X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

22 - 25 Minggu Kehamilan: Ini Yang Ibu Hamil Perlu Tahu Tentang Perkembangan Bayi, Dia Dah Boleh Bau!

4 min bacaan
22 - 25 Minggu Kehamilan: Ini Yang Ibu Hamil Perlu Tahu Tentang Perkembangan Bayi, Dia Dah Boleh Bau!

Pasti ramai ibu terutama yang pertama kali  mengandung tertanya-tanya perkembangan bayi dalam kandungan kan? Apa yang mereka lakukan ketika ini?

Pasti ramai ibu terutama yang pertama kali  mengandung tertanya-tanya perkembangan bayi dalam kandungan kan? Apa yang sedang bayi anda lakukan pada setiap waktu. Pasti anda tertanya-tanya kan? 

Perkembangan bayi dalam kandungan ibu terjadi secara berperingkat. Disebabkan itu pemeriksaan secara berkala bagi ibu mengandung yang ditetapkan setiap bulan amta penting untuk si ibu patuhi kerana ketika inilah doktor akan memeriksa sama ada perkembangan dan pertumbuhan bayi mengikut jadual yang sepatutnya atau sebaliknya. 

Disebabkan itu jangan suka skip perjumpaan dengan doktor setiap bulan ya ibu kerana jika ada sebarang perkara yang tidak normal pada kandungan anda mudah untuk doktor mengesannya jika anda ikut jadual temujanji yang betul.

Perkembangan bayi dalam kandungan penting dipantau

Perkembangan bayi dalam kandungan

Sebagai ibu hamil, tentunya anda ingin tahu perkembangan janin minggu ke minggu supaya si kecil yang sedang berkembang itu sihat dalam kandungan.

Ramai ibu berbadan dua akan mencari informasi berkaitan janin dalam kandungan sehinggalah bayi selamat dilahirkan.

Hal ini kerana sangat penting untuk ibu tahu apa yang terjadi dalam rahim terutamanya ketika bayi mula menendang dan bergerak. Naluri dan perasaan ibu akan teruja luar biasa sungguh waktu ini!

Sambil mendapatkan maklumat tentang perkembangan janin, anda juga perlu baca tentang makanan sihat ketika mengandung dari minggu ke minggu.

Apabila kandungan masuk enam bulan, bersiap sedia pula untuk tahu proses bersalin sama ada secara normal mahupun caesarean.

Jangan lupa juga untuk ambil tahu tentang suntikan epidural, induce, bukaan vagina dan cara cepat bersalin.

Bayi sudah boleh menjilat pada minggu ke 22-25!

Perkembangan bayi dalam kandungan

Kredit foto : Baby Center

 

Jadi pada minggu ke 22-25 apa yang sudah boleh bayi anda lakukan? Jom lihat di bawah ini! Pasti anda teruja ingin mengintai apa yang mereka lakukan dalam perut kan?

#1. Kening dan kelopak mata sudah siap dibentuk

#2. Ukuran bayi akan melebihi 27 cm sekiranya anda meregangkan kakinya

#3. Jika bayi anda perempuan, faraj, uterus dan tiub falopio sudahpun berada di tempatnya. Jika dia lelaki, alat kelaminnya sudah jelas dan boleh dicam.

#4. Mereka sudah mula tersedu atau hiccup

#5. Bayi anda juga sudah boleh menghisap jari

#6. Rambut halusnya juga sudah tumbuh

#7. Mereka sudah boleh mencapai tali pusat, malah jika berjaya memenangnya mereka juga boleh jilat tali pusat berkenaan

#8. Pada minggu ini, bayi lebih banyak menelan dan ini merupakan latihan yang baik untuk sistem pencernaannya. Setelah bayi anda menelan cecair amnion, badannya akan menyerap air yang terkandung di dalamnya dan menyalurkan selebihnya ke dalam usus besar.

#9. Bayi anda sekarang boleh mendengar perbualan-perbualan anda. Jika anda bercakap, membaca atau menyanyi kepada bayi anda, dia pasti boleh mendengarnya.

Beberapa kajian mendapati bahawa bayi baru lahir akan menghisap dengan lebih kuat apabila anda membacakan buku yang dia pernah dengar semasa dalam kandungan.

#8. Bibir sudah jelas kelihatan dan mata telah terbentuk, walaupun iris (bahagian mata yang berwarna) masih kurang gelap. Pankreas, yang sangat perlu bagi pengeluaran hormon, sedang berkembang dengan baik.

#9. Walaupun masih di peringkat awal, tanda-tanda pertama kemunculan gigi telah ada iaitu dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi. Tak lama lagi bayi anda akan lahir, dan tak lama selepas itu, gigi pertamanya akan tumbuh.

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

#10. Pada minggu ke-25, berat bayi anda sekarang hampir 660g dan panjangnya dari mercu kepala ke tumit lebih kurang 35 cm. Dia membuat pergerakan bernafas tetapi tidak terdapat udara dalam paru-parunya setakat ini. 

Pemakanan sihat ibu hamil pada minggu 22-25 kehamilan

Perkembangan bayi dalam kandungan

#1. Pastikan anda cukup kalsium dan vitamin D

Kalsium sangat penting ketika anda mengandung. Ia membantu untuk pertumbulan tulang dan gigi bayi, sistem sarag yang sihat, jantung dan juga otot. Kalsium boleh didapati dalam produk tenusu, ikan terutama jika anda makan tulang lembutnya sekali, bayam dan kacang hijau, bijan dan juga badam. 

#2. Cukup karbohidrat

Semakin kandungan membesar anda akan mendapat sakit belakang, sakit kepala dan kekejangan kaki. Ia memang akan menganggu anda. Pening kepala boleh berlaku jika anda kekurangan air, jadi pastikan anda dapat air yang cukup dan tidak lupa untuk makan. 

Sakit kepala juga mungkin muncul bila anda kurang gula dalam darah, jadi snek yang mempunyai karbohidrat mungkin boleh membantu. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: parents.com , baby center

Baca juga:

Bolehkah Ibu Menyusu Amalkan Intermittent Fasting? Adakah Akan Jejaskan Kualiti Susu Ibu?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Trimester 2
  • /
  • 22 - 25 Minggu Kehamilan: Ini Yang Ibu Hamil Perlu Tahu Tentang Perkembangan Bayi, Dia Dah Boleh Bau!
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham