Cinta tidak semestinya memiliki. Itu yang mungkin boleh dikaitan dengan pasangan ini apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah setelah mengetahui masing-masing adalah pembawa talasemia.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Nampak kesedihan di mata masing-masing tetapi demi tidak mahu anak turut mewarisi penyakit sama, mereka tabah menghadapi perpisahan ini dan hanya kekal sebagai rakan sahaja.
Pasangan pembawa talasemia sepakat berpisah
Tiga tahun adalah masa yang agak lama untuk sesebuah hubungan cinta, namun apakan daya, bagi mengelak daripada menghadapi saat sukar di masa depan, mereka lebih rela berpisah.
Ini adalah keputusan yang dibuat selepas mereka berbincang secara mendalam, memang ternyata bukan mudah tetapi itulah keputusan yang sudah diambil oleh pasangan ini.
Semoga diberikan kekuatan untuk mereka menghadapi perpisahan ini.
Apa itu talasemia?
Talasemia adalah kumpulan penyakit yang menghalang badan daripada menghasilkan jumlah darah yang mencukupi dan berkualiti.
Keadaan ini disebabkan oleh perubahan terhadap gen yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Perubahan kepada hemoglobin boleh menyebabkan kekurangan darah yang teruk.
Badan manusia bergantung kepada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik. Penyakit Talasemia adalah penyakit keturunan yang diwarisi daripada ibu atau bapa kepada anak melalui gen.
Bukan berjangkit, tetapi diwarisi melalui gen
Kedua-dua kanak-kanak lelaki atau perempuan mempunyai peluang untuk mendapat penyakit tersebut. Ia tidak dijangkiti melalui pemindahan darah, udara dan air atau melalui sentuhan fizikal dan juga hubungan seksual ataupun boleh disebabkan oleh kekurangan zat makanan atau masalah kesihatan.
Menurut portal myhealth, setiap manusia mempunyai 2 jenis gen, dan ia diwarisi daripada ibu dan sebahagiannya daripada bapa. Antara gen tersebut, terdapat 2 gen yang mengawal pembentukan hemoglobin yang terdapat dalam setiap sel darah merah. Sebagai contoh, jika:
- Kedua-dua ibu bapa adalah normal. Mereka tidak mungkin mewariskan penyakit Talasemia atau Talasemia Major kepada anak-anak.
- Salah seorang ibu atau bapa penghidap Talasemia dan seorang lagi adalah normal. Setiap anak mempunyai 1 antara 2 (50%) peluang untuk mewarisi gen Talasemia daripada ibu atau bapa yang menjadi pembawa, besar kemungkinan kanak-kanak tersebut akan mendapat Talasemia. Ia juga 1: 2 (50%) peluang untuk kanak-kanak tersebut mewarisi gen yang normal daripada ibu atau bapa pembawa. Jika ini berlaku kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan normal. Tiada seorang pun anak pasangan ini mendapat Talasemia major.
- Kedua-dua ibu bapa adalah pembawa Talasemia, mereka adalah golongan berisiko. Kedua-dua pasangan pembawa mempunyai peluang 1: 4 (25%) mempunyai peluang di setiap kehamilan dan melahirkan anak yang mengalami Talasemia major, 1: 2 (50%) berpeluang mempunyai anak yang mendapat ‘Thalasemia trait’, dan 1:4 (25%) anak berpeluang mewarisi gen yang normal daripada kedua-dua ibu bapa dan ia bebas daripada penyakit tersebut.
2 jenis talasemia
- Talasemia major – pesakit Talasemia
- Talasemia minor – pembawa, tiada gejala-gejala dan kelihatan sihat.
Sel darah merah dalam penghidap talasemia major hanya boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja berbanding dengan sel darah merah yang normal selama 4 bulan. Kekurangan hemoglobin menyebabkan kekurangan oksigen dalam setiap sel badan.
Tanda-tanda awal pada kanak-kanak
Ada beberapa tanda yang boleh anda semak pada anak jika mengesyaki mereka penghidap talaesemia
- Kelihatan normal semasa kelahiran. Walau bagaimanapun ianya secara perlahan-lahan anak tersebut kelihatan pucat dan bertambah teruk apabila usia meningkat pada 6-18 bulan.
- Kanak-kanak kelihatan letih dan gelisah.
- Kekurangan darah (Anemia) yang teruk boleh mengakibatkan sesak nafas.
- Kulit kelihatan kekuningan
- Kurang selera makan
- Kembung perut disebabkan oleh pembengkakkan hati dan limpa
- Perubahan pada pembentukan tulang muka
Semoga penerangan ini bermanfaat untuk anda dalam merancang jika mahu berkahwin dan sebagainya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ujian Talasemia WAJIB Dilakukan Untuk Elak Menurun Pada Anak & Cucu – Ini Penjelasan Pesakit Sendiri
Baca juga: Jalani Transfusi Darah Seumur Hidup & Susah Sembuh, Tapi Pesakit Thalassemia Terus Kuat!
Baca juga: Ibu hamil ada HB rendah (hemoglobin darah), apa punca dan risiko yang ibu tak tahu?
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!