Banyak sabun vagina dijual di pasaran antara dikatakan boleh menghilangkan bau tidak enak pada vagina. Tetapi tahukah anda bahawa sabun ini antara penyebab keputihan gatal terjadi pada alat sulit wanita.
Biasanya makin digaru makin gatal jadinya. Ada yang hingga melecet dibuatnya. Masalah keputihan yang keluar daripada faraj wanita merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita tetapi jika ia tidak berbau tiada masalah pun.
Ia tanda vagina anda sihat. Tetapi jika sudah mengeluarkan bau yang diri sendiri pun tak tahan dan boleh terhidu, itu tanda anda perlu lakukan sesuatu.
Sabun vagina antara penyebab keputihan gatal
Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid.
Keputihan terbahagi kepada dua jenis, iaitu keputihan fisiologis dan keputihan patologik. Keputihan yang bersifat fisiologis biasanya normal dan tidak menunjukan gejala penyakit.
Keputihan jenis ini sering berlaku semasa seseorang wanita mengalami kesuburan dan sebelum menstruasi (kitar haid). Keputihan fisiologis merupakan petanda yang sangat normal di mana hampir setiap wanita melalui keadaan ini.
Lelehan lendir yang normal selalunya berwarna putih atau krim, tidak berbau serta tidak menyebabkan gatal pada bahagian faraj. Lendir yang dikeluarkan adalah sedikit dan berbentuk cecair.
Keputihan patologik bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit seperti mengeluarkan lendir yang kental, berwarna kuning, kelabu atau hijau, berbau busuk dan menyebabkan kegatalan pada bahagian faraj.
Sebaliknya, keputihan patologis disebabkan oleh jangkitan kuman (bakteria dan/atau kulat) perlu dirawati.
Faktor penyebab keputihan jadi gatal
Ada pelbagai sebab yang menyebabkan keputihan menyebabkan anda rasa gatal di bahagian kemaluan. Gatal ini bukan biasa-biasa ya. Mereka yang kena saja tahu.
Jadi apakah yang mungkin boleh jadi penyebabkan?
#1. Kebersihan
Kebersihan di bahagian faraj perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku. Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual.
Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.
Tetapi membersihkan vagina menggunakan sabun dengan ph yang tinggi juga boleh menyebabkan vagina menjadi kering dan bercampur dengan keputihan yang boleh mengakibatkan kegatalan.
Kulit di bahagian faraj dan alat sulit wanita sangat sensitif malah ia lebih halus daripada kulit di bahagian lain, disebabkn itu tidak perlu digunakan sabun pencuci dan sebagainya.
#2. Hormon
Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit keputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah:
- Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj
- Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
- Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
- Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah
#3. Gaya hidup
Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.
#4. Kesihatan
Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj.
Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 9 Jenis Keputihan Yang Wanita WAJIB Tahu, Boleh Kesan Penyakit Serius Awal
Baca juga: Masalah Keputihan Yang Banyak Pada Wanita, Apa Boleh Anda Buat Untuk Merawatnya?
Baca juga: Keluar Keputihan Lepas Hubungan Kelamin, Adakah Ia Normal @ Bahaya Pada Vagina?