TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Jadi Orang Pertama Tiba Dari Singapura, Isteri Sebak Suami Kayuh Basikal Masuk Johor

1 Apr, 2022
Jadi Orang Pertama Tiba Dari Singapura, Isteri Sebak Suami Kayuh Basikal Masuk Johor

Sempadan Singapura dibuka hari ini, iaitu 1 April 2022. Ramai meluahkan rasa gembira setelah bertahun berjauhan dengan pasangan dan anak-anak

Melalui hubungan jarak jauh dengan pasangan yang bekerja di luar negara adalah tempoh mencabar. Meskipun makan masa bertahun untuk berjumpa, ramai meluahkan rasa bersyukur dan sebak apabila akhirnya sempadan Singapura dan Malaysia telah dibuka hari ini.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Sempadan Singapura dan Malaysia dibuka, isteri kongsi momen buat ramai sebak
  • Suami isteri gembira tidak terkata, nyanyi lagu Balik Kampung dapat pulang ke Malaysia
  • Buka sempadan Singapura, detik bermakna dapat sambut Ramadhan di tanah air

Ia bagaikan suatu rahmat menjelang bulan Ramadhan. Ramai rakyat Malaysia yang bekerja di sana sudah bersedia beramai-ramai  melangkah masuk ke negara sejak jam 12 tengah malam lagi.

Sempadan Singapura dan Malaysia dibuka, isteri kongsi momen buat ramai sebak

Penantian bertahun untuk bertemu telah berakhir. Ramai mengambil peluang pulang ke kampung halaman bagi melepaskan rindu pada keluarga tercinta dan menjalani puasa bersama-sama.

Sejak semalam ramai berkongsikan video yang menunjukkan situasi di sempadan Singapura. Seorang wanita bergelar isteri di Tiktok, @Nblh telah menjadi perhatian netizen.

sempadan singapura dibuka

Dia berasa cukup sebak melihat kepulangan suami tersayang selepas dua tahun berjauhan demi mencari rezeki di negara orang.

Dalam video berkenaan, dapat dilihat seorang lelaki mengayuh sebuah basikal memasuki sempadan negara dan selamat tiba di Johor Bahru pada pagi tadi.

Welcome back! Penantian selama dua tahun. Orang pertama yang sampai. Singapura- Johor Bahru

Alhamdulillah dapat berkumpul dengan keluarga bagi yang beragama Islam. Tahun ni dah boleh puasa dan raya bersama.

Setelah 745 hari LDR, bertemu juga hari ini!

Menjengah ke ruang komen, netizen meluahkan rasa sayu dan turut bersyukur setelah ramai rakyat Malaysia akhirnya dapat pulang ke Malaysia, ke pangkuan ahli keluarga tercinta.

Alhamdulillah, sape yang potong bawang ni. Welcome back. Teruja sangat aku. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak buat semua.

Aku tak faham kenapa aku berasa sangat teruja dan terharu bila tengok video orang Malaysia balik. Welcome home!

Suami isteri gembira tidak terkata, nyanyi lagu Balik Kampung dapat pulang ke Malaysia

sempadan singapura malaysia

Sejak dari tengah malam tadi, pelbagai ragam dan detik indah dirakam menjadi tular dalam media sosial.

Akaun Twitter Bernama telah memuat naik video menarik perhatian ramai apabila pasangan suami isteri telah memasang dan menyanyikan lagu Balik Kampung sewaktu merentasi Tambak Johor.

Nyanyian yang penuh bertenaga dalam video tersebut telah mengundang rasa sayu dan sebak netizen. Mereka dapat merasai kerinduan yang ditanggung oleh pasangan ini setelah bertahun tidak dapat bertemu ahli keluarga mereka.

Buka sempadan Singapura, detik bermakna dapat sambut Ramadhan di tanah air

Hasil tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 12 tengah malam tadi, jumlah motorsikal dan kereta telah mula sibuk menghampiri sempadan negara.

Menurut temu ramah dengan salah seorang rakyat Malaysia yang bekerja di sana, dia tidak dapat mengungkapkan perasaan dengan kata-kata kerana terlalu gembira.

Sudah dua tahun dia tidak pulang ke kampung halaman. 

”Dari dua minggu ke dua minggu, sekarang sudah dua tahun. Saya bersabar, kuatkan hati demi keluarga tercinta. Akhirnya hari ini, 1 April saya dapat balik dan sekaligus dapat sambut puasa dengan mereka.” katanya.

rakyat malaysia tambak johor

Menurut seorang rakyat Malaysia yang lain, dia bersyukur dapat kembali semula ke Malaysia setelah sekian lama meninggalkan keluarga.

Ia adalah detik yang amat dinanti-nantikan.

”Balik ini saya mahu berehat seketika. Habiskan masa bersama orang tersayang, ini memang sesuatu yang saya tunggu sejak sekian lama. Akhirnya sempadan dibuka dan kami boleh meneruskan kehidupan seperti biasa.” kongsinya.

Sebelum ini, Malaysia dan Singapura secara rasminya mengumumkan pembukaan semula sempadan darat kedua-dua negara berkuat kuasa 1 April dengan melonggarkan sebahagian besar prosedur operasi standard (SOP).

Redaksi, Sinar Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ”Ingatkan 2 Minggu, Sekarang Dah Setahun,” Iklan McDonald’s Singapura Buat Ramai Sebak

Baca juga: (Video) 7 Bulan Tak Jumpa, Bapa Buat Surprise Menyamar Pekerja Aircond Bikin Sebak!

Baca juga: Perkahwinan Jarak Jauh Bukanlah Mudah, Namun Mengapa Ada Yang Lakukannya?

Stories Rakan Kongsi
Light Up Your Celebration for Mid-Autumn Festival at Sunway Putra Mall
Light Up Your Celebration for Mid-Autumn Festival at Sunway Putra Mall
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Seorang Doktor Yang Juga Seorang Ibu Menyarankan Ibu Bapa Semua Untuk Ambil Tahu Tentang Vaksin
Sambutan Istimewa Untuk Para Ibu - Super Brand Day Special!
Sambutan Istimewa Untuk Para Ibu - Super Brand Day Special!
Dua Matlamat Dalam Satu! Pendidikan Kewangan Melalui Permainan
Dua Matlamat Dalam Satu! Pendidikan Kewangan Melalui Permainan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Jadi Orang Pertama Tiba Dari Singapura, Isteri Sebak Suami Kayuh Basikal Masuk Johor
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham