Perkahwinan Jarak Jauh Bukanlah Mudah, Namun Mengapa Ada Yang Lakukannya?

Perkahwinan jarak jauh bukanlah sesuatu yang mudah, namun ramai pasangan yang melaluinya atas sebab-sebab tersendiri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai pasangan suami isteri bersedih kerana terpaksa  melalui perkahwinan jarak jauh atas sebab-sebab tersendiri. Ia mungkin disebabkan oleh kerjaya dan kekangan kewangan, atau kerana salah seorang daripada pasangan sedang belajar bagi mengejar cita-cita.

Bagi pasangan yang tidak berjauhan mungkin menganggap perkahwinan jarak jauh ialah mudah. Namun, ia bukan selalunya indah seperti yang mereka sangka. 

Apa yang anda boleh baca dari artikel ini?

  • Perkahwinan jarak jauh bukanlah mudah, namun mengapa ada yang lakukannya?
  • Cara untuk bertahan dalam perkahwinan jarak jauh untuk menjaga rumah tangga
  • Tips untuk kekal bahagia dalam rumah tangga, baik jauh mahupun dekat

Perkahwinan jarak jauh bukanlah mudah, namun mengapa ada yang lakukannya?

Seperti yang dikatakan, ramai pasangan isteri masih berjauhan dengan sesama sendiri. Hal ini boleh menyebabkan bebanan emosi seperti isteri yang hamil harus menjaga dirinya sendiri. 

Walaupun isteri mampu berdikari, tidak semestinya suami boleh mengharapkan isterinya untuk bersendirian selalu. Faktor utama yang menyebabkan adanya perkahwinan jarak jauh ialah faktor pekerjaan.

Suami isteri mempunyai tempat kerja yang berbeza dengan jarak yang jauh. Seperti contohnya, si suami bekerja di Ipoh, Perak manakala si isteri bekerja atau menjadi suri rumah di Pasir Puteh, Kelantan. Walaupun mereka mahu untuk meletakkan jawatan pekerjaan mereka tapi bukan mudah bagi mereka kerana mereka takut akan tidak mendapat pekerjaan lain.

Hal ini boleh disentuh juga dalam bab kewangan. Seperti yang kita tahu, kewangan memainkan peranan penting dalam keharmonian keluarga. Tapi ramai pasangan suami isteri resah dengan perkahwinan jarak jauh ini. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber gambar: Pexels

Mereka tidak melakukan rutin seharian bersama, mereka tidak boleh bermanja secara depan dan mereka juga tidak boleh membantu sesama sendiri. Jadi, kami akan menyentuh juga tentang cara untuk bertahan dalam perkahwinan jarak jauh.

Cara untuk bertahan perkahwinan jarak jauh untuk menjaga rumah tangga

“Usah kedekut mengeluarkan duit untuk menampung kos perjalanan bertemu pasangan. Tidak kira sejauh mana pun suami atau isteri, usahakan untuk dekat dengan mereka sekerap mungkin” hujan daripada Perunding Motivasi Dan Kaunseling Keluarga, Dr Robiah K Hamzah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu, mari kita lihat cara untuk mengekalkan rumah tangga sambil berjarak jauh.

  • Sentiasa berhubung. Teknologi sudah semakin canggih. Aplikasi seperti Whatsapp atau FaceTime menjadi jambatan komunikasi antara suami dan isteri. Sentiasa memberi komunikasi. Tanyalah khabar atau bagaimana kerja di sana. Sentiasa ada sesuatu untuk berbincang.

Sumber gambar: Kosmo

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Membuat kejutan. Jika ada ruang masa untuk bertemu dengan suami atau isteri, gunakannya untuk memberi kejutan kepada mereka. Anda boleh menempah sejambak bunga atau belikan kek untuk menyambut kembali. 
  • Sentiasa berdoa. Anda perlu sentiasa berdoa buat pasangan anda yang berjarak jauh. Keberkatan ialah penting dan sudah pastinya akan memudahkan segala masalah rumah tangga anda. 

Tips untuk kekal bahagia dalam rumah tangga, baik jauh mahupun dekat

Jika anda perlukan sedikit ajaran untuk mengekalkan kemanisan rumah tangga, kami akan berikan beberapa rahsia dan tips perkahwinan kekal bahagia yang boleh diamalkan. Berikutnya adalah:

  • Berkompromi. Salah satu cara untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga ialah anda perlu mengadakan sifat suka mengalah dan bertolak ansur dengan pasangan anda. Anda perlu cuba untuk memahami dan menerima kelebihan dan kekurangan pasangan anda apabila ketika berbeza pendapat.
  • Memberikan percintaan yang lebih ghairah. Menurut sebuah kajian, pasangan yang kurang melakukan hubungan seksual dengan pasangan lebih cenderung untuk kurang bahagia. Keintiman fizikal memainkan peranan penting dalam hubungan rumah tangga. Jadi, apabila anda pasangan berjumpa, pastikan ada keintiman antara kamu berdua.
  • Menunjukkan kasih sayang. Meskipun ramai suami atau isteri berasa bersyukur kepada pasangannya, namun mereka kurang mengungkapnya dengan kata-kata. Berikan pujian kepada pasangan anda seperti pakaian dan bau wangian mereka. Tunjukkan anda amat menyayangi mereka. Mereka juga akan berasa dihargai dan disayangi sentiasa walaupun pada jarak jauh.

Walaupun pekerjaan itu penting untuk kestabilan rumah tangga, anda juga tidak boleh meletakkan tepi perasaan dan emosi pasangan anda apabila berjarak jauh. 

Jika ada masa, gunakan masa itu untuk berjumpa dengan pasangan anda. Kami mendoakan agar hubungan perkahwinan anda sentiasa dalam harmoni dan bahagia. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 7 tips bina rumah tangga bahagia hingga ke akhir hayat

Baca juga: Nak rumah tangga bahagia? Fahami 4 kehendak suami dan isteri yang setiap pasangan perlu tahu ini!

Baca juga: Selalu Bergaduh Dengan Pasangan? Cuba 2 Cara Ini Untuk Rumah Tangga Bahagia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan