TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Ingat Sengaja Buat Mulut Senget, Rupanya Anak Hidap Bell Palsy Akibat Korek Telinga!

4 min bacaan
Ingat Sengaja Buat Mulut Senget, Rupanya Anak Hidap Bell Palsy Akibat Korek Telinga!

Penyakit otot berlaku disebabkan pelbagai faktor. Tahukah anda salah satunya adalah kerana tabiat kerap mengorek telinga sehingga menjejaskan keadaan wajah?

Secara umumnya, Bell Palsy adalah sejenis penyakit otot yang mengalami kelumpuhan pada sebelah bahagian muka sahaja.

Ia boleh terjadi dengan tiba-tiba dan memerlukan tempoh masa yang agak panjang untuk keadaan kembali seperti biasa.

Risiko penyakit otot

penyakit otot lumpuh

Penyakit otot lemah ini akan membuatkan wajah pesakit terlihat sedikit senget. Sistem saraf yang rosak memberi kesan terhadap deria rasa dan cara tubuh menghasilkan air mata dan air liur.

Menurut perkongsian seorang pengguna Facebook, Maizatul Amira, penyakit otot ini telah berlaku pada anak saudaranya, Lala.

Difahamkan seminggu sebelum Lala jatuh sakit, dia telah demam selama dua hari dan diberikan ubat demam sahaja.

Hal ini ditambah pula dengan jarak rumah dengan klinik agak jauh dan mereka hanya memberikan sahaja ubat klinik swasta yang dijadikan sebagai ‘stok’ tanpa mendapatkan pemeriksaan dari doktor.

Setelah diberikan ubat, Lala kelihatan sihat dan boleh bermain seperti biasa tanpa menunjukkan sebarang masalah.

Namun, ibu ayahnya mendapati Lala kerap menggosok mata sehingga mengeluarkan air mata dan dia seolah-olah gatal.

”Saya yang jaga dia pada waktu ini. Tanpa fikir panjang, saya telah basuh bahagian muka Lala dengan air bersih kerana bimbang matanya masuk  habuk atau bendasing halus. Namun, dia tetap menggosok mata tanpa henti,” ujar Maizatul.

Tambahnya lagi, kanak-kanak perempuan berkenaan sambung bermain dan Lala ketawakan mereka sekeluarga yang melihat bibirnya senget.

Bukan sekadar gurauan

penyakit otot kanak-kanak

”Pada mulanya kami ingat dia sengaja buat mulut jadi senget kerana inginkan perhatian dan kami turut buat lawak seperti yang dia lakukan. Namun, hakikatnya ia bukan gurauan kerana dia sebenarnya sakit!” tambah Maizatul.

Pada keesokan hari, Lala bangun dari tidur dan menangis kerana berasa tidak selesa. Neneknya telah mendukung Lala dan bertanyakan apa yang dia mahukan, namun tangisan tersebut menjadi semakin kuat.

”Kelihatan jelas bahagian mulut dia bertambah senget dari semalam dan dia menangis, kedua-dua matanya tidak tertutup.” kata Maizatul.

Tanpa berlengah lagi, datuk kepada Lala telah bergegas membawa Lala ke Klinik Utama di Segamat.

Namun, doktor yang memeriksa keadaaannya terkejut kerana tidak pernah menerima kes seperti ini dan terus mengeluarkan surat rujukan ke bahagian kecemasan Hospital Segamat.

Kemudian, pembantu kesihatan yang bertugas mengatakan gusi Lala bengkak dan diberikan ubat antibiotik sahaja. Pada keesokan harinya, mereka berasa tidak puas hati kerana ia bukanlah masalah gusi bengkak.

Lalu, ibu Lala mendapatkan klinik swasta pakar kanak-kanak yang berhampiran.

”Doktor telah memeriksa suhu badan, telinga dan tekak dan mengesahkan bahawa dia mengalami penyakit Bell Palsy iaitu sakit saraf ke-7,” ujarnya.

Setelah mencari jawapan kepada punca ia berlaku, doktor mendapati penyebabnya adalah kerana kesalahan mengorek telinga sehingga menjejaskan urat telinganya.

Jadi, telinga Lala telah dijangkiti kuman dan bernanah sehingga menganggu sistem saraf muka dan membuatkannya jadi senget sebelah.

Seterusnya, doktor telah memberikan tiga jenis ubat dan selepas empat hari mereka perlu membawa Lala untuk pemeriksaan kedua.

Ulang alik ke hospital

penyakit otot lemah

”Setelah empat hari berlalu, kami membawa budak kecil ini. Namun malangnya, doktor mengatakan keadaan masih sama dan tidak berubah. Lalu, beliau meminta kami berhenti beri ubat dan terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” kongsi Maizatul.

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Tambahnya, doktor di hospital berkenaan mengesahkan Lala sememangnya menghidap penyakit Bell Palsy. Ia sememangnya berlaku selepas kanak-kanak mengalami demam.

Virus ini mudah merebak bagi anak kecil yang memiliki sistem kekebalan tubuh yang lemah. Jadi, doktor telah memberikan ubat jenis antibiotik dan steroid jenis tablet.

”Setelah beberapa minggu dilanda keresahan, syukur alhamduillah banyak perubahan positif telah berlaku. Matanya telah berkedip dengan baik dan mulutnya sudah tidak senget ketika bercakap,” kata Maizatul.

Doktor juga telah memeriksa kesihatan Lala dan mendapati dia sudah sihat sepenuhnya.

Kesimpulannya, jangan terlalu kerap korek telinga anak. Ibu ayah perlu membiarkan sahaja tahi telinga keluar dengan sendiri dan hanya membersihkan bahagian luar sahaja.

Sekiranya anak kecil demam, segera melakukan pemeriksaan di hospital dan elakkan memberikan mereka ubat sesuka hati kerana anda sendiri tidak mengetahui penyakit yang dialami.

Sumber: The Reporter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Ingat Sengaja Buat Mulut Senget, Rupanya Anak Hidap Bell Palsy Akibat Korek Telinga!

Baca juga:

Ibu Tidak Sedar Anak Dalam Diam Korek Telinga Sampai Gegendang Pecah, Awas!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Ingat Sengaja Buat Mulut Senget, Rupanya Anak Hidap Bell Palsy Akibat Korek Telinga!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham