TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Kajian: Waktu Senyap Atau Quiet Time Elok Untuk Perkembangan Otak Kanak-Kanak, Ini Caranya

4 min bacaan
Kajian: Waktu Senyap Atau Quiet Time Elok Untuk Perkembangan Otak Kanak-Kanak, Ini Caranya

Masa senyap adalah penting dalam kehidupan harian seorang kanak-kanak. Bukan sahaja ia memberi tubuh badan si kecil berehat seketika malah emosinya juga dapat ditetapkan kembali. Ia dapat membantu si kecil mengawal emosi dan kekecewaan.

Pakar menyatakan kanak-kanak sebenarnya memerlukan waktu yang senyap sama seperti mereka perlu bermain bagi membantu perkembangan emosi kanak-kanak. Mesti rungsing ibu-bapa nak memikirkan macam mana nak bagi anak masa senyap ni bukan?

Mana tidaknya, susah betul rumah nak senyap melainkan anak-anak semuanya tidur. Dan di kepala anda asyik membayangkan masa senyap itu apabila rumah senyap sepi, anak-anak berehat sambil tengok tv, ibu bapa pun dapat goyang kaki sebentar. 

Tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan waktu senyap atau ‘quiet time’ ini? Dan mengapa ia begitu penting untuk perkembangan emosi kanak-kanak?

Masa senyap adalah penting dalam kehidupan harian seorang kanak-kanak. Bukan sahaja ia memberi tubuh badan si kecil berehat seketika malah emosinya juga dapat ditetapkan kembali. Ia dapat membantu si kecil mengawal emosi dan kekecewaan mereka dalam hari itu. 

Masa senyap juga dapat membantu kanak-kanak menghadapi hari-hari mereka yang sibuk dengan tenaga yang cukup. Rehat yang cukup amat penting untuk tumbesaran kanak-kanak juga, disebabkan itu kebanyakan prasekolah kini menyediakan waktu senyap walaupun kanak-kanak tidak lagi tidur siang. 

Bagaimana untuk memperkenalkan waktu senyap kepada kanak-kanak?

Kajian: Waktu Senyap Atau Quiet Time Elok Untuk Perkembangan Otak Kanak-Kanak, Ini Caranya

Sememangnya senang untuk bercakap dari melakukan. Transisi anak daripada berlari, berteriak dan bergaduh kepada waktu senyap bukanlah mudah. Ia cukup mencabar buat ibu bapa juga kanak-kanak. 

Jadi untuk anda lalui fasa ini, satu saja kuncinya iaitu kesabaran. Ia mungkin akan mengambil sedikit masa untuk anak-anak membiasakan waktu senyap ini. Jadi ini antara apa yang anda boleh lakukan.

#1. Buat jadual bergambar

Buat jadual untuk setiap hari dan masukkan waktu senyap ke dalamnya. Misalnya hari bermula dengan sarapan, mengemas tempat tidur, mandi, bermain kemudian masukkan waktu senyap. Semua ini dilukis gambar agar kanak-kanak akan berasa teruja dengan benda baru. 

#2. Transisi yang ‘smooth’

Lakukan waktu senyap selepas aktiviti yang menenangkan. Janganlah selepas mereka bermain di luar tiba-tiba anda menyuruh mereka masuk dan lakukan aktiviti senyap. Sudah tentu mereka memberontak. Lakukannya selepas aktitviti makan snek atau permainan ‘board’. Sesuatu yang akan berakhir, habis snek maka bermulanya satu aktiviti lain iaitu waktu senyap. 

#3. Beri masa yang spesifik 

Pasangkan ‘timer’ untuk waktu senyap ini. Ia boleh memberi indikasi kepada kanak-kanak juga untuk berapa lama mereka perlu melakukannya. Dan anda dan anak-anak perlu patuh pada jumlah masa ini. Sekiranya mereka merengek untuk berakhir dengan cepat dan anda pun memberi kelonggaran ia tidak akan berjaya untuk hari-hari seterusnya. 

5 aktiviti waktu senyap yang anda boleh praktikkan pada anak-anak

Apabila anak-anak dan ibu bapa sudah sedia, cuba aktiviti yang direkemen ini. Ingat memberi mereka tontonan video tidak digalakkan dalam waktu senyap ini. Kerana otak dan badan mereka perlu betul-betul dalam keadaan rehat. 

Kajian: Waktu Senyap Atau Quiet Time Elok Untuk Perkembangan Otak Kanak-Kanak, Ini Caranya

#1. Membaca buku

Membaca buku adalah aktiviti paling tepat untuk waktu senyap ini. Malah untuk kanak-kanak yang masih belum tahu membaca pun amat digalakkan. Membaca dan melihat buku dapat membantu perkembangan skil akedemik dan pre-akedemik. Apabila kanak-kanak membaca buku yang sama berulang kali ia dapat mengajar anak penyangkaan dan rutin setiap hari. Berikan mereka banyak buku-buku bergambar juga, dan biar mereka menyelaknya satu persatu ketika waktu senyap. 

#2. Permainan membina

Seperti lego, ini antara satu aktiviti yang bagus untuk minda si kecil pada waktu senyap. Beri sesuatu masa untuk mereka bina permainan mereka, dan tunjukkan kepada anda hasilnya pada akhir waktu senyap. 

#3. Mewarna

Sekiranya anda lihat anak-anak anda sudah mula pandai mewarna pada kertas bukan pada dinding ya. Anda patut sediakan satu ruang untuk mereka mewarna. Beri anak anda beberapa pilihan alat mewarna agar mereka dapat terokai tekstur yang berbeza. Aktiviti ini dapat membuat anak anda relaks dalam masa yang sama bermain dengan imaginasi. 

Kajian: Waktu Senyap Atau Quiet Time Elok Untuk Perkembangan Otak Kanak-Kanak, Ini Caranya

#4. Puzzle

Permainan yang melibatkan skil penyelesaian masalah cukup berkesan untuk menjayakan waktu senyap ini. Malah ia juga melibatkan skil motor, kordinasi mata dan tangan, merancang dan fokus. 

Stories Rakan Kongsi
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?
Perlindungan Usus dan Perkembangan Holistik Kanak-kanak: Apa Kaitannya?
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah

#5. Muzik tenang

Tidak kira apa aktiviti yang anda pilih, cuba masukkan muzik yang tenang sebagai latar aktiviti anak anda. Mainkannya dengan perlahan, sambil anak-anak fokus pada aktiviti yang diberi. 

Sumber: Mother.ly

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Ini Rupanya Sebab Kenapa Anak Suka Baca Buku Yang Sama Berulang Kali

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • Kajian: Waktu Senyap Atau Quiet Time Elok Untuk Perkembangan Otak Kanak-Kanak, Ini Caranya
Kongsikan:
  • Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

    Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

  • Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

    Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

  • Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

    Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

  • Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

    Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Mengikut Usia Dan Cara Ibu Ayah Ransang Minda Si Manja Di Rumah

  • Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

    Kenapa Anak Tidak Respon Bila Dipanggil? Ini 7 Punca Yang Ibu Ayah Perlu Tahu, JANGAN Panik!

  • Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

    Maksud Akil Baligh & Tanda-Tanda Perubahan Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham