Pembentukan Otak Bayi Semakin Lancar di Minggu ke-30 Kehamilan

Sekejap rasanya anda kini sudah berada di minggu ke 30 hamil. Pada masa ini kesihatan ibu harus berada di tahap yang baik dan konsisten supaya bayi juga turut gembira berada di kandungan ibu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagaimana dengan perkembangan janin 30 minggu anda? Adakah si kecil dalam kandungan itu sihat dan bergerak aktif seperti selalu? 

Sekarang anda sudah berada di trimester ketiga iaitu 30 minggu anda berbadan dua dan membawa insan lain di dalam kandungan. Hargai detik terindah ini dan jadikan sebagai kenangan yang membahagiakan. 

10 minggu lagi baki yang tinggal sebelum anda melahirkan seorang bayi comel yang sihat. Oleh kerana itu, mari kita lihat terlebih dahulu perkembangan janin 30 minggu ini. Agak-agak bayi anda besar mana ya? 

Perkembangan janin 30 minggu 

  • Otak bayi dan sel lemak baru mengawal suhu badannya.
  • Lanugo iaitu rambut atau bulu lembut yang menutupi tubuh bayi ketika dalam kandungan akan mula hilang. 
  • Sumsum tulang telah mengambil alih sel darah merah. 
  • Permukaan otak bayi yang semakin lancar. 
  • Paru-paru dan saluran pencernaan hampir matang. 

Simptom perkembangan janin 30 minggu 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

kredit: tufoola.com

  • Kemungkinan ibu akan mengalami semula morning sickness seperti diawal kehamilan kerana perubahan hormon yang menyebabkan tubuh ibu rasa kurang selesa.
  • Pedih ulu hati menyebabkan ibu hamil tidak selesa terutama ketika waktu malam. 
  • Akibat perubahan hormon, ligamen menjadi lemah. Bahkan, sendi menjadi longgar yang menyebabkan ketidakseimbangan tubuh. 
  • Disebabkan kaki mula membengkak, ibu perlu mendapatkan kasut yang lebih besar dari saiz kaki yang asal.

Penjagaaan kehamilan 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sekiranya sakit belakang, ibu harus mendapatkan posisi duduk yang betul supaya dapat mengawal lenguh-lenguh badan. 
  • Mendapatkan rehat yang mencukupi terutama ketika berada dalam trimester ketiga ini. 
  • Cara mengatasi pedih ulu hati semasa hamil: 
  1. Duduk tegak semasa makan dan lakukan selama beberapa jam. 
  2. Makan sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur supaya badan ada masa untuk mencerna makanan tersebut. 
  3. Elakkan tidur secara berbaring rata atas katil. 

Semakan 

  • Melakukan pemeriksaan biasa seperti ultrasound dan ujian darah. 
  • Teruskan makan vitamin dan minum susu. 
  • Minum air kosong setiap hari supaya tubuh tetap dehidrasi. 
  • Banyakkan makan sayur dan buah-buahan. 
  • Tidak mengamalkan makanan yang terlalu pedas dan manis. 

Semoga perkongsian ini memberi anda manfaat yang berguna. 

Sumber: Penulis asal Yasmin Yeo. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Minggu sebelumnyaMinggu ke – 29

Minggu seterusnyaMinggu ke – 31

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kaki Bengkak Ketika Hamil, Ini Punca & Cara Mengatasinya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan