Perkembangan Anak Umur 4 Tahun 8 Bulan, Anak Sudah Pandai Ajak Sembang & Seronok Teroka Dunia Baru!

lead image

Seronoknya bila anak sudah mencapai perkembangan anak umur 4 tahun 8 bulan. Kini, anda dapat melihat si kecil sudah pandai ajak sembang.

Masuk umur 4 tahun 8 bulan, anak anda sekarang penuh dengan tenaga dan penuh dengan soalan-soalan tentang persekitaran sekeliling mereka. Tapi apakah yang ibu bapa perlu tahu tentang perkembangan anak umur 4 tahun 8 bulan mereka?

Berikut kami senaraikan apa yang ibu bapa perlu jangka tentang perkembangan anak 4 tahun 8 bulan.

Perkembangan Anak Umur 4 Tahun 8 Bulan: Fizikal 

perkembangan anak umur 4 tahun 8 bulan

  • Lompat setinggi 12 ke 15 cm dan turun ke bawah dengan mudah
  • Berdiri di atas satu kaki lebih daripada 9 saat
  • Membuat balik kuang
  • Berjalan ke depan atau ke belakang dengan mudah
  • Mengayuh basikal roda tiga
  • Melukis objek, bentuk dan huruf
  • Membina menara dengan 10 blok atau lebih
  • Memasukkan manik pada tali
  • Memanjat tangga dan peralatan taman permainan
  • Menggunakan sudu dan garpu

Tips Untuk Ibu Bapa

  • Bawa anak anda meneroka dunia sekeliling mereka, berjumpa orang baru dan bermain di luar sebanyak mungkin.
  • Galakkan anak anda mencuba peralatan-peralatan di taman permainan, jika belum.
  • Biarkan anak mengenakan pakaian mereka sendiri, terutamanya membutangkan baju. 
  • Beri peluang kepada anak anda untuk menjadi artistik.
  • Anak anda juga boleh mula berlatih menggunakan kutleri pada waktu makan.
  • Kenalkan sukan yang menyeronokkan kepada anak anda, seperti berenang. 

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor

  • Gagal berdiri atas satu kaki walaupun untuk beberapa saat
  • Tidak pandai memegang pensel atau krayon
  • Mengalami kesukaran menanggalkan pakaian sendiri

Perkembangan Anak 4 Tahun 8 Bulan: Kognitif 

perkembangan anak 4 tahun 8 bulan

  • Mengira sampai 20 ke atas
  • Bertanya soalan tentang fenomena sekeliling mereka.
  • Mendeklamasikan puisi atau menyanyikan lagu kegemaran mereka
  • Faham konsep “paling besar” atau “paling tinggi”
  • Suka bercerita dan menokok-tambah
  • Cipta bahasa yang diperbuat daripada imaginasi
  • Kenalpasti rutin harian di rumah.
  • Mengikut arahan 

Tips Untuk Ibu Bapa

  • Ajak anak anda mengira dan mengeja huruf bersama-sama. 
  • Jawab soalan anak anda dengan soalan untuk memupuk pemikiran kritikal dan kebolehan menyelesaikan masalah. Contoh, “Ibu, kenapa kita kena basuh rambut?’ “ Kenapa awak rasa kita kena basuh rambut, sayang?”
  • Berlatih menulis dengan anak anda menggunakan kaedah yang menyeronokkan. 
  • Ajar anak anda pantun, puisi dan lagu-lagu baru. 

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor

  • Gagal mengenalpasti mana-mana huruf, perkataan atau nombor
  • Tak boleh mengira daripada lima ke atas

Perkembangan Sosial dan Emosi 

tumbesaran anak 4 tahun 8 bulan

  • Seronok bermain dengan kanak-kanak lain
  • Mungkin ingin mengetuai rakan-rakan mereka dan mengajak kanak-kanak lain mengikut tingkah laku mereka
  • Fahami konsep bangga dengan kejayaan mereka. Anak anda mungkin suka menunjuk-nunjuk apa yang mereka mampu lakukan.
  • Ingin menjadi lebih berdikari tetapi mungkin kecewa apabila tak berjaya lakukan sesuatu
  • Suka berlakon sebagai watak lain dalam dunia imaginasi mereka
  • Mampu mengikut peraturan permainan
  • Boleh menggunakan perkataan untuk menjelaskan perasaan kecewa atau marah mereka. 

Tips Untuk Ibu Bapa

  • Kekerapan tantrum anak akan berkurangan tetapi sikap ‘tak semengah’ itu masih ada kadang-kadang. Ibu bapa kena bertenang dan bersabar.
  • Galakkan anak anda untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan dan berkawan dengan kanak-kanak lain. Jika anda anda menjadi agresif, ajar mereka bagaimana untuk menangani konflik tanpa sebarang keganasan.
  • Tunjukkan sifat empati dan kebaikan melalui perangai anda sendiri, kerana anda adalah contoh terbaik kepada anak anda.

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor

Jika anak anda:

  • Menunjukkan sifat malu atau agresif yang melampau dan tak nak bermain dengan rakan-rakan sebaya
  • Menunjukkan reaksi cemas yang tak terkawal apabila terpisah daripada ibu bapa

Perkembangan Bahasa dan Komunikasi

4 years 8 months old

  • Boleh menggunakan tona suara apabila berkomunikasi dengan orang lain.
  • Pandai menyatakan nama pertama mereka, dan mungkin nama penuh mereka.
  • Kenali nama ahli keluarga dan rakan-rakan.
  • Mampu menunjukkan emosi seperti marah, gembira dan sedih dengan lebih ketara.

Tips Untuk Ibu Bapa

  • Kerapkan nyanyi dan deklamasi pantun bersama-sama. 
  • Berbual dengan mereka seperti berbual dengan orang dewasa lain.
  • Sentiasa gunakan nama ahli keluarga dan rakan-rakan untuk mencekapkan memori mereka.
  • Galakkan mereka bercerita tentang rutin harian mereka.
  • Biar mereka mengolah cerita daripada dunia imaginasi mereka kepada anda.

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor

Jika anak anda:

  • Gagal menyusun ayat penuh atau gagal menyatakan nama mereka
  • Tak mampu menukar tona suara apabila mengekspresikan emosi mereka
  • Masih menggunakan tantrum untuk menunjukkan kemarahan mereka, dan tidak berkomunikasi dengan kata-kata.

Tumbesaran Anak 4 Tahun 8 Bulan: Nutrisi

4 years 9 months old

  • Keperluan nutrisi anak akan bertambah. Mereka sekarang perlukan lebih kurang 1,700 kcal setiap hari.
  • Ketinggian normal mereka adalah antara 104 cm – 115 cm dan berat normal mereka adalah antara 18 kg – 19 kg.

Nutrisi penting: 

  • 1,000 miligram kalsium dan 3,000 IU vitamin D
  • 10 miligram zat besi
  • Tidak melebihi 650 miligram vitamin C

Vaksin dan Penyakit 

Anak anda wajib mendapat vaksin seperti berikut:

  • Tetanus
  • Diphtheria
  • Whooping cough (pertussis) (DTaP) (Dos kelima)
  • Polio (IPV) (Dos keempat)
  • Measles, mumps, and rubella (MMR) (Dos kedua)
  • Chickenpox (varicella) (Dos kedua)
  • Influenza (Flu) (Setiap tahun)

Penyakit yang kerap berlaku di usia begini adalah seperti selsema, flu dan juga jangkitan penyakit kaki, tangan dan mulut.

Bila Anda Perlu Berjumpa Dengan Doktor

Jika anak anda:

  • Kerap jatuh sakit (sekali setiap dua minggu)
  • Mempunyai kesan lebam di tubuh badan
  • Anak anda mengadu tentang sebarang kesakitan

Semoga bermanfaat! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Deepshikha Punj. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Baca juga: 

Anak Terlalu Nak Tahu Sesuatu, Adakah Ia Sebahagian Dari Perkembangan Anak Umur 4 Tahun 2 Bulan?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner