Tular imam kahwin budak 11 tahun - Ini 5 keburukan perkahwinan bawah umur yang anda tak tahu

lead image

Baru-baru ini seorang imam berusia 41 tahun telah berkahwin dengan kanak-kanak berusia 11 tahun. Ini telah menyebabkan isu perkhwinan bawah umur disoal.

Perkahwinan bawah umur sekarang menjadi isu hebat selepas gambar seorang imam berusia 41 tahun bernikah dengan budak berusia 11 tahun tular di media sosial.

Walaupun banyak negara di dunia telah mengharamkan perkahwinan bawah umur,  Malaysia dan beberapa negara lain masih membenarkan perkahwinan bawah umur. Akan tetapi, ia bersyarat.

Undang-undang perkahwinan bawah umur di Malaysia

Mengikut undang-undang Syariah, umur minimum untuk perkahwinan bagi lelaki adalah 18 tahun manakala untuk perempuan adalah 16 tahun jika mendapat kebenaran dari ibu bapa.

Untuk yang beragama bukan Islam pula, perkahwinan tidak sah jika kedua-dua pihak belum berusia genap 18 tahun.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/36436112 192598411444410 1897462958770880512 n.jpg Tular imam kahwin budak 11 tahun   Ini 5 keburukan perkahwinan bawah umur yang anda tak tahu

Mengapa perkahwinan bawah umur perlu dielak?

Selepas berita perkahwinan imam yang bernama Che Abdul Karim Che Hamid ini tular, ramai yang mengecam tindakannya menikahi budak berusia sebaya anaknya sendiri.

Ada yang mengatakan ini salah satu contoh kes pedofilia yang dibuat secara terbuka dengan menggunakan landasan nikah sebagai tiket untuk berhubungan seksual dengan budak bawah umur.

Di Malaysia, isu ini bukanlah perkara yang baru. Banyak kisah perkahwinan bawah umur yang menjadi paparan berita sejak bertahun-tahun tanpa sebarang penambahbaikan pada undang-undang.

5 kesan buruk perkahwinan bawah umur

Ini antara beberapa kesan buruk yang boleh terjadi jika seseorang perempuan berkahwin pada usia bawah 20 tahun.

Menurut girlsnotbrides.org, setiap tahun, seramai 12 juta gadis berusia bawah 18 tahun berkahwin. Ini bermakna, 23 budak perempuan dikahwinkan setiap minit di seluruh dunia.

#1 Budak perempuan kahwin awal akan hadapi cabaran yang besar kerana mereka masih terlalu muda

src=https://admin62b4b.davidicke.com/wp content/uploads/2017/07/childmarriage story 647 022816062842.jpg Tular imam kahwin budak 11 tahun   Ini 5 keburukan perkahwinan bawah umur yang anda tak tahu

Kanak-kanak yang berkahwin awal akan berasa terasing kerana mereka tidak lagi dapat bermain atau bersosial dengan rakan sebaya. Kahwin awal juga menyekat hak mereka dari segi keselamatan, kesihatan dan pendidikan.

Akses yang kurang pada peluang pendidikan dan ekonomi juga menyebabkan mereka dan ahli keluarga hidup dalam kemiskinan.

#2 Menggalakkan aktiviti seksual pada terlalu awal

Tubuh badan mereka masih berkembang dan mereka melakukan aktiviti seksual terlalu awal dengan pendidikan seks yang kurang dan tidak mengetahui hak mereka sebagai seorang wanita dan tentang kesihatan reproduktif mereka.

Apabila berkahwin, mereka menghadapi tekanan untuk membuktikan kesuburan mereka.

Apabila mereka berkahwin dengan lelaki berusia, mereka sukar untuk menunaikan keinginan seks suami dan bercakap tentang seks selamat dan perancang keluarga.

#3 Perempuan berusia 20 tahun ke bawah menghadapi risiko tinggi semasa mengandung atau beranak

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/3cc86b8769ed03147a06d908ec8c5e1de60427fe.jpg Tular imam kahwin budak 11 tahun   Ini 5 keburukan perkahwinan bawah umur yang anda tak tahu

Biasanya mereka tidak bersedia dari segi fizikal mahupun mental untuk menjadi seorang isteri dan ibu, oleh itu mereka terdedah pada risiko kematian semasa beranak, dan kecederaan semasa hamil.

Kajian juga menunjukkan ibu berusia 20 tahun ke bawah mempunyai 50% risiko yang tinggi untuk melahirkan anak pramatang, anak lahir mati dan bayi baru lahir mati berbanding wanita yang lebih berusia.

#4 Perkahwinan bawah umur meningkatkan risiko untuk dapat HIV/AIDS

Perempuan yang berkahwin sebelum umur 18 tahun berisiko untuk mendapat HIV. Kajian mendapati, 5,000 gadis dan wanita muda dijangkiti HIV setiap minggu, dan satu dari tujuh jangkitan HIV yang terbaru di seluruh dunia adalah dari golongan remaja.

AIDS juga merupakan sebab kedua kematian remaja di seluruh dunia.

Kanak-kanak kahwin awal boleh mendapat HIV dari:

  • Fizikal yang tidak matang dan usia muda.
  • Kuasa mereka yang terhad untuk mengamalkan seks selamat
  • Tekanan untuk membuktikan kesuburan mereka

Kanak-kanak kahwin awal biasanya berkahwin dengan lelaki yang lebih berusia dan pernah mengadakan hubungan seks sebelum ini. Jadi, ia meningkatkan risiko jangkitan HIV pada mereka.

#5 Keganasan rumah tangga

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/Penyebab Seseorang Melakukan Kekerasan Dalam Pacaran 701x467.jpg Tular imam kahwin budak 11 tahun   Ini 5 keburukan perkahwinan bawah umur yang anda tak tahu

Perkahwinan bawah umur lebih berisiko untuk menghadapi keganasan dari pasangan sepanjang hidup mereka. Semakin tinggi perbezaan umur dengan suami, mereka semakin terdedah untuk menghadapi keganasan rumah tangga.

Di seluruh dunia, perempuan yang berkahwin sebelum usia 15 tahun mempunyai 50% pengalaman didera secara fizikal atau seksual oleh pasangan berbanding yang berkahwin selepas umur 18 tahun.

Mereka mempercayai yang lelaki boleh memukul isteri. 44% peremuan berusia 15-19 tahun merasakan yang suami mereka mempunyai hak untuk memukul isteri mereka.

Pendidikan lebih penting berbanding perkahwinan bawah umur

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/07/b41874eb3b99a70ca7fa671254bc529e pc computer essay writing.jpg Tular imam kahwin budak 11 tahun   Ini 5 keburukan perkahwinan bawah umur yang anda tak tahu

Banyak bantuan yang telah disediakan oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk membantu kanak-kanak yang tidak mampu untuk meneruskan kehidupan untuk terus belajar.

Pendidikan dapat mengelakkan perkahwinan bawah umur. Mereka yang mempunyai pendidikan akan mendapat kemahiran untuk membuat keputusan yang lebih baik dalam kehidupan termasuk bila dan dengan siapa mereka berkahwin.

Perkahwinan bukan jalan keluar untuk mengakhiri kemiskinan. Pendidikan adalah jalan keluar sebenar untuk mencapai kejayaan dalam hidup dan kemiskinan.

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Suami Potong 5 Jari Isteri Kerana Mahu Dia Berhenti Belajar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!