'Breastmilk Jaundice' Antara Punca Penyakit Kuning Bayi Berlanjutan,Bolehkah Teruskan Menyusu?

Susu ibu antara punca penyakit kuning bayi yang selalu dikaitkan dengan bayi baru lahir. Adakah selamat untuk teruskan penyusuan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyakit kuning bayi atau biasa disebut demam kuning dan jaundis adalah keadaan biasa yang dialami bayi baru lahir. Tetapi jika berlanjutan atau dipanggil prolonged jaundice ia juga boleh mendatangkan bahaya kepada bayi

Jadi dalam keadaan apa sebenarnya yang anda perlu risau jika penyakit kuning ini berlaku pada bayi anda? Apakah keadaan yang boleh dikategorikan sebagai merbahaya untuk bayi anda?

Bagaimanakah penyakit kuning bayi terjadi adakah ia disebabkan genetik, keturunan atau ibu ada langgar pantang larang semasa mengandung? Jom kami kongsikan pada anda.

Penyakit kuning bayi atas banyak faktor

Kredit: sinarplus

Menurut doktor kanak-kanak, Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi, katanya penyakit kuning bayi terjadi apabila bilirubin dalam darah meningkat disebabkan pemecahan sel-sel darah merah.

Bayi yang baru dilahirkan ada jumlah sel darah merah lebih banyak dari orang dewasa dan jangka hayat sel lebih pendek.

Jadi bilirubin yang dihasilkan oleh bayi adalah lebih banyak daripada biasa. Hati berfungsi menukarkan unconjugated bilirubin kepada conjugated bilirubin yang mana ia dikeluarkan melalui kencing dan najis.

Kaedah fototerapi antara kaedah yang yang paling senang untuk membantu bilirubin dikeleluarkan melalui najis dan kencing bayi. 

Penyakit kuning berlanjutan/prolonged jaundice

Kredit: healthier

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyakit kuning berlanjutan atau biasanya disebut prolonged jaundice terjadi apabila jaundis fisiologi melebihi 14 hari bagi yang dilahirkan cukup bulan atau 21 hari bagi bayi pramatang.

Antara punca utama bagi prolonged jaundice adalah: 

  1. Masalah hati – biliary atresia, neonatal hepatitis, choledochal cyst
  2. Masalah jangkitan saluran kencing
  3. Jangkitan semasa dalam kandungan ( TORCHES)
  4. Masalah metabolic ( galactosemia)
  5. Hypotonia
  6.  Breastmilk jaundice

Bayi yang mengalami prolonged jaundice perlu dirujuk ke klinik pakar pediatrik hospital untuk diambil sampel darah, air kencing, full blood count dan rectic count untuk melihat fungsi hati, kencing kotor dan sebagainya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah prolonged jaundice ini boleh menyebabkan berlakunya penyakita biliary atresia.

Penyakit biliary atresia

Penyakit biliary atresia berlaku di mana sistem biliary dan salur dalam hati seseorang individu itu tersumbat sejak lahir lagi. Tanda penyakit biliary atreasia termasuklah:

  1. Masalah kuning ataupun jaundis yang berpanjangan/berlanjutan
  2. Najis yang berwarna pucat.
  3. Air kencing bayi berwarna kuning pekat seperti teh O pekat

Rawatan bagi biliary atreasia termasuklah:

  1. Pembedahan bypass (Kasai procedure) dibuat sebelum umur dua bulan
  2. Pemindahan hati

Breastmilk jaundice? Adakah selamat teruskan penyusuan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: lunatots

Diagnosis exclusion criteria Breast milk jaundice (BMJ) terjadi pada bayi yang dilahirkan cukup bulan, sihat dan aktif dan hanya minum susu ibu sahaja.

Faktor terjadinya BM adalah disebabkan susu itu ada enzim yang halang metabolisme bilirubin. Tetapi menurut Dr Siti Sarah Aishah, penyusuan susu badan boleh diteruskan dan jangan dihentikan kerana ia tidak merbahaya. 

Tanda bayi jaundis

Tanda-tanda bayi mendapat jaundis ialah apabila anda lihat kulit dan mata putih bayi menjadi kekuningan. Biasanya ini terjadi antara hari kedua dan keempat selepas lahir.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk memeriksa sama ada bayi mendapat jaundis, tekan perlahan-lahan di dahi atau hidung bayi. Jika kulit kelihatan kuning di mana anda tekan, kemungkinan bayi anda mempunyai jaundis.

Untuk bayi yang sihat, warna kulit akan kelihatan lebih cerah daripada warna kulit yang normal. Lakukan pemeriksaan dalam keadaan pencahayaan yang baik, seelok-eloknya di siang hari.

Bila perlu jumpa doktor?

Bayi anda perlu melakukan pemeriksaan jaundis antara hari ketiga dan ketujuh selepas lahir kerana pada masa inilah tahap bilirubin selalunya memuncak.

Jika anda dan bayi telah didiscaj dalam masa 72 jam selepas lahir, lakukan pemeriksaan susulan untuk jaundis dua hari selepas discaj.

Anda perlu berjumpa doktor apabila:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Warna kulit bayi menjadi semakin kuning
  2. Warna kulit bayi di gahagian perut, lengan atau kaki menjadi kuning
  3. Bahagian mata putih kelihatan kuning
  4. Bayi anda kelihatan lemah,tidak bermaya atau sukar untuk dikejutkan daripada tidur
  5. Berat bayi anda tidak bertambah atau kurang menyusu
  6. Bayi anda mempunyai tanda-tanda atau simptom-simptom lain yang membimbangkan anda
  7. Demam kuning berlarutan sehingga 3 minggu

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi, richbrother626

Kredit foto: halodoc, pa&ma

Baca juga: Panduan lengkap tentang penyakit kuning bayi dan petua menghilangkannya

Penulis

Lala Annuar