Ibu Ayah Jangan Takut Dengan Fasa Terrible Two, Perkembangan Emosi Kanak-Kanak Sedang Berlaku

Apabila melihat anak buat perangai, sepahkan rumah, mengamuk, dan sebagainya ia adalah kerana perkembangan emosi kanak-kanak sedang berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah selalu fikir anak yang berumur antara 2 hingga 3 tahun suka buat perangai, tak dengar cakap, suka mengamuk dan macam-macam lagi kerenah yang sukar dikawal. Ini sebenarnya adalah keadaan di mana perkembangan emosi kanak-kanak sedang berlaku.

Suka memanjat sana-sini, suka melawan apa yang kita cakap, lari ke hulu ke hilir, tak boleh duduk diam, seolah-olah tenaga tak pernah habis. Tempoh ini memberi cabaran kepada ibu ayah, tetapi penting untuk menyedari bahawa ia adalah bahagian semula jadi dalam perkembangan zaman kanak-kanak.

Berkongsi di Facebook mengenai fasa ini, pengasas bersama Gym Academy Siti ‘Aisyah Rozalli berkata, dalam tempoh umur 2 hingga 3 tahun, kemahiran pengurusan emosi anak tengah berkembang.

“Anak baru perasan yang dia ada banyak “big emotions” yang dia rasa dalam diri dia. ‘Big emotions’ ni, anak kecil kita tu tengah nak fahamkan lagi. Jadi, biasanya dia akan respon dengan cara yang sangat extreme iaitu

  • menjerit
  • baling barang
  • pukul orang
  • hentak-hentak.

“Jadi, kita nak kena ajar dia macam mana nak uruskan ‘Big Emotions’ dia. Antara cara untuk kita bantu anak umur 2-3 tahun untuk urus ‘Big Emotions’ adalah dengan kita pastikan anak kita ada kemahiran sosial-komunikasi yang mencukupi, sesuai dengan usia dia,” katanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Faham dan terima hakikat bahawa semua kanak-kanak mengalaminya. Bukan anak kita sahaja, hampir setiap ibu bapa mengalami situasi ini dan ia bukanlah sesuatu yang bersifat peribadi.

Perkara ini berlaku bukan disebabkan ibu atau bapa tetapi kerana perkembangan emosi kanak-kanak. Jadi berhenti menyalahkan diri atas perkara ini, melainkan anak mengalami situasi ini dengan keterlaluan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Memang sesuatu yang normal untuk diselubungi dengan rumah yang bersepah, emosi anak yang sering berubah, dan tenaga mereka yang tak pernah habis.

Walaupun ia adalah fasa yang mencabar, jangan cepat marah kerana mereka sebenarnya sedang belajar. Malah, jika diperhatikan, banyak juga perkara yang kita dapat belajar daripada mereka. Dan inilah juga sumber kekuatan dan semangat kita untuk bangkit dan berjuang setiap hari.

Baca juga : Kenali Fasa Terrible Two: Apa Itu Terrible Twos, Punca & 10 Cara Mengatasinya

Baca juga : Bukan Mudah Menangani Anak Tantrum, Perlukah Ibu Biarkan Saja Anak Mengamuk & Menangis?

Baca juga : 10 Tip Mudah Untuk Ibu Bapa Atasi Tantrum – Perangai Anak Mengamuk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi