Ada pelbagai penyebab gigi kuning, yang kebiasaannya disebabkan merokok, tidak menjaga kebersihan mulut dan pengambilan makanan tertentu. Keadaan ini sememangnya mengganggu penampilan dan semakin jelas apabila umur bertambah.
Apa Lagi Punca Penyebab Gigi Kuning?
“Enamel pada gigi anda semasa umur meningkat merupakan penyebab gigi kuning yang paling utama.” kata Sally Cram, DDS. “Ia ibarat sebuah tembikar yang apabila dimakan masa, akan muncil garis halus dan habuk akan masuk di celahan garis halus tersebut.” sambungnya.
Kandungan Dalam Makanan Merupakan Faktor Utama Gigi Menjadi Kuning
Berikut merupakan 3 penyebab gigi kuning yang utama:
- Kromogen, zat pewarna yang ada dalam makanan dan minuman dapat menyebabkan kejadian enamel yang melekat pada gigi.
- Tannin, komponen pahit dalam buah-buahan tertentu mudah menempel pada permukaan gigi dan menyebabkan noda
- Asid dalam makanan. Kandungan asid dalam makanan juga turut berdampak pada warna gigi, selain itu juga mengikis enamel gigi!
Ketahui Jenis Makanan Yang Perlu Dielak
Perlu diingatkan kepada anda, jangan ambil makanan yang disenaraikan di bawah secara berlebihan. Ini kerana makanan-makananan berikut boleh menyebabkan perubahan warna gigi menjadi lebih cepat!
Apakah jenis makanan yang menyebabkan perubahan warna pada gigi anda?
Penyebab Gigi Kuning #1: Pengambilan Kopi dan Teh
Doktor gigi juga mengatakan kopi, khususnya kopi hitam mengandungi asid dan kromogen yang banyak sehingga menimbulkan noda pada gigi.
Selain itu, teh yang mungkin pada anda dianggap minuman sihat juga sebenarnya bukan minuman yang baik sekiranya anda menginginkan gigi yang putih. Malah teh memberi kesan gigi kuning yang lebih buruk berbanding kopi.
Sekiranya anda susah untuk mengelak pengambilan minuman kafein, apa kata anda tambah susu untuk mengurangkan kepekatan warnanya.
Penyebab gigi kuning #2: Makanan Yang Berwarna
Cara menjaga gigi sentiasa putih sebenarnya mudah sahaja, sentiasa ingat sebarang makanan yang boleh mengotorkan makanan boleh mengotorkan gigi anda juga!
Elakkan pengambilan makanan berwarna gelap seperti coklat, anggur merah dan makanan tinggi kromogen yang boleh melekat pada gigi. Contoh makanan lain yang tinggi kromogen adalah anggur, ceri, ubi bit dan buah delima.
Penyebab gigi kuning #3: Kicap
Penambah rasa pada makanan berwarna gelap juga boleh membuatkan warna gigi anda berubah. Anda sebaiknya tidak terlalu banyak menambah kicap, cuka atau sos tomato pada masakan kerana kesemua makanan tambahan ini boleh menjadikan gigi lebih mudah menguning.
Selepas anda mengambil makanan ini, anda harus berus gigi dengan baik sehingga kotoran dan warna tidak lagi melekat di gigi.
Penyebab Gigi Kuning #4: Buah Yang Berasid
Buah yang berasid atau masam seperti jeruk, tomato, nanas, beri, lemon, dan buah asam lainnya sememangnya sedap dan menyegarkan setelah dijadikan jus.
Walau bagaimanapun, mengambil buah-buahan berasid terlalu kerap boleh memberi perubahan warna kepada gigi. Pastikan anda minum air kosong dalam jumlah yang banyak setelah makan makanan berasid untuk memastikan kesihatan gigi terjaga.
Penyebab Gigi Kuning #5: Minuman Berkarbonat
Minuman bergas atau berkarbonat mengandungi asid sitrid, gula asid dan asid fosfat yang boleh mengikis enamen gigi sekiranya anda mengambilnya dengan kerap!
Malah warna gigi juga akan kelihatan buruk terutama jika anda tidak memberus gigi atau berkumur selepas pengambilannya.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Petty Lubis dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga: