Pasangan Ini Mengambil Keputusan Untuk Memutuskan Pertunangan Apabila Mendapat Tahu Masing-masing Pembawa Penyakit Thalasemia

Sepasang pasangan yang sudah bertunang terpaksa memutuskan pertunangan mereka akibat mendapati masing-masing pembawa penyakit thalasemia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Siapa yang tidak sedih apabila niat untuk membina masjid terpaksa dibatalkan apabila mendapat tahu diri masing-masing adalah pembawa penyakit thalasemia. Meskipun sudah bertunang, tetapi siapakan kita untuk melawan takdir.

Umum tahu yang mana penyakit thalasemia adalah penyakit bawaan keturunan yang boleh dijangkiti sekiranya kedua-dua ibu bapa pembawa penyakit ini. 

Tular di Twitter mengenai sepasang tunang yang ingin mendirikan rumah tangga terpaksa memutuskan pertunangan mereka dek kerana penyakit talasemia ini.

Menurut ciapan di Twitter tersebut, salah seorang dari pasangan tunang itu menulis kapsyen berserta gambar berkata “Dia hantar ini kepada saya dengan persoalan, ‘nak post, tapi macam entahlah. It’s not a good news.’ Dan saya ‘Kita dah umum tentang kita dah bertunang bukan? Saya rasa ia juga baik untuk kita memberitahu yang kita tidak lagi bersama. Dan sebabnya adalah kerana Thalassemia.”

Jelas wanita berkenaan lagi, tunangnya itu pernah memberitahunya bahawa dia adalah pembawa penyakit Thalasemia. Walaubagaimanapun, wanita itu menyangkakan yang dirinya adalah normal dan hanya membuat pemeriksaan penyakit talasemia itu setelah mereka mengikat tali pertunangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak menyangka yang dirinya juga adalah pembawa penyakit itu, jadi mereka terpaksa akur dengan keputusan tersebut untuk memutuskan ikatan pertunangan mereka demi kebaikan masa depan masing-masing.

Katanya, “Kami habiskan masa beberapa bulan untuk berbincang. Saya setuju ketika dia berkata, ‘Kita tidak boleh pentingkan diri. Kita jatuh cinta dan dapat bertemu merupakan satu rahmat. Tapi, tolong kasihankan anak-anak nanti’.”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rata-rata pengguna Twitter lain juga meninggalkan kata-kata semangat buat pasangan itu serta mendoakan yang agar mereka dapat diketemukan dengan jodoh yang baik kelak.

Jelas di sini yang mana pentingnya untuk membuat pemeriksaan kesihatan sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Tidak hanya untuk memastikan diri bebas daripada penyakit talasemia, tetapi juga daripada penyakit HIV yang boleh turun kepada anak di dalam kandungan kelak.

Semoga pasangan ini juga diberikan kekuatan pada hari mendatang kerana suratan yang telah tertulis ini, agar ia dapat memberi pedoman juga buat pasangan lain di luar sana yang ingin mendirikan rumah tangga dan semoga diberikan jodoh yang terbaik buat kalian berdua.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jalani Transfusi Darah Seumur Hidup & Susah Sembuh, Tapi Pesakit Thalassemia Terus Kuat!

Baca juga: Buat Ujian Talasemia Sebelum Kahwin, Elak Risiko Anak Jalani Pemindahan Darah Seumur Hidup!

Baca juga: Cinta Tak Semestinya Memiliki, Couple Pembawa Talasemia Sepakat Berpisah! Tak Nak Anak Warisi Penyakit

Penulis

Farhana Fuad