Kebiasaannya, perempuan mimpi basah akan mengalami pengeluaran cecair melalui vagina ketika sedang tidur. Anda mungkin bermimpi melakukan hubungan seks yang begitu ghairah sehingga menyebabkan orgasme.
Selama ini, mimpi basah sering kali dikaitkan dengan golongan lelaki. Namun sebenarnya wanita juga mengalami mimpi basah. Ia mendorong keghairahan seksual ketika tidur hingga faraj menjadi lembab dan turn on untuk mengeluarkan cecair.
Adakah mimpi basah pada wanita ini normal? Bagaimana pula dengan wanita yang sedang mengandung? Ketahui dengan lebih lanjut mengenainya menerusi perkongsian ini.
Isi Kandungan
Perempuan Mimpi Basah, Apakah Sebabnya?
Anda pasti tertanya-tanya, bagaimana cara untuk merasai rangsangan seksual sehingga orgasme terjadi ketika tidur? Padahal sebelum ini tidak mengakses atau memikirkan langsung perihal mengenai seks.
Jawapannya ialah kerana setiap wanita akan mengalami peningkatan darah ke bahagian pelvis (pinggul) ketika menikmati waktu tidur. Ini terjadi di fasa REM iaitu Rapid Eye Movement, biasanya setelah 60 hingga 90 minit anda melelapkan mata.
Peningkatan aliran darah ini mendorong sensasi ghairah seksual kerana lubrikasi (pelincir) dihasilkan oleh vagina. Inilah yang menjadi tahap awal rangsangan yang berakhir dengan orgasme.
#1. Kekerapan perempuan mimpi basah lebih kecil daripada lelaki
Saat anda terjaga setelah mimpi basah, biasanya golongan lelaki akan memiliki bukti jelas yang dapat dilihat apabila air mani keluar. Sedangkan wanita hanya akan memiliki ingatan sehingga menimbulkan perasaan gelisah.
Mungkin anda dilanda kebingungan memikirkan adakah itu hanya mimpi atau benar-benar mengalami orgasme. Sebahagian besar wanita tidak menyedari mimpi basah yang terjadi pada dirinya.
Hal ini kerana jumlah cecair yang dikeluarkan lebih sedikit berbanding dengan lelaki dan ia kelihatan sama seolah-olah keputihan. Bezanya cairan yang keluar dari rangsangan seksual memberikan sensasi lebih rileks.
Selain itu, frekuensi mimpi basah pada perempuan adalah lebih kecil jika dibandingkan dengan lelaki. Berdasarkan penelitian, perempuan mengalami mimpi basah ini hanya beberapa kali sahaja untuk tempoh satu tahun.
#2. Penyebab perempuan mengalami mimpi basah
Sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal Dreaming pada tahun 2012, mendapati bahawa mimpi basah wanita berlaku disebabkan oleh posisi tidur.
Sebagai contoh, berbaring secara meniarap boleh menyebabkan bahagian klitoris menerima lebih banyak sentuhan dengan tempat tidur sehingga merangsang keghairahan seks wanita.
Menurut pelbagai sumber, mimpi erotis pada perempuan juga boleh terjadi ketika adanya hasrat untuk bersetubuh yang tidak dilepaskan.
Hal ini disampaikan oleh doktor pakar Andrologi, Dr. Heru mengatakan bahawa penyebab perempuan mengalami mimpi basah adalah kerana keinginan seks atau libido yang tinggi dan tidak dipuaskan dengan baik.
#3. Mimpi basah yang terjadi pada wanita adalah sesuatu yang normal
Mimpi basah perempuan terjadi secara semula jadi dan tidak terduga. Jadi anda tidak perlu rasa bersalah dan pelik setelah menyedari pengeluaran cecair melalui vagina. Hal ini juga tidak akan memberi pengaruh dalam kehidupan seks dalam dunia yang nyata.
Pada sisi lain, anda juga tidak dapat memaksa mimpi basah meskipun diri ingin merasainya. Walaupun sudah cuba memikirkan pelbagai perkara tentang seks dan tidur secara meniarap, ia masih tidak boleh mencetuskan mimpi basah. Jadi, nikmati sahaja apabila anda tiba-tiba memperolehnya.
#4. Perlu mandi wajib setelah bermimpi
Antara sebab yang mewajibkan seseorang itu mandi ialah janabah yang bermaksud jauh. Janabah juga mempunyai makna air mani yang terpancut atau persetubuhan.
Disebabkan itu, orang yang junub adalah tidak suci disebabkan oleh air maninya sudah keluar atau menjalin hubungan persetubuhan. Justeru, anda perlu menjauhkan diri daripada mendirikan solat selama mana dalam keadaan demikian.
Seseorang itu dianggap sebagai telah berjunub disebabkan oleh dua perkara, iaitu:
- Keluar air mani sama ada lelaki atau perempuan dengan apa-apa sebab sekalipun sama ada melalui mimpi, bercium, melihat seseorang sedang berahi atau anda berkhayal.
- Melakukan hubungan intim meskipun tidak mengeluarkan air mani.
Hal ini juga adalah berdasarkan kepada hadis Aisyah R.Anha, katanya :
سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الرَّجُلِ يَجِدُ الْبَلَلَ وَلاَ يَذْكُرُ احْتِلاَمًا قَالَ : يَغْتَسِلُ. وَعَنِ الرَّجُلِ يَرَى أَنَّهُ قَدِ احْتَلَمَ وَلاَ يَجِدُ الْبَلَلَ قَالَ: لاَ غُسْلَ عَلَيْهِ. فَقَالَتْ أُمُّ سُلَيْمٍ: الْمَرْأَةُ تَرَى ذَلِكَ أَعَلَيْهَا غُسْلٌ قَالَ: نَعَمْ ، النِّسَاءُ شَقَائِقُ الرِّجَالِ
Maksudnya : “Rasulullah SAW telah ditanya tentang seorang lelaki yang mendapati dirinya basah tetapi dia tidak ingat mimpinya. Rasulullah SAW menjawab: Dia hendaklah mandi. Baginda juga ditanya tentang seorang lelaki yang bermimpi tetapi mendapati dirinya tidak basah. Baginda menjawab: Dia tidak wajib mandi. Kemudian Ummu Sulaim pula bertanya: Jika perempuan bermimpi demikian, adakah dia wajib mandi? Rasulullah SAW menjawab: Ya, kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki.” Riwayat Abu Daud (236)
Bahayakah Perempuan Mimpi Basah Ketika Hamil
Jangan risau, mimpi basah ketika anda sedang hamil adalah normal dan tidak membahayakan. Anda mungkin mengalami mimpi basah disebabkan oleh paras hormon estrogen yang tinggi dalam tubuh serta peningkatan aliran darah.
Jadi, jangan bimbang ya!
Perbezaan Mimpi Ketika Hamil
#1. Mimpi yang lebih jelas
Sesetengah orang biasanya mempunyai mimpi yang jelas semasa tidur nyenyak. Ia termasuklah mimpi dengan emosi dan imej yang jelas, malah mimpi ini mungkin kelihatan seperti peristiwa yang pernah berlaku.
Namun tahukah anda, ketika hamil mimpi yang jelas ini semakin kerap berlaku. Daripada imej kabur yang anda hampir tidak nampak, mimpi ini kelihatan seperti kehidupan sebenar. Anda mungkin terjaga dari mimpi ini dan memerlukan sedikit masa untuk membezakan antara mimpi dan realiti.
#2. Lebih kerap bermimpi
Sesetengah wanita hamil percaya bahawa mereka lebih kerap bermimpi semasa sedang hamil. Ada kemungkinan mereka sebenarnya bermimpi lebih banyak dalam kitaran tidur 8 jam, atau peningkatan mungkin disebabkan mereka tidur pada waktu siang.
Kehamilan boleh menyebabkan keletihan. Lebih banyak anda tidur, lebih banyak kemungkinan anda bermimpi.
#3. Mimpi mengenai kehamilan atau keibuan
Satu nyawa sedang berada di dalam badan anda dan secara tidak langsung, anda pastinya teruja untuk menerima kehadiran orang baru di dalam keluarga anda.
Disebabkan keterujaan ini, adalah sangat normal untuk anda mengalami mimpi yang melibatkan anda dan bayi anda.
Contohnya, anda mungkin kerap memikirkan cara menggendong bayi, jadi tidak hairanlah ‘pemikiran’ itu berlaku semasa anda sedang tidur. Sesetengah wanita juga mungkin bermimpi bercakap dengan bayi mereka, bermimpi tentang menamakan bayi, malah ada juga yang bermimpi tentang jantina bayi mereka.
#4. Mimpi yang mencemaskan
Jangan terkejut jika anda juga mengalami mimpi yang mencemaskan.
Persediaan untuk bayi sememangnya memerlukan banyak masa dan tenaga anda. Dalam keterujaan, anda juga pastinya akan berasa bimbang terutama jika sedang menghamilkan anak pertama.
Mimpi boleh memberikan gambaran tentang beberapa kebimbangan anda. Ia termasuklah kebimbangan mengenai kewangan, berdepan dengan bayi yang baru lahir dan kanak-kanak lain, serta banyak lagi. Anda juga mungkin mempunyai kebimbangan tentang proses bersalin.
Dengan pelbagai perkara yang bermain di fikiran anda, adalah normal sekiranya ia turut terbawa-bawa di dalam mimpi.
#5. Mudah untuk ingat mimpi
Semasa mengandung, anda mungkin akan lebih mudah untuk mengingati apa yang berlaku dalam mimpi anda setelah terjaga dari tidur, berbanding ketika sebelum hamil.
#6. Mimpi ngeri
Selain mimpi yang indah, anda juga mungkin mengalami mimpi ngeri semasa kehamilan dan ia adalah normal. Ia biasanya berlaku disebabkan oleh emosi anda. Contohnya,ketakutan untuk bersalin atau bimbang sesuatu berlaku pada bayi anda.
Anda mungkin bermimpi bahawa anda keguguran atau kematian ketika kelahiran. Jangan risau, ia adalah normal dan anda tidak perlu terbawa-bawa mengenainya.
Tips Tidur Lena Ketika Hamil
- Jangan minum air yang banyak sebelum tidur untuk mengelakkan anda kerap membuang air kecil di tengah malam.
- Pastikan bilik anda gelap, senyap dan berada pada suhu yang selesa.
- Matikan televisyen, tutup langsir dan apa-apa yang boleh mengganggu anda.
- Jangan tidur siang dengan terlalu lama untuk mengelakkan anda terjaga pada waktu malam.
- Berehat sebelum tidur. Baca buku, dengar muzik atau sebarang perkara lain yang boleh menenangkan anda.
Semoga perkongsian kali ini bermanfaat!
- Healthline (Oct 24, 2019). Pregnancy Dreams: Does Being Pregnant Change the Way You Dream?. www.healthline.com/health/pregnancy/pregnancy-dreams#takeaway
- What to Expect (March 23, 2022). Are Pregnancy Sex Dreams Normal? 10 Common Pregnancy Dreams and What They Might Mean. www.whattoexpect.com/pregnancy/symptoms-and-solutions/pregnancy-dreams-and-daydreams/
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Baca juga: MIMPI BASAH Ketika Puasa, Akan Terbatal Puasa? Wanita Juga Alaminya, Take Note Ya!
Baca juga: Mimpi Bersetubuh Dengan Orang Lain Selain Pasangan, Ini Maksud Di Sebaliknya!
Baca juga: 20+ Maksud Mimpi Mengandung & Melahirkan Bayi, Adakah Ia Petanda Yang Buruk?