Sebulan saja lagi anak comel anda akan melangkah ke umur 5 tahun dan pastinya perasaan bercampur baur. Manakan tidak, anak yang ditimang masa kecil semakin berkembang dengan sihat dan menunjukkan sikap yang lebih matang seiring dengan pertambahan umurnya. Jadi, apakah perkembangan anak umur 4 tahun 11 bulan yang anda patut lebih peka? Di sini jawapannya!
Perkembangan Anak umur 4 Tahun 11 Bulan: Fizikal
- Berdiri di atas satu kaki lebih 10 saat
- Boleh bezakan antara kiri dan kanan
- Lakukan aksi yang lebih sukar, seperti menutup atau membuka penutup botol air mineral
- Menanggalkan pakaian tanpa sebarang bantuan
- Membuang air di tandas tanpa bantuan
- Pandai menggunakan peralatan yang mudah seperti gunting (yang selamat untuk anak anda).
- Menggenggam pen menggunakan tiga jari.
Tips Untuk Ibu Bapa
- Beri anak anda lebih masa untuk bermain di luar.
- Bawa anak anda ke taman permainan
- Masukkan anak anda ke dalam aktiviti seperti berenang, karate, tarian atau musik.
- Ajar adab di meja makan dan bagaimana menggunakan peralatan dapur dengan betul
- Mula meminta tolong daripada anak anda dalam kerja-kerja rumah.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Cemerkap – sering jatuh apabila berjalan atau berlari
- Gagal menulis sebarang huruf atau melukis sebarang bentuk
- Mengalami kesukaran menanggalkan pakaian
Perkembangan Anak 4 Tahun 11 Bulan: Kognitif
- Mengira sampai ke 10 atau lebih
- Melukis tubuh badan
- Menamakan objek yang sering digunakan di rumah
- Menamakan sekurang-kurangnya empat warna dengan betul
- Menulis beberapa huruf atau nombor
- Faham konsep masa dan wang
Tips Untuk Ibu Bapa
- Galakkan anak anda melukis.
- Mulakan sebarang projek DIY bersama-sama tapi biarkan anak anda mengetuai projek tersebut.
- Membaca dengan anak anda.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Tidak pandai berlakon atau memainkan peranan dalam permainan
- Tidak faham arahan yang mempunyai dua peringkat. Contoh: Ambil buku, dan letakkan buku di dalam kotak.
Perkembangan Sosial dan Emosi
- Fahami konsep jantina dan konsep tubuh badan
- Boleh bezakan antara imaginasi dan realiti
- Mungkin akan menipu, dan ini adalah normal
Tips Untuk Ibu Bapa
- Ajar anak anda cara untuk menangani emosi dan perasaan, seperti marah dan kecewa.
- Bantu anak anda untuk belajar berkongsi, selesaikan ketidaksefahaman dan bertoleransi.
- Beri anak anda fokus sepenuhnya apabila mereka sedang bercakap dengan anda. Tanya soalan. Tolong mereka berkomunikasi dengan lebih baik.
- Galakkan anak anda untuk bermain, menari dan menyanyi.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Sentiasa tidak gembira atau marah
- Tidak ingin bermain dengan kanak-kanak lain
- Tidak menunjukkan sebarang emosi atau respons kepada orang lain
Perkembangan Bahasa dan Komunikasi
- Sebut nama penuh dan alamat penuh mereka
- Menyusun ayat yang panjang.
- Percakapan jelas dan mudah difahami, walaupun apabila bercakap dengan orang asing.
- Menceritakan semula kejadian yang terjadi dalam hidup mereka atau dalam cerita fiksyen
Tips Untuk Ibu Bapa
- Sentiasa membaca kepada anak anda
- Luangkan masa untuk permainan melibatkan imaginasi dan kreativiti seperti melukis dan memainkan musik.
- Berbual dengan anak anda, tanya tentang hari mereka dan sebagainya.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Gagal menyebut nama penuh sendiri
- Tidak bercerita tentang hari mereka dan pengalaman mereka
Perkembangan Nutrisi
- Anak anda sekarang perlukan lebih kurang 1,200 kcal setiap hari.
Jumlah sajian yang dicadangkan:
- 6 hidangan kecil bijirin
- 3 – 4 hidangan lemak
- 4 – 6 hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan
- 2 hidangan daging
- 2 – 3 hidangan susu
Vaksin dan Penyakit
Anak anda wajib mendapat vaksin seperti berikut:
- Tetanus
- Diphtheria
- Whooping cough (pertussis) (DTaP) (Dos kelima)
- Polio (IPV) (Dos keempat)
- Measles, mumps, and rubella (MMR) (Dos kedua)
- Chickenpox (varicella) (Dos kedua)
- Influenza (Flu) (Setiap tahun)
Penyakit yang kerap berlaku di usia begini adalah seperti selsema dan HFMD.
Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor
Jika anak anda:
- Terlalu kurus atau terlalu gemuk
- Sangat cerewet dalam pemakanan
Semoga anak kalian membesar dengan sihat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Evaloy. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Baca juga
https://my.theasianparent.comperkembangan-anak-umur-4-tahun-2-bulan