ADHD merupakan gangguan hiperaktif yang boleh dikenal pasti sejak usia kanak-kanak. Namun, apakah penyebab anak hiperaktif ini? Adakah kita tergesa-gesa mendiagnosis anak dengan keadaan ini?
Hal ini kerana, baru-baru ini kajian mendapati masalah sleep apnea (masalah tidur) adalah penyebab anak hiperaktif. Benarkah?
Penyebab anak hiperaktif/ ADHD adalah kerana sleep apnea
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh seorang ibu yang berasal dari Amerika, Melody Yadzani. Dia menggesa ibu bapa berhati-hati dengan tanda masalah tidur pada anak terutama yang diagnosis ADHD.
Dia berkongsi pengalamannya itu di Facebook berkaitan anaknya Kian, 8 tahun mempunyai masalah tingkah laku di sekolah rendah.
Walaupun perilaku anaknya bertambah baik, namun ia masih sama ketika di rumah. Berikut kronologi gejala ADHD pada anaknya itu:
Semasa tahun satu
- Mempunyai masalah tantrum yang teruk seperti marah kerana perkara remeh.
- Mudah agresif, suka marah dan sikap menjengkelkan
- Cerewet makan yang terlampau teruk hingga kadang-kadang menolak untuk makan.
- Obsesi dengan hal remeh. Contohnya jika terdapat gumpalan rambut di bilik mandi, anaknya akan menolak untuk mandi.
Semasa tahun kedua:
- Kian mengalami tantrum yang bertambah teruk. Ada saja tingkah laku yang dilakukan menimbulkan kurang senang pada rakan-rakannya. Malah, dia sering terima laporan masalah tingkah laku dari sekolah setiap hari.
- Bahkan, dia akan kejutkan semua orang melalui tantrum seperti menjerit seawal 5 pagi setiap hari.
Selepas dibawa ke ahli terapi, mereka mencadangkan Kian dinilai untuk ADHD. Sementara itu, kanak-kanak tersebut juga mengalami batuk kronik, maka ibu berkenaan membawanya kepada ahli pulmonologi.
Lawatan ke doktor gigi juga menunjukkan dia telah merosakkan giginya pada waktu malam.
Kemudian Yadzani berkongsi petikan artikel dari Washington Post berkaitan ADHD dan pernafasan tidur kerana ia sama seperti yang dialami Kian.
Penyebab anak hiperaktif: Perubahan 180 darjah
Selepas itu, ibu itu segera membuat temu janji dengan pakar pediatrik untuk melihat kondisi telinga, hidung dan tekak anaknya.
Dalam ujian tersebut, pakar menemui ada sesuatu yang tak kena pada tahap tidur kanak-kanak ini. Dia tidak mendapat tidur yang sempurna dan tahap tepu oksigen yang sangat rendah.
Rupa-rupanya, Kian turut alami sakit kepala setiap hari. Tapi dia merasakan ia perkara biasa tanpa maklumkan kepada ibu bapanya tentang masalah itu.
Selepas membuat rawatan tersebut, tahap kesihatan Kian semakin pulih dan menunjukkan kesan positif.
Penyebab anak hiperaktif: Semak jumlah tidur anak terlebih awal
Sebelum anda membawa anak untuk didiagnosis dengan ADHD, semak jika anak mengalami simptom seperti pernafasan dari mulut, gigi menggiling, lingkaran hitan bawah mata dan berdengkur semasa tidur.
Yazdani menekankan jika ada tanda-tanda ini, ia menunjukkan sesuatu yang tak normal dan perlu ditangani oleh pakar.
Menurut Pakar saraf Dr. Christopher Winter tidak ada kanak-kanak yang akan didiagnosis ADHD melainkan mereka melakukan penilaian tahap tidur terlebih dahulu. Apa yang mempengaruhi tidur anak akan menimbulkan rasa mengantuk pada hari berikutnya.
Winter menambah, cara mengantuk kanak-kanak adalah sangat berbeza dengan orang dewasa.
Selain nampak letih dan mengantuk, anak-anak akan berkelakuan hiperaktif dan mencari jalan penyelesaiannya sendiri.
Tanda-tanda masalah tidur pada kanak-kanak
Profesional menasihatkan ibu bapa untuk melihat adakah anak tidur berdengkur, tingkah laku anak di sekolah, terjaga semasa tidur pada waktu malam dan lain-lain. Ini menunjukkan anak sedang alami tidur apnea.
Justeru, jika anak mempunyai masalah ADHD lihat juga masalah tidur apnea anak yang membabitkan masalah tingkah laku.
Jadi ibu bapa jangan berlengah untuk bawa anak berjumpa doktor dengan segera.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Kevin Wijaya Oey. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.
Baca juga:
ADHD Maksud: Kenali Apa Itu ADHD, Ciri-Ciri ADHD & Rawatan Yang Sesuai