Dalam memastikan rumah sentiasa kemas dan bersih, pasti akan ada beberapa peraturan yang telah ditetapkan oleh ibu seperti membasuh pinggan setelah digunakan atau meletakkan tuala pada penyidai tuala selepas siap mandi.
Namun kadang-kadang ahli keluarga sering mengambil mudah akan hal ini sehingga membuatkan kesabaran para suri rumah teruji. Apapun, begitulah lumrah dalam menguruskan rumah, suami dan anak-anak yang masih kecil.
Respon lucu dari ahli Facebook apabila ada yang tanya idea tempat penyidai tuala di rumah
Baru-baru ini telah tular beberapa tangkap layar (screenshot) lucu yang diambil dalam Facebook Kelab Kaki Deko apabila seorang ahli bertanya soalan umum dekat mana anda sangkut tuala mandi selepas mandi.
Soalan berkenaan mungkin kedengaran agak biasa, namun telah mendapat ribuan komen daripada netizen yang ‘jujur’ mengatakan situasi sebenar dalam rumah masing-masing.
Seorang pengguna Facebook, Ujie Ibrahim sempat menyimpan beberapa screenshot komen-komen yang melucukan dari ahli kumpulan berkenaan dengan kapsyen:
Ya ampun terima kasih kak yang bertanyakan mengenai perkara ini. Barulah mak rasa keluarga mak ini adalah manusia normal bukan robot. Tak tahulah kenapa mak ketawa. Rasa sebijik keadaan kat rumah mak ni. Korang macam ni jugak ke?
Jom tengok apa kata ahli kumpulan Facebook berkenaan:
”Gitu kak.” Simple je kan? Keluar bilik air, londehkan tuala dan terus sangkut atas kerusi meja makan.
”Kalau ikut kami buh merata je. Kadang kat kerusi, kadang kat atas bumbung rumah. Cuma bila nak tangkap gambar dan post dalam group, kami akan kemas gantung dan deko rumah elok-elok. So jangan percaya sangat kalau rumah kami kemas 24 jam. Itu semua tahyul je,” katanya sambil bergurau.
Penyidai tuala kadang-kadang jarang ‘berfungsi’ di rumah
”Sidai kat kerusi meja makan. Kalau orang datang cepat-cepat gantung belakang pintu bilik,” Memanglah bila tetamu datang, tuan rumah akan kelam-kabut bagi memastikan rumah kelihatan kemas dan cantik. Walhal keadaan sebenar adalah sebaliknya!
”Saya tak sidai. Kalau dah siap mandi saya panggil je dekat pintu.. Towelll… Nanti adalah tu datang towel. Kalau dah pakai tak tahu nak letak mana, tahu-tahu dah hilang. Nak pakai lagi panggil je towel tu lagi… Hah mudah kan.”
”Dulu suami dan anak saya lepas guna campak atas katil. Kadang-kadang campak atas lantai. Saya marah mereka degil dan campakkan keluar. Tiba-tiba naik angin, lepas dari haritu mereka dah pandai sangkut dekat ampaian tepi bilik. Sesekali kena buat macam ni baru ahli rumah faham.”
”Isu penyidai tuala jangan dibuat main. Boleh jadi perang dunia ke-3 laki ibi. Tempat penyidai tuala ada 3 dalam rumah. Anak sidai dekat kerusi meja makan. Bapaknya lagi haru, sehari pakai sampai 3 tuala pastu sidai kat pintu bilik, tombol pintu, atas sofa. Paling menyirap sidai kat atas papan penggosok yang ada tudung aku baru lepas siap gosok.”
Komen yang ini pun boleh tahan kelakar juga. Ahli Facebook ini kongsi, isu sidai tuala boleh mengundang konflik suami isteri ketika di rumah. Tambah pula kalau si ayah ada perangai sendiri, anak-anak pun terpengaruh dengan sikap ayah.
Masing-masing dedahkan situasi sebenar yang berlaku dalam rumah
Yang seterusnya, ada ahli melihat isu ini daripada skop yang lebih luas iaitu:
Kali pertama menyibuk nak komen. Beli kat MR.DIY. Kalau tak kat tangga lah, kat lantai, sofa lah.. Walaupun sudah ada penyidai tuala lain. Pastu ‘mamaaaa nampak tuala saya tak?”, ”Maa tuala papa manaaa? #tiber memendam rasa terluah pulak.
Nah beli macam ini letak depan tandas. Senang. Sendiri punya hilang, memang kena tibai. Dengan bapak dia sekali kena. (Sambil berseloroh)
Ada juga ahli bersetuju dengan komen-komen diatas dan menghadapi ‘tekanan’ yang sama mengenai isu sangkut tuala dekat mana.
”Yang paling susah nak urus ni. Biasanya jumpa kain pelikat bulat bergulung atas lantai. Seluar jeans dekat tangga. Baju yang asyik tukar 2,3 kali atas sofa pun ada, dekat penyidai pun ada. Bab tuala ni lagilah haru, setiap kali ambil mesti hilang. Padahal dah letak yang suami, yang saya dan anak-anak. Tapi bila pakai 1 tuala, semua kongsi. Peninglaa”
Sumber: Ujie Ibrahim
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Doktor Kongsi 7 Jenis Suami Ketika Teman Isteri Bersalin Di Labour Room, #5 Paling Lucu!