Perkembangan & Penjagaan Bayi Selepas 2 Minggu Kelahiran

Sekejap saja masa berlalu, kini bayi comel anda berada dalam dakapan. Namun, anda harus tahu perkembangan bayi dalam usia dua minggu ini. Perhatikan juga tahap kesihatan anak supaya konsisten setiap masa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kini anda tidak lagi merasa tendangan dan pergerakan bayi kerana sudah selamat melahirkan seorang bayi comel yang diberikan nama yang cukup indah. Ini yang anda harus tahu dalam perkembangan bayi 2 minggu ini. 

Dalam perkembangan usia ini anda harus melihat dari segi kesihatan, pergerakan fizikal, tumbesaran otak bayi, penyusuan dan lain-lain. 

Berikut merupakan gambaran lain dalam perkembangan bayi 2 minggu iaitu…

Perkembangan bayi 2 minggu 

Perkembangan fizikal 

  • Sekarang bayi anda sedang menambahkan berat badannya dan tubuhnya juga akan membesar dengan sempurna. 
  • Rambutnya juga akan kelihatan begitu lebat dan kehitaman. Dia kelihatan sangat comel! 
  • Apabila sentuh jari-jemarinya. Pasti dia akan mengikat kemas jari ibu kembali. 
  • Perhatikan pusat bayi sama ada sudah jatuh atau sebaliknya. Sepatutnya ia jatuh dalam minggu ini dan pastikan pusat si kecil dicuci selepas mandi supaya kering dengan sempurna. 

Perkembangan kognitif 

kredit: meet doctor.com

  • Pada perkembangan bayi 2 minggu ini anda akan dapat melihat si kecil itu agak terkejut bila mendengar bising yang terlalu kuat dan dia juga sering menatap wajah ibu dan ayahnya.
  • Pada waktu ini anak kecil anda hanya tidur dan sesekali bangun untuk menyusu.
  • Namun pada ketika ini ibu harus tahu memacu perkembangan otak bayi dengan memberikan susu ibu dan biarkan si kecil itu bangun dari tidur bagi aktifkan diri. 
  • Menjelang minggu ini si kecil itu sudah tahu bau badan ibunya dan mengenali suara anda. Dia juga sangat suka dipegang oleh ibu dan ayahnya. 
  •  Ibu, tahu tak penyelidikan mendapati jika anda memegang bayi. Ia dapat membantu perkembangan otaknya. Oleh itu, banyakkan cium dan peluk bayi setiap hari. 

Perkembangan nutrisi dan kesihatan  

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

kredit: perawatan bayi

Kini, bayi anda sangat sukakan susu ibu dan tak perlu menambahkan dengan susu formula, jus atau air kosong sekalipun. Memadai dengan hanya berikannya susu ibu kerana khasiatnya terlalu banyak. 

Selain memenuhi keperluan pemakanan si kecil itu. Anda juga harus tahu cara dan posisi penyusuan yang betul supaya bayi kenyang dan selesa tatkala menyusukannya. 

Dalam perkembangan bayi 2 minggu ini, si kecil akan menyusu setiap 1.5 hingga 3 jam selama kira-kira 15 minit pada setiap payudara. 

Sekiranya anda hadapi masalah ketika menyusu, sila dapatkan nasihat dan bimbangan dari doktor kanak-kanak tanpa berlengah lagi. Doktor akan membantu anda menyusu dengan cara yang betul dan tepat. 

Dari segi masalah kesihatan bayi berusia dua minggu ini mungkin akan mengalami kolik dan ini merupakan perkara biasa yang perlu dihadapi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ia mungkin disebabkan penyusuan yang salah. Di mana bayi baru lahir menghisap lebih banyak udara daripada susu. Lantas menyebabkan perut si kecil seolah mengisi gas kosong. 

Ini akhirnya menyebabkan bayi menangis tanpa dapat dikawal walaupun selepas menyusu. Jika berterusan, dapatkan nasihat perubatan. 

Dari segi vaksinasi, bayi berusia dua minggu akan mendapat berikut semasa lahir: 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

BCG: Imunisasi terhadap Tuberkulosis

Hepatitis B – dos pertama: Imunisasi terhadap Hepatitis B

Dua hingga tiga minggu selepas vaksin BCG. Anda akan dapat melihat benjolan merah kecil biasanya muncul di tapak suntikan. Benjolan ini boleh meningkatkan saiz dan berbentuk benjolan bulat. Ini merupakan reaksi biasa dan bukan kesan sampingan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jaundis 

Jika bayi anda mempunyai warna kuning pada muka atau dada, mereka mungkin mengalami penyakit kuning. Ini merupakan penyakit yang biasa ‘terkena’ pada bayi yang baru lahir.

Ia boleh dirawat dan dicegah dengan penyusuan yang lebih kerap tapi sebaiknya berunding dengan doktor anda. 

Ruam kulit

Kelembapan pada bahagian dagu dan leher mungkin menimbulkan ruam kulit yang kelihatan seperti berbintik halus dan kemerahan. Pastikan anda membersihkan wajah bayi dengan lembut selepas penyusuan. Selain berhati-hati ketika membersihkan lipatan leher bayi. 

Penjagaan bayi baru lahir 

  • Kulit bayi ketika ini masih rapuh, jadi berhati-hati ketika ingin membawa dan mandikannya. 
  • Lehernya harus dipegang dengan baik kerana kepalanya masih belum cukup kuat. 
  • Pada usia ini, bayi perlu dimandikan dua kali sehari pagi dan petang. 
  • Selepas mandi lapkan tubuh bayi dengan bersih supaya kulitnya tidak lembap yang akan menyebabkan kulit kering dan ruam halus. 

Keselamatan bayi baru lahir 

  • Bayi dua minggu akan mempunyai kuku yang kelihatan sempurna dan comel. Namun begitu, anda harus memastikan si kecil memakai sarung tangan kerana dia suka menyentuh kulit wajahnya sendiri dan menyebabkan luka kecil.
  • Kepala bayi masih halus jadi tidurkannya atas katil dan bantal kecil yang lembut. 
  • Jangan biarkan anak-anak lain menyentuh kulit kepalanya. 
  • Jangan tinggalkan bayi baru lahir tinggal bersama adik beradik yang lebih tua. 

Kesihatan ibu ketika berpantang 

  • Dalam menjaga bayi baru lahir. Ibu juga harus mementingkan penjagaan diri ketika berpantang. 
  • Akibat daripada perubahan hormon dan kurang tidur. Anda mungkin merasa tersinggung dengan sesuatu perkara yang terjadi. Namun itu adalah perkara biasa. Sebab itu ketika berpantang sokongan suami, keluarga dan sahabat sangat diperlukan dalam fasa ini.
  • Jika bayi sedang tidur. Ibu perlu dapatkan rehat yang secukupnya. Manakala di sebelah malam pula bergilir dengan suami atau ibu bapa bagi membantu anda menjaga bayi yang masih kecil. Malah anda juga dapat mengekalkan tahap kesihatan yang lebih baik.

Sekiranya anda mengalami kemurungan dan kesedihan. Sila dapatkan rawatan segera daripada doktor bagi mengatasi masalah itu. Semoga artikel ini bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Amrita. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparentSingapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga: Tahap Perkembangan Bayi Baru Lahir Dari 0-12 Bulan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan