Dah masuk 42 minggu hamil, tapi tiada tanda nak bersalin - apa perlu buat?

Walaupun perlu melalui minggu ke 42, ibu tetap harus positif dan menjaga emosi supaya tidak stres serta berbincang dengan doktor untuk sebarang keputusan yang akan diambil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebilangan ibu kemungkinan akan mengalami overdue. Hal ini kerana, tarikh bersalin hanya anggaran dan boleh bertambah atau berkurang.

Jadi, ibu tak perlu bimbang. Namun begitu, anda harus tahu perkembangan janin 42 minggu ini seperti berikut. 

Sekiranya tiada tanda bersalin dan ibu juga tidak mengalami sebarang komplikasi seperti kencing manis atau darah tinggi, doktor akan membenarkan tambahan tempoh dua minggu untuk menanti kelahiran. 

Dalam masa tersebut, ibu perlu merehatkan minda, tidak stress, mengetahui risiko kelahiran ‘terlewat’ dan berbincang dengan doktor. 

Paling tidak doktor akan syorkan anda untuk melakukan pembedahan czer kerana risiko kelahiran overdue ini boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan, bayi lemas atau meninggal ketika dilahirkan. 

Perkembangan janin 42 minggu 

  • Dalam tempoh perkembangan janin minggu 42 ini, bayi anda akan mengalami kulit kering, mengelupas atau berkedut. Namun, ia bersifat sementara. 
  • Rambut semakin lebat dan kuku panjang. Dalam tempoh perkembangan ini anda harus lebih berhati-hati. 

Simptom perkembangan janin 42 minggu 

Kredit: laopinion.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Mengalami kerap kencing, sakit pelvik, pendarahan dan cirit birit.
  • Terdapat dua peratus wanita hamil ‘terlajak’ mengandung ke minggu 42 ini kerana mungkin tiada tanda bersalin muncul jadi doktor akan beri tambahan masa dua minggu untuk tempoh melahirkan. 

Penjagaan 

Kredit: hello sehat

  • Bersiap sedia dan menunggu jika terdapat sebarang tanda-tanda bersalin muncul. 
  • Salah satu tanda bersalin pada minggu ke 42 ini adalah pergerakan usus yang longgar. Ia merupakan cara alami untuk membersihkan usus bagi memberikan ruang untuk laluan bayi melalui saluran kelahiran.
  • Jika kontraksi semakin kerap sekurangnya 45 saat atau lebih kerap pada setiap lima minit. Mungkin anda hanya ada beberapa jam perjalanan untuk ke hospital. 

Semakan

  • Nikmati keindahan ini bahawa anda bakal bertemu si kecil tidak lama lagi. 

Semoga bermanfaat. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit gambar: sehat alami 

Sumber: Penulis asal Jasmine Yeo. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan