Pejam celik, pejam celik, tak sangka anak sudah berumur 4 tahun 10 bulan. Waktu ini otak dan minda mereka sudah hampir terbentuk sepenuhnya. Seterusnya anda dapat lihat mereka mula memahami konsep yang lebih kompleks.
Namun, ada banyak lagi perkara menarik tentang perkembangan anak umur 4 tahun 10 bulan ini yang kami ingin kupas dalam entri kali ini.
Ayuh kita lihat satu persatu!
Perkembangan Anak Umur 4 Tahun 10 Bulan: Perkembangan Fizikal
- Suka sebarang aktiviti fizikal seperti menari, melompat, berlari dan melompat.
- Mempunyai postur hampir seperti postur orang dewasa apabila membaling atau menangkap bola.
- Menyertai aktiviti yang memerlukan lebih banyak koordinasi mata dan tangan
- Pandai menggunakan peralatan yang mudah seperti gunting (yang selamat untuk anak anda).
- Menjadi lebih fizikal dengan kanak-kanak lain (termasuk menolak, bergusti dan bergaduh)
- Kurang bertembung dengan objek atau orang lain dan lebih sedar tentang ruang di sekeliling mereka
- Berdiri di atas satu kaki untuk lebih 10 saat
- Membuat balik kuang dan melompat
- Mengayuh basikal atau basikal roda tiga
- Gigi susu akan mula menjadi longgar dan mungkin jatuh
- Mula menunjukkan sikap cerewet terhadap sesetengah makanan
Tips Untuk Ibu Bapa
- Masukkan anak anda ke dalam aktiviti atau kelas berkumpulan supaya mereka boleh menjadi lebih bersedia untuk ke sekolah.
- Beri anak anda ruang dan masa untuk menjadi lebih aktif.
- Jadi contoh yang terbaik kepada anak anda apabila menunjukkan tabiat pemakanan.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Tidak bertambah ketinggian atau berat badan, walaupun anak anda tetap makan cukup setiap hari.
- Anti-sosial dan tidak mahu menyertai sebarang aktiviti
- Berkurangan tenaga secara drastik
Perkembangan Anak 4 Tahun 10 Bulan: Kognitif
- Seronok membaca sendiri
- Boleh menyusun hujah-hujah dan buah fikiran mereka
- Mempunyai rasa ingin tahu
- Menerangkan idea dengan jelas dan memberi contoh
- Mula menyusun ayat yang lebih panjang
- Masa bermain anak anda kini melibatkan senario daripada kehidupan sebenar. Contoh: main masak-masak
Tips Untuk Ibu Bapa
- Beri anak pelbagai bahan bacaan yang sesuai dengan umur mereka
- Anda boleh mendapatkan lebih banyak buku yang mempunyai pantun, puisi dan teka teki untuk membantu perkembangan kognitif anak anda.
- Uji memori anak dengan pelbagai permainan.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda tidak menunjukkan sebarang kemajuan dalam menyusun ayat dan dalam kebolehan berkomunikasi mereka.
Perkembangan Sosial dan Emosi
- Seronok bermain dengan rakan-rakan dan akan cuba menggembirakan orang lain.
- Faham konsep berkongsi dan peraturan permainan.
- Ikuti kebanyakan peraturan yang anda tentukan.
- Menjadi lebih berdikari
- Menjelaskan perasaan melalui kata-kata dan bukan melalui tantrum.
- Memilih untuk menjadi lebih berdaya saing atau kurang berdaya saing.
Tips Untuk Ibu Bapa
- Bawa mereka keluar berjumpa rakan baru dan rakan yang sedia ada. Aturkan temu janji dan dedahkan mereka kepada pelbagai budaya.
- Biasakan diri mereka dengan ruang atau masa bermain yang mempunyai peraturan. Ini boleh menyediakan mereka untuk sekolah.
- Biarkan anak anda menjelaskan perasaan melalui kata-kata, walaupun mereka sedang marah atau kecewa.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Mempunyai sifat takut, malu atau agresif yang melampau.
- Menjadi tak tentu arah apabila terpisah daripada ibu bapa, walaupun sekejap.
- Fokus senang terganggu, dan gagal fokus lebih daripada lima minit.
- Anti-sosial
- Tidak menunjukkan minat terhadap sebarang benda
- Tidak mampu bertentang mata dengan orang lain.
- Tidak menyahut apabila orang lain memanggil
- Gagal menyebut nama penuhnya sendiri
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi
- Menyebut perkataan dengan jelas dan menyusun ayat yang lebih kompleks.
- Mengira 10 atau lebih objek.
- Menamakan sekurang-kurangnya empat warna dan tiga bentuk dengan betul
- Mengenal pasti beberapa huruf dan mungkin boleh menulis nama mereka sendiri
- Memahami lebih daripada satu bahasa, jika ada pendedahan
Tips Untuk Ibu Bapa
- Benarkan anak untuk berkomunikasi dengan orang dewasa lain seperti atuk dan neneknya atau rakan-rakan anda supaya mereka menjadi lebih yakin.
- Jika anak anda seorang yang pemalu, jangan paksa mereka ke dalam sesuatu situasi sehingga mereka berasa tidak selesa.
- Dedahkan anak anda kepada lebih banyak rancangan berilmu. Tapi hadkan masa dengan skrin ke kurang daripada sejam sehari.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Gagal memahami sebarang komunikasi bukan lisan
- Tidak bertentang mata dengan orang lain apabila bercakap
- Mencampur aduk perkataan yang biasa dalam percakapan seharian
Perkembangan Nutrisi
- Ketinggian normal mereka adalah antara 104 cm – 115 cm dan berat normal mereka adalah antara 18 kg – 22 kg.
Nutrisi penting:
- 1,000 miligram kalsium dan 20-35 gram protein
- 10 miligram zat besi
- Tidak melebihi 3,000 IU vitamin A
- Tidak melebihi 650 miligram vitamin C
Vaksin dan Penyakit
Anak anda wajib mendapat vaksin seperti berikut:
- Tetanus
- Diphtheria
- Whooping cough (pertussis) (DTaP) (Dos kelima)
- Polio (IPV) (Dos keempat)
- Measles, mumps, and rubella (MMR) (Dos kedua)
- Chickenpox (varicella) (Dos kedua)
- Influenza (Flu) (Setiap tahun)
Penyakit yang kerap berlaku di usia begini adalah seperti selsema dan HFMD.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Kenaikan atau penurunan berat badan yang mendadak
- Demam panas dengan suhu lebih daripada 38 darjah celcius
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Sarah Voon. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Baca juga:
Perkembangan Dan Milestone Anak 4 Tahun, Ini 5 Perkara Yang Dia WAJIB Mahir
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!