Setiap ibu ayah yang bakal menimang cahaya mata pastinya mengharapkan khabar berita gembira pada penghujungnya. Namun ada ramai pasangan diuji kehilangan anak dengan penyebab kematian bayi yang pelbagai.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Penyebab kematian bayi, wanita ini berharap masih dapat bergelar ibu
- Penyebab kematian bayi akibat masalah buah pinggang
- Diuji dengan masalah sama, bayi meninggal selepas dilahirkan secara caesar
- Penyakit berkaitan buah pinggang jarang berlaku kepada bayi dalam kandungan
Setiap ujian ini sudah tentu meninggalkan kesan mendalam terhadap mereka yang mengalaminya. Seperti yang dilalui oleh pasangan ini yang berkongsikan kisah pahit dilalui mereka apabila terpaksa berdepan enam kali kehilangan anak.
Penyebab kematian bayi, wanita ini berharap masih dapat bergelar seorang ibu
Sukar untuk membayangkan bagaimana seseorang boleh melalui begitu banyak kesedihan, tetapi masih tetap berharap yang baik-baik.
Selepas kehilangan 6 orang anak, penyebab kematian bayi kerana Penyakit Ginjal Polikistik Autosomal Resesif (ARPKD), pelatih kecergasan, Joany Catingco ingin memberi inspirasi kepada orang lain untuk melakukan perkara sama apabila diberikan ujian sepertinya.
”Ketika berkahwin saya berusia 23 tahun,” dia memulakan cerita sambil mengimbas kembali bagaimana dia disahkan mengandung 4 bulan ketika itu ”Saya terpaksa bersalin pada tahun yang sama, ketika itu kandungan baru berusia 7 bulan.”
Dia mengalu-alukan bayi pertamanya, Maria Francesca Louise pada Disember 2001 melalui pembedahan caesar kecemasan.
”Semuanya berlaku dengan begitu pantas. Kami sangat teruja menunggu kelahirannya. Namun selepas bersalin, suami saya (Jhong) memberitahu bahawa doktor sedang melakukan yang terbaik bagi merawat anak saya,”
”Sebagi ibu, saya benar-benar terkejut kerana kami berdua sihat dan hanya mengikuti sahaja nasihat doktor.” kongsinya.
Penyebab kematian bayi akibat masalah buah pinggang
Pada hari Krismas, suami memberitahunya berita sedih bahawa mereka telah kehilangan bayi perempuan sulung. Menurut Joany, punca kematian anak kecil mereka pada mulanya dikenal pasti sebagai sepsis.
Sebelum ini mereka ketahui bahawa ia merupakan penyakit yang jarang berlaku. Penyebab kematian bayi mereka adalah disebabkan penyakit ginjal polikistik autosomal resesif (ARPKD).
Enam tahun kemudian pada tahun 2007, pasangan ini menantikan kehadiran anak lelaki mereka, Sean Matthew. Pada bulan-bulan menjelang kelahiran, mereka sudah menyediakan segala-galanya, mahu memastikan kehamilan sihat serta mudah bersalin.
Namun pada bulan ke-7 kehamilan, doktor mengatakan perkara sebaliknya.
”Saya benar-benar tidak tahu apa yang sedang berlaku,” dia mengimbau kembali sambil menambah bahawa suaminya tidak berada di sisi kerana bekerja di luar negara sebagai pelaut pada masa itu.
Dengan ditemani oleh ibu, ayah dan adik-beradiknya di sisi, dia menerima berita yang menyedihkan.
”Doktor meminta saya dan ibu bapa saya untuk memilih sama ada menamatkan kehamilan ketika usia kandungan 7 bulan atau menunggu tarikh bersalin, tetapi tidak akan ada peluang untuk bertahan hidup,” keluhnya sambil menahan perasaan.
Diuji dengan masalah yang sama, bayi meninggal selepas dilahirkan secara caesar
Dia yang terkejut cuba menenangkan diri. Pada masa itu, satu-satunya perkara yang doktor boleh katakan ialah mereka tidak dapat menjaminkan apa-apa. Namun hanya boleh cuba berikan terbaik untuk malaikat kecil mereka.
Dengan berbaki dua bulan, dia melakukan segala-galanya untuk meningkatkan peluang hidup bayinya. Dia akan menjalani rawatan menambah cecair amniotiknya (air ketuban).
”Pada masa itu saya tahu bahawa saya dan bayi boleh melaluinya. Setiap hari saya akan bercakap dengannya semasa dia bergerak, meminta dia untuk terus kuat bersama saya.” jelasnya.
Suaminya terbang pulang ke rumah untuk berada di sisinya melalui pembedah caesarean.
Beberapa jam selepas prosedur, Joany semakin pulih daripada kesakitan. Dia mengalami satu lagi tamparan apabila kakitangan perubatan membawanya ke NICU (unit rawatan rapi neonatal) untuk mengucapkan selamat tinggal kepada bayi lelakinya yang sedang dalam keadaan kritikal.
”Saya tidak boleh melupakan momen itu. Ketika saya membuka pintu dan melihat anak dalam keadaan sudah tidak bermaya. Saya pegang dan peluk dia sambil menangis sehingga lupa diri yang baru dibedah.”
”Saya terpaksa melepaskannya kerana bayi saya sudah bertukar menjadi ungu. Saya tidak peduli lagi jika saya akan mati pada masa itu, ia sangat menyakitkan.”
”Selepas kejadian itu saya perlu kuat dan bergerak ke hadapan,” dia berkongsi menceritakan bagaimana doktor memutuskan untuk melakukan ujian DNA ke atas anak mereka yang meninggal dunia.
Melalui ujian ini, doktor mengesahkan bayi mereka menghidap penyakit ginjal polikistik autosomal resesif (ARPKD),
Penyakit berkaitan buah pinggang jarang berlaku kepada bayi di dalam kandungan
Penyakit ini jarang berlaku. Ia menganggu buah pinggang dan hati, berlaku kepada 1 dalam 55,000 kematian. Dalam kes Joany bayinya tidak menunjukkan gejala sehingga bulan ke-7 kehamilan, di mana tahap cecair amniotik begitu rendah.
Ringkasnya bayi mereka tidak dapat mengeluarkan atau memproses cecair yang sepatutnya kerana buah pinggang yang belum berkembang.
”Doktor mengatakan bahawa saya dan suami adalah pembawa penyakit itu. Walaupun kami tidak mempunyai sebarang simptom dan anak mewarisinya sehingga buah pinggang tidak dapat berkembang.” katanya.
Beberapa tahun kemudian, Joany hamil lagi buat kali ketiga, Zachary John, tetapi juga kehilangan anaknya selepas usia 4 bulan.
Pada tahun 2010, dia mendapat tahu dirinya mengandung buat kali keempat.
Kali ini Joany memutuskan untuk pergi ke hospital khusus, memberitahu semuanya kepada doktor. Ketika ini masih berpegang pada kepercayaan mereka bahawa kehamilan ini akan berakhir dengan gembira
Namun menyedihkan, ketika kandungan yang ke-7 bulan, dia diberitahu berita sedih yang sama. Joany terpaksa bersalin dan bayinya meninggal selepas tempoh 24jam.
Di antara empat kehamilan ini, dia mengalami dua kali keguguran.
”Saya tidak pernah meminta apa-apa. Saya hanya mahu anak hidup dan boleh bernyawa di dunia ini. Saya fikir ia sudah nasib kami, tetapi apabila hari itu tiba, ia adalah sangat sukar untuk diterima.” katanya.
Sehingga kisah ini ditulis, tiada penawar yang diketahui boleh merawat masalah jarang berlaku ini sehingga merampas hasrat mereka menjadi ibu ayah. Meskipun kehilangan enam orang anak, dia masih berpegang pada harapan bahawa dia akan menjadi seorang ibu suatu hari nanti.
Penulis asal Bianchi Mendoza. Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Filipina untuk diterjemah.
Nota: Gambar sekadar hiasan
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga: Bila-Bila Masa Tuhan Akan Ambil Baby, Pasangan Ini Lalui Detik Duka Anak Hidap Sakit Jantung
Baca juga: Masalah Buah Pinggang Bengkak Pada Bayi Dalam Kandungan, Adakah Ia Boleh Sembuh?
Baca juga: Janin Alami Cystic Hygroma & Meninggal Dalam Kandungan, Ibu Jangan Abaikan Asid Folik!