Tahap perkembangan (milestone) bayi pramatang dari umur 0-12 bulan yang wajib ibu bapa tahu

Perkembangan bayi pramatang hendaklah mengikut umur kronologinya. Ikut panduan mudah yang kami sediakan ini buat bayi pramatang 0-12 bulan.

Seorang bayi yang dilahirkan awal akan mempunyai perkembangan bayi pramatang yang tidak sama seperti bayi dilahirkan cukup bulan. Menurut Dr. Zubaidi, bayi pramatang mempunyai 2 umur: umur kronolgi dan umur bayi yang disesuaikan.

Umur kronologi’ adalah umur bayi pramatang selepas dilahirkan. ‘Umur yang disesuaikan’ pula adalah umur bayi yang sebenarnya, mengikut tarikh bayi itu sepatutnya dilahirkan.

Oleh itu, ibu bapa tidak perlu bimbang jika perkembangan bayi pramatang lebih lambat berbanding bayi yang dilahirkan cukup bulan. Ini adalah perkara yang biasa.

Ibu bapa pasti ingin tahu bagaimana pula caranya perkembangan bayi pramatang, kan? Apakah perkembangan yang normal dan apa yang tidak?

Di sini Akademi Pediatrik Amerika (AAP) menyenaraikan pencapaian penting untuk perkembangan bayi pramatang dari saat bayi dilahirkan sehingga 12 bulan untuk anda. 

Milestone dan perkembangan bayi pramatang

Nota penting: Untuk melihat perkembangan bayi pramatang, ibu bapa perlu merujuk umur kronologi anak. Sebagai contoh, jika usia bayi anda kini 21 minggu tetapi dia dilahirkan pramatang 5 minggu lebih awal, maka umur kronologi anak anda adalah 16 minggu ataupun 4 bulan.

Bayi 2 bulan (8 minggu)

Perkembangan motor

  • boleh menggerakkan tangan dan kaki dengan aktif 
  • tangan bayi biasanya dalam keadaan terbuka
  • boleh mengangkat kepala dan dada apabila meniarap
  • mula mengawal pergerakkan kepala tapi masih memerlukan sokongan
  • boleh memegang objek  dalam tangan

Perkembangan bahasa

  •  bertindak balas kepada bunyi (berpaling apabila mendengar suara ibu atau bunyi mainan)
  •  boleh menyuarakan bunyi seperti “aaaah” and “ooooh”
  •  menanggis apabila memerlukan perhatian

Aktiviti

  • mata boleh mengikut pergerakan orang atau objek 
  • boleh menangis untuk meminta sesuatu (seperti lapar)

Perkembangan Sosial/Emosi

  •  boleh memandang mata dan senyum
  •  kenal muka ibu dan orang yang selalu menjaganya

Bayi 4 bulan (16 minggu)

Kredit: Global News

Perkembangan motor

  • boleh mendekatkan kedua-dua tangan atau mengarahkan tangan ke mulut
  • angkat kepala dan menolak dengan menggunakan tangan apabila meniarap
  • mencapai objek atau mainan
  • boleh berpaling atau cuba bergerak ketika meniarap

Perkembangan bahasa

  •  berpaling apabila terdengar suara ibu
  •  ketawa dan menjerit
  •  kombinasi bunyi seperti “aaah-oooh”, “gaaa-gooo”

Aktiviti

  •  gengaman yang lebih kuat dan lebih yakin apabila mencapai objek
  •  mengarahkan objek ke mulut
  •  lebih aktif apabila melihat mainan

Perkembangan Sosial/Emosi

  • lebih interaktif dan rasa selesa bersama ibu bapa atau penjaga
  • minat pada cermin, suka senyum dan suka bermain
  • rasa selesa dengan diri sendiri

Bayi 6 bulan

Perkembangan motor

  • mula meletakkan berat pada kaki apabila ibu bapa tegakkan badan untuk berdiri
  • duduk sendiri
  • menghantuk dan menggoncang mainan
  • memindah objek dari satu tangan ke tangan yang lain
  • memegang 2 objek dengan kedua-dua tangan pada masa yang sama
  • bergolek

Perkembangan bahasa

  • berpaling apabila namanya dipanggil
  • menyuarakan bunyi “da”, “ga”, “ba”, “ka”

Aktiviti

  • mula tahu mainan yang berlainan boleh melakukan perkara yang berbeza contohnya beza antara mainan bermuzik dan mainan yang ada lampu terang
  • memerhatikan objek sehingga objek itu tidak boleh dilihat lagi
  • ibu bapa boleh mula main “ba-cak”

Perkembangan Sosial/Emosi

  • lebih sedar dengan persekitarannya 
  • tahu apabila ibu bapa tidak di dalam bilik yang sama
  • melayan orang asing dengan cara yang berbeza
  • boleh menunjukkan rasa keseronokan, kebahagiaan dan kesedihan

Bayi 9 bulan

Kredit: Babycenter MY

Perkembangan motor

  • mengambil objek dengan ibu jari dan jari telunjuk
  • boleh bergerak dengan senang (merangkak, berjalan sambil memegang perabot atau berjalan apabila tangan dipegang)
  • tarik diri untuk cuba berdiri

Perkembangan bahasa

  • kenal perkataan biasa seperti nama sendiri, masa mandi ataupun bye-bye untuk masa pulang
  • menyuarakan kombinasi bunyi vokal dan konsonan contohnya “dada”, “baba”, “mama”
  • cuba meniru bunyi dan pergerakkan

Aktiviti

  • mula memerhati objek atau mainan dengan lebih teliti
  • lebih berdikari, mahu cuba menyuap diri atau memegang botol sendiri
  • merengek apabila mainan diambil darinya

Perkembangan Sosial/Emosi

  • bermain ba-cak dan pandai menepuk tangan dengan gembira
  • mula takut dengan orang yang tidak dikenali

Bayi 12 bulan (1 tahun)

Motor

  • boleh berdiri sendiri
  • cuba berjalan
  • menyelak beberapa mukasurat buku sedikit demi sedikit
  • memasukkan benda kecil ke dalam bekas

Perkembangan bahasa

  • mengabungkan pergerakkan dengan bunyi contohnya bersuara apabila cuba mencapai mainan
  • berhenti apabila ibu bapa melarang
  • tahu kaitan “mama” atau “papa” dengan ibu bapanya
  • menggunaka satu perkataan berulang kali
  • menghulurkan objek apabila diminta

Aktiviti

  • lebih yakin menyuapkan diri dan minum dari cawan
  • membantu apabila memakai pakaian

Perkembangan Sosial/Emosi

  • lebih selesa dengan ibu bapa atau penjaga
  • bermain dengan kanak-kanak lain

Ibu bapa perlu ingat perkembangan anak semuanya berbeza-beza jadi jangan suka membuat perbandingan.

Jadual perkembangan bayi pramatang ini sekadar panduan sahaja dan tidak semua akan mencapai setiap perkembangan pada masa yang sama.

Tetapi jika ibu bapa perasan perkembangan bayi pramatang anda lebih lambat dari normal, berbincanglah dengan pakar kanak-kanak untuk mendapatkan pengesahan.

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Healthy Children

Baca juga:

Panduan lengkap pemakanan untuk perkembangan otak si kecil anda – mengikut umur

Penulis

Rosanna Chio