Benarlah apa yang dikata, disangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Begitu juga dengan kes perceraian di Malaysia yang semakin meningkat. Tidak dinafikan semua pasangan yang berkahwin, pasti mengimpikan rumah tangga kekal bahagia hingga akhir hayat. Namun tidak semua berakhir dengan kebahagiaan.
Pada tahun lalu sahaja, statistik mencatatkan sebanyak 56, 975 kes cerai yang melibatkan individu beragama islam didaftarkan berbanding 50, 862 kes tahun sebelumnya. Boleh dikatakan nisbah cerai terkini adalah seorang isteri diceraikan setiap satu minit.
Belum sempat menarik nafas lega tentang isu Syamsul Yusof, Puteri Sarah yang sudah berakhir, sehingga kini masih menanti dengan kemelut rumah tangga Farid Kamil dalam usaha memujuk Diana Dianelle melebihi RM300,000. Apa yang sebenarnya terjadi?
Selain kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga, ini punca lain terjadinya perceraian
Antara punca yang lain terjadinya kes perceraian adalah disebabkan masalah kewangan, kurang persefahaman dan perkembangan teknologi media yang tidak terkawal. Ketiga-tiga ini menjadi penyumbang terbesar kepada sesebuah perkahwinan itu berakhir. Juga, penyebab kepada kes perceraian di Malaysia meningkat.
Seperti yang dikatakan Presiden Pusat Bantuan Guaman Syarie (BAGUS), Musa Awang , peningkatan kes perceraian di Malaysia mendadak naik selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sebelum membuat keputusan muktamad untuk bercerai, adalah lebih baik anda mendapatkan bantuan khidmat nasihat guaman yang diberikan secara percuma sempena Ramadan.
Menurutnya lagi, setakat ini sambutan yang diterima sangat baik. Kira-kira 6 hingga 10 orang dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun menghadiri konsultasi yang dijalankan dalam tempoh tiga jam.
“Bagi membantu mereka yang mempunyai konflik ini kami akan memberi konsultasi kepada mereka khususnya berkenaan dengan undang-undang syarie”,katanya.
Elak berpisah, ini tips untuk leraikan ketegangan
Setiap perkahwinan pasti ada pasang surutnya, ada masanya bahagia dan ada masanya masam mencuka. Malah dikatakan, usia perkahwinan fasa pertama dan ke bawah lebih mencabar. Tetapi, jangan menganggap kes perceraian tidak boleh berlaku walaupun tempoh perkahwinan menjangkau 10 hingga 15 tahun.
Bagi menangani kemelut perceraian di Malaysia yang menjadi ‘trend’ terkini, berikut adalah beberapa fasa perkahwinan yang dikongsi melalui posting Farhana Fakhira Ismail, pengguna Facebook, berdasarkan perkongsian menerusi Youtube.
Facebook: Farhana Fakhira Ismail
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Sudah Tawar Hati & Ingin Berpisah, Lelaki Ini Kongsi Cara Cerai Paling Cepat/ Fast Track
Baca juga: Jangan Rasa Selamat Rumah Tangga Baru 4 Tahun Ke Atas, Anda Juga Berisiko Untuk Perceraian!
Baca juga: Trend Suami Isteri Bercerai Meningkat, Duduk Bersama 24 Jam Pun Boleh Cipta Konflik Rumah Tangga!