Doktor Tak Percaya Wanita Sakit Selepas Operate, Rupanya Gunting Tertinggal Dalam Perut

Peralatan bedah amat penting bagi melakukan pembedahan merawat pesakit yang memerlukan. Namun siapa sangka telah berlaku perkara lain yang tidak diingini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap proses pembedahan pastinya membuatkan mana-mana pesakit berasa takut dan gerun untuk melaluinya. Siapa sangka baru-baru telah tular mengenai kisah seorang wanita berdepan detik hitam apabila peralatan bedah iaitu gunting telah tertinggal di dalam perutnya.

Lumrah manusia biasa seperti kita akan menyerahkan segala usaha merawat kepada golongan yang pakar. Namun jika berdepan situasi sebegini, boleh membuatkan rasa sakit semakin bertambah.

Peralatan bedah iaitu gunting tertinggal dalam perut

credit to sources

Seorang wanita dan ibu kepada tujuh orang cahaya mata terpaksa menahan kesakitan melampau selepas dia berjaya menjalani proses pembedahan. Ini sekaligus menjadi tanda tanya kerana rasa sakitnya adalah sangat luar biasa.

Nurcihan Ogmen berusia 61 tahun dari wilayah Aydin di barat daya Turki sebelum ini telah dimaklumkan oleh doktor bahawanya adalah normal jika berasa sakit selepas selesai menjalani pembedahan.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh doktor yang membedahnya di salah sebuah hospital swasta di Kusadasi. Menurut laporan agensi berita tempatan berkata, lebihan kulit pada perut Nurcihan telah dibuang oleh doktor sewaktu proses pembedahan.

Dia telah dibenarkan pulang pada keesokan harinya selepas menjalani pembedahan yang memakan masa hampir lima jam. Walau bagaimanapun dia telah kembali semula ke hospital selepas mendapati berlakunya pembengkakan serta rasa sakit pada perut.

Doktor hanya menyangka ia adalah kesan biasa setelah pembedahan dan rasa sakit tersebut akan perlahan-lahan pulih. Selepas dua bulan, Nurcihan dan suaminya sekali lagi pergi ke hospital berdekatan untuk menjalankan pemeriksaan susulan kerana rasa sakit tersebut masih belum hilang.

Peralatan bedah dikeluarkan setelah menjalani pembedahan yang kedua

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setelah imbasan sinar-X dilakukan, ia menunjukkan hasil yang mengejutkan apabila jelas kelihatan sebilah gunting pada bahagian kiri abdomennya.

credit to sources

Dia kemudian telah bertemu semula doktor yang melakukan pembedahan awal terhadapnya dahulu bagi mengeluarkan peralatan bedah tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gunting yang tertinggal di dalam abdomennya telah berjaya dikeluarkan setelah dua jam melalui proses pembedahan kedua.

”Bahagian perut saya berasa sangat sakit selepas pembedahan pertama. Namun pihak doktor langsung tidak mempercayai apa yang telah saya katakan. Mereka hanya meminta saya untuk bersabar dan menunjukkan rasa tidak berminat untuk mendengar masalah yang sedang saya hadapi,” luah Nurcihan.

Punca peralatan bedah boleh tertinggal dalam badan pesakit

Keputusan untuk membuat pembedahan kadang-kadang perlu dilakukan bagi merawat pesakit. Namun ia tetap hadir dengan pelbagai risiko, antara salah satunya kecuaian doktor yang lupa menyimpan semula peralatan bedah sehingga tertinggal dalam tubuh pesakit.

Insiden alat bedah tertinggal ini boleh terjadi pada semua jenis pembedahan, namun ia sering berlaku sewaktu pembedahan di bahagian perut. Antara penyebab yang mendorong kejadian sebegini berlaku ialah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Operasi pembedahan yang berlangsung memakan masa lebih lama atau sangat rumit dari yang diharapkan
  • Petugas kesihatan tidak mengira jumlah alatan yang digunakan sebelum atau selepas melakukan proses pembedahan
  • Petugas kesihatan kepenatan atau kegagalan komunikasi antara mereka yang berada dalam ruang pembedahan

credit to sources

Bagi mengurangkan kes yang sama berlaku, alat bedah akan dipasangkan dengan sensor khusus bagi memudahkan petugas hospital melakukan pemeriksaan. Sensor tersebut menggunakan frekuensi radio sehingga mudah untuk dikesan keberadaannya ketika dalam dewan pembedahan.

Dengan demikian, ia sedikit sebanyak mengurangkan risiko alat bedah tertinggal di dalam tubuh pesakit. Namun untuk lebih selamat, petugas dinasihatkan untuk menggabungkan pemeriksaan secara manual juga.

”Setiap objek asing yang masuk ke dalam tubuh manusia dalam jangka masa lama boleh menyebabkan risiko jangkitan kuman,” jelas doktor bedah dari University of North California (UNC), Dr. Christopher Rupp.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan adanya alat yang memiliki daya sensor ini, ia sekaligus membolehkan pengesanan dilakukan pada permukaan tubuh pesakit. Jika ada alat bedah yang tertinggal di dalam, ia akan menghantar isyarat tertentu.

Menurut laporan yang dikeluarkan Healthday, keberkesanan alat pengesan ini telah diuji oleh para ahli di UNC. Ia menunjukkan hasil yang tepat dengan pengujian secara manual.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doktor Tidak Sengaja TERHIRIS Wajah Bayi Perempuan Ketika Pembedahan Caesarean 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan