Bayi Lelaki Disahkan Hidap Sawan Gen CACNA1E, Penyakit 'Rare' & Terpencil Di Dunia

Penyakit sawan dengan gen GAGNA1E paling jarang ditemui serta kes terpencil di dunia. Ibu ayah ini redha atas ujian yang menimpa bayi mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang bayi lelaki disahkan mengidap penyakit sawan dengan gen CACNA1E, iaitu sangat jarang ditemui dan merupakan kes terpencil di dunia. Bayi lelaki tersebut dikenali sebagai Daffrel disahkan mempunyai genetik itu selepas sampel ujian darahnya dijalankan oleh makmal di Amerika Syarikat (AS). Perkara tersebut dikongsikan oleh ibunya menerusi akaun TikTok Norazimah Bunihan.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Disahkan penyakit sawan dengan genetik CACNA1E
  • Tiada tanda awal dikesan
  • Ahli keluarga buat ujian darah

Berdasarkan keterangan video yang dikongsikan, ibu bayi tersebut memberitahu, pada 9 April tahun lalu secara tiba-tiba mata, kaki dan tangan Daffrel naik ke atas.

Disahkan penyakit sawan dengan gen CACNA1E

“Terus mama buat EEG dan ujian darah. Darah ok, EEG adik ok. Adik disahkan infantile spasms diusia 5 bulan, gelombang otak adik dah tak ok. Berpindah dari hospital lain ke hospital lain tapi keadaan adik masih sama”.

“Mama buntu dan bagai nak gila. Mata mama gelap sangat masa tu. Adik kuat ya untuk mama, mama yakin adik akan sembuh,” demikian luahan hati wanita itu terhadap anaknya.

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menerusi penerangan oleh bapa bayi tersebut, dia memberitahu bahawa Daffrel menghidap sawan yang sangat jarang ditemui selepas ujian darah yang dihantar ke makmal di AS mengesahkan perkara tersebut.

“Sawan dia sangat rare setelah dibuat ujian darah. Darah dihantar ke makmal di AS dan mengesan sejenis genetik dinamakan cacna1e. Ia sejenis sakit dalam kumpulan sawan.

“Tapi penyakit itu amat rare dan ikut kajian doktor pakar di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), penyakit ini satu dunia… amat terpencil iaitu bawah 100 kes.

“Jadi tiada nama spesifik. Kalau dulu sebelum darah dihantar ke makmal di AS, doktor mengesan dia epilepsi atau sawan bawah umur,” katanya.Tiada tanda awal dikesan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bapa bayi itu memberitahu, Daffrel tidak menunjukkan tanda-tanda awal menghidap penyakit sawan dengan gen tersebut malah anaknya tidak demam mahupun mengalami sakit kronik.

“Untuk peringkat awal, cuma kami nampak secara fizikalnya, dia punya perkembangan lambat. Umur dia kena tu 4 bulan tapi pada peringkat 1 bulan, 2 bulan, 3 bulan amat lambat.

“Dia punya fokus tak ada. Budak 3 bulan sepatutnya ada fokus, kalau kita panggil dia boleh tengok. Jadi di situ kami tak nampak apa-apa tanda awal, dia tiada demam panas.

“Bulan 4 tiba-tiba kaki, tangan dan mata dia naik atas dan kami hantar ke hospital. Doktor sahkan peringkat awal ini ialah sejenis sawan. Rawatan demi rawatan dan bulan 11 baru dapat buat ujian genetik untuk Daffrel serta hantar ke AS.

“Pakar di makmal mengesahkan dia mengidap sawan sejenis CACNA1E dan kami masih lagi buat Daffrel rawatan HUKM dan tunggu rawatan doktor pakar,” ujarnya.Ahli keluarga buat ujian darah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti yang dimaklumkan oleh ibu Daffrel menerusi video, seluruh ahli keluarga bayi tersebut turut menjalankan ujian darah bagi mengetahui pembawa gen tersebut.

“Bila ujian genetik Daffrel positif gen CACNA1E, seluruh keluarga kami diarahkan untuk buat ujian genetik juga untuk tahu siapa pembawa gen tersebut. Anak-anak yang lain kena buat juga untuk tahu adakah mereka mempunyai gen tersebut dalam darah atau pun tidak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Sekiranya antara kami ada yang positif, doktor akan consult apa perlu dibuat untuk merancang next baby supaya anak seterusnya tidak terkena penyakit ini.

“Kami reda siapa pun pembawa, gen CACNA1E sangat rare kes terpencil dalam dunia. Kami dipilih pasti ada sebab. Allah sebaik-baik perancang dan pengatur alam,” ujarnya.

Kami di sini mendoakan semoga adik Daffrel diberikan kesembuhan dan diangkat penyakitnya oleh Allah SWT, semoga ibu ayah dan keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Lebih Setahun Dihalang Berjumpa, Lelaki Terkilan Fikiran Anak Diracun Bekas Isteri & Ayah Tiri

Baca juga: Jadi Orang Pertama Tiba Dari Singapura, Isteri Sebak Suami Kayuh Basikal Masuk Johor

Baca juga: Viral Anak Diganggu Driver Van Miang, Ini Pentingnya Ibu Selidik Perubahan Pada Anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan