KKM Sahkan Ia SELAMAT Digunakan!

4 min bacaan
Isu Henti Dua Vaksin Influenza, Ibu Jangan Risau KKM Sahkan Ia SELAMAT Digunakan!

Suntikan influenza mampu mencegah seseorang daripada sebarang jenis penyakit. Berhubung isu baru-baru ini, KKM telah mengesahkan ia boleh diteruskan

Suntikan influenza amat penting bagi mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza menyerang pada saluran pernafasan. Ia boleh menyebabkan berlakunya gejala ringan mahupun serius, namun dalam keadaan tertentu virus ini juga berisiko mengancam nyawa seseorang yang telah dijangkiti.

Bagi negara-negara beriklim sederhaan, serangan wabak penyakit sering berlaku pada musim sejuk. Manakala negara tropika yang terletak pada garisan Khatulistiwa seperti Malaysia, ia boleh berlaku sepanjang tahun tanpa ada musim tertentu.

Suntikan influenza dihentikan, adakah ia masih selamat?

vaksin influenza

credit to sources

Memandangkan telah tular satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan tarikh 28 Oktober 2020 tentang pemberhentian sementara penggunaan dua jenama vaksin influenza iaitu Vaxigrip Tetra dan SKYCellflu Quadrivalent yang dikaitkan dengan kes kematian di Korea Selatan.

Setelah membuat penilaian keselamatan ke atas produk-produk ini, pihak KKM telah merumuskan bahawa penggunaan dua jenis vaksin influenza boleh diteruskan.

KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) menjalankan penilaian risiko terperinci terhadap Vaxigrip Tetra dan SKYCellflu Quadrivalent berdasarkan:

  • Maklumat yang telah diterima daripada Korean Disease Control and Prevention Agency (KDCA)
  • Laporan keselamatan tempatan dan global
  • Maklumat keselamatan bagi kedua-dua jenama vaksin
  • Maklumat diterima daripada pemegang pendaftaran produk terlibat serta badan regulatori antarabangsa yang lain.

Sehingga 31 Oktober 2020, pihak KDCA telah mengesahkan bahawa kebarangkalian adalah sangat rendah untuk mengaitkan vaksin influenza sebagai punca kematian seperti yang telah dilaporkan. 

Berdasarkan laporan siasatan bagi 72 kes daripada 83 kes kematian (11 kes masih dalam siasatan) tersebut menunjukkan bahawa, punca kematian adalah disebabkan oleh penyakit sedia ada yang dihidapi oleh pesakit tersebut atau penyebab lain yang tiada hubung kait dengan suntikan influenza diberikan.

Dalam pada itu, pihak KDCA turut mengesahkan tiada jenama, pengilang mahupun nombor kelompok vaksin tertentu yang boleh dikaitkan dengan kes-kes kematian berlaku.

KKM sentiasa membuat penilaian

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah menilai kualiti produk dan membuat semakan data laporan kesan advers susulan imunisasi (AEFI) tempatan secara global, meliputi profil keselamatan bagi semua vaksin influenza, termasuklah kedua-dua jenama vaksin berkenaan.

suntikan vaksin influenza

credit to sources

Sebanyak 1.5 juta dos vaksin influenza telah dibawa masuk ke Malaysia sehingga bulan Oktober 2020. NPRA telah menilai laporan pengujian yang dijalankan oleh pengilang, membuat pemeriksaan rangkaian sejuk dan menjalankan pengujian fizikal menerusi aktiviti Vaccine Lot Release bagi kesemua vaksin ini.

Hasil penilaian mendapati semua vaksin influenza termasuklah kedua-dua jenama vaksin berkenaan MEMATUHI standard kualiti yang ditetapkan.

Semakan lanjut juga menunjukkan tiada sebarang kes kematian dilaporkan susulan pemberian mana-mana vaksin influenza di Malaysia. Kesan advers yang dilaporkan adalah biasa berlaku serta telah didokumentasikan.

Justeru, pihak KKM tidak mengesan sebarang isu keselamatan atau kualiti yang memerlukan tindakan lanjut.

”Kami komited menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk berdaftar termasuk vaksin yang terdapat di pasaran sentiasa terjamin,”

”Orang awam juga boleh membuat laporan kesan advers susulan imunisasi ini sama ada melalui profesional kesihatan atau melaporkan terus kepada NPRA melalui laman sesawang www.npra.gov.my,” jelas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah.

Suntikan influenza sekali setahun elak wabak

isu suntikan vaksin

credit to sources

Pengambilan suntikan influenza sekali dalam tempoh setahun mampu mewujudkan ‘imuniti kelompok’ dalam kalangan masyarakat agar terlindung daripada serangan sesuatu virus.

Menurut Residen Perubatan Klinik As-Salam, Dr. Hanisah Akbar Tajudin, kanak-kanak yang berusia lingkungan 6 bulan hingga 8 tahun digalakkan untuk menerima suntikan vaksin dua kali dalam tempoh satu tahun.

Beliau berkata pengambilan vaksin ini adalah langkah terbaik bagi memastikan penularan wabak influenza tidak berulang pada masa hadapan.

”Jika lebih ramai mengambil suntikan perlindungan, maka ia dapat mewujudkan imuniti kelompok iaitu satu komuniti yang memiliki imuniti dan terlindung daripada sesuatu virus,” 

”Suntikan vaksin bukan sahaja dapat melindungi diri sendiri tetapi orang lain juga daripada dijangkiti virus influenza dan boleh mengakibatkan komplikasi penyakit lain seperti pneumonia, terutama kepada golongan yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak,” jelasnya.

Stories Rakan Kongsi
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Pencegahan 101: Panduan Ringkas Dalam Melindungi Bayi Anda Terhadap Rotavirus
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?
Bukan Sakit Perut Biasa, Kenapa Ramai Ibu Ayah Tidak Tahu Tentang Rotavirus?

Sumber: Kpkesihatan, Berita Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

11 Suntikan Vaksin Ini WAJIB Diambil Oleh Anak-Anak Supaya Tidak Mudah Jatuh Sakit

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Isu Henti Dua Vaksin Influenza, Ibu Jangan Risau KKM Sahkan Ia SELAMAT Digunakan!
Kongsikan:
  • Risau Penularan Virus Influenza, Ini 5 Klinik Yang Menyediakan Vaksin Influenza Sekitar KL & Selangor

    Risau Penularan Virus Influenza, Ini 5 Klinik Yang Menyediakan Vaksin Influenza Sekitar KL & Selangor

  • 6 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin

    6 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

  • Risau Penularan Virus Influenza, Ini 5 Klinik Yang Menyediakan Vaksin Influenza Sekitar KL & Selangor

    Risau Penularan Virus Influenza, Ini 5 Klinik Yang Menyediakan Vaksin Influenza Sekitar KL & Selangor

  • 6 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin

    6 Sebab Kenapa Ada Ibu Bapa Sengaja Pilih Untuk Tidak Beri Anak Vaksin

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

    Give Health A Shot Campaign: Bridging the Awareness With Vaccine Preventable Disease Education for Families

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.