Tabiat Anak Suka Makan Kotor, Ia Satu Keadaan Yang Serius & Perlu Dirawat!

Anda sebenarnya patut risau jika anak mempunyai sikap pelik dengan makan sesuatu yang bukan dalam kategori makanan. Info lebih lanjut dalam artikel ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua orang tahu kanak-kanak suka meneroka persekitaran mereka. Tapi, dek sikap ini juga, ada kanak-kanak mengamalkan tabiat makan kotoran yang dipanggil penyakit pica! Adakah anda pernah dengar tentang gejala penyakit ini? 

Bahkan kita sendiri sewaktu di zaman kanak-kanak pernah mengalaminya di mana kita akan memasukkan sesuatu yang kotor ke dalam mulut.

Namun persoalannya di sini adakah ia berbahaya pada tubuh badan? 

Penyakit pica – Apa yang perlu dilakukan jika anak makan kotoran? 

Jika anda mendapati anak makan kotoran sangat kerap, mungkin dia mempunyai penyakit pica atau gangguan pemakanan. 

Pica pada anak ini apabila rasa ingin tahu kanak-kanak terhadap sesuatu benda yang bukan terdiri daripada makanan atau minuman. 

Apa itu penyakit pica? 

Pica berasal dari perkataan Latin iaitu Magpie. Ia adalah keadaan di mana seseorang makan sesuatu yang luar biasa dan tidak menentu. 

Pica adalah tabiat makan benda asing seperti kotoran, cat, kertas atau kapur yang terdiri dari bahan bukan makanan yang tidak mempunyai nilai zat dan nutrisi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dianggarkan kira-kira 10 hingga 30% kanak-kanak berumur antara satu hingga enam tahun mengalami masalah penyakit pica.

Kalau nak tahu, pica juga biasa dialami pada wanita hamil!

Maksudnya di sini, pica bukan hanya menyerang kanak-kanak tapi golongan dewasa juga boleh mengalaminya.  

Ciri-ciri penyakit pica pada kanak-kanak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, jangan terlalu risau jika anak makan kotoran kerana penyakit pika juga ada ciri-ciri tertentu sahaja: 

  • Anak tidak seharusnya mempunyai masalah autisme, skizofrenia atau sindrom Kleine Levin.
  • Makan benda asing secara berterusan selama lebih dari sebulan. 
  • Jika anak makan kotoran hanya semasa mengalami gangguan mental seperti kecacatan intelektual, gangguan perkembangan dan skizofrenia, ia keadaan yang sangat serius dan perlu mendapatkan rawatan pakar. 

Walaupun kanak-kanak dengan penyakit pica mungkin makan apa sahaja yang mereka nampak, namun terdapat beberapa bahan yang seolah-olah mereka makan lebih kerap daripada yang lain iaitu: 

  • Tanah liat 
  • Cat kotoran 
  • Kertas pasir 
  • Sabun 
  • Batu 
  • Kaca
  • Kapur
  • Rambut
  • Gam
  • Bedak 
  • Serbuk 

Punca -punca gangguan pica 

  • Dalam kebanyakan kes, pica terjadi disebabkan oleh kekurangan mineral atau ketidakupayaan mental. 
  • Kekurangan mineral seperti zat besi. 
  • Ketidakseimbangan kimia dalam otak atau kecederaan otak.
  • Tingkah laku yang cuba mencari perhatian
  • Gangguan obsesif-kompulsif 
  • Kemiskinan
  • Pengabaian dari keluarga 

Bagaimana cara merawat pica pada kanak-kanak? 

Apabila mengetahui anak terlibat dengan gangguan ini, sebaiknya anda mendapatkan rawatan secepat mungkin. Jika tidak, ia boleh membawa kepada masalah fizikal dan emosi yang lebih serius. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini kerana, kemungkinan anak boleh menelan kotoran atau bahan berbahaya yang lain hingga membawa kepada komplikasi yang teruk seperti mabuk, kerosakan fizikal atau mental, keracunan plumbum, kecederaan gigi, kekurangan zat makanan, parasitis dan masalah usus. 

Pakar pediatrik akan memeriksa dan menguji paras darah dan plumbumnya, tahap hemoglobin untuk anemia, jangkitan, mengambil ujian X-Ray dan sampel air kencing juga najis. 

Berikut adalah cara merawat penyakit pica pada anak: 

  • Kembangkan perbendaharaan kata dan kemahiran komunikasi anak supaya dia dapat menjelaskan apa yang diinginkan. 
  • Penuhkan barang makanan supaya anak boleh pilih. 
  • Melarang anak mengambil benda yang tak boleh dimakan dan terangkan risiko jika makan bahan tersebut. 

Ingat kesabaran adalah kunci untuk merawat anak pica dan tetap positif ajar anak makan pemakanan yang sihat.

Langkah mencegah pica pada anak 

Pencegahan adalah langkah terbaik daripada mengubati jika mendapati anak suka makan kotoran. Jangan biarkan tabiat tersebut terus berleluasa dan berikut adalah cara mencegahnya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika anda merasakan sesuatu yang tidak kena sebaiknya diperiksa sebelum perkara buruk berlaku pada anak! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Nasreen Majid dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Baca juga: 

https://my.theasianparent.comsindrom-asperger/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan