Hamil 8 Minggu: Apa Perkembangan Janin Yang Perlu Ibu Alert?

Hamil 8 Minggu: Apa Perkembangan Janin Yang Perlu Ibu Alert?

Yay, tahniah kandungan anda sudah masuk 2 bulan! Anda tahu tak apa perkembangan janin 8 minggu? Ha... ini antara perkembangan bayi yg anda perlu tahu.

Kebanyakan ibu-ibu bila dapat tahu hamil, usia kandungan sudah pun mencecah 8 minggu atau dua bulan. Jadi apa perkembangan yang menarik dan perlu anda kenal pasti apabila sudah hamil 8 minggu? Bayi anda sudah besar mana?

Ibu perlu tahu bahawa usia kehamilan ini adalah sangat penting buat anda. Pada waktu ini jugalah ibu boleh menyaksikan sendiri pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Bestnya!

Jadi untuk anda khususnya yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom ketahui dengan lebih lanjut mengenai perkembangan janin usia 8 minggu supaya anda boleh berhati-hati, belajar dan jadikan panduan.

Ciri-ciri Hamil 8 Minggu

Tanda hamil 8 minggu

Sebelum kita mengetahui dengan lebih lanjut mengenai perkembangan janin 8 minggu, ayuh ketahui dulu apakah ciri-ciri yang menandakan anda sedang hamil 8 minggu.

#1. Alami morning sickness

Anda akan terus mengalami simptom morning sickness (yang biasanya sudah terjadi sejak dari bulan pertama kehamilan). 

#2. Rasa kejang pada perut

Walaupun perbezaannya tidak begitu ketara, rahim sudah mula membesar pada usia kehamilan 8 minggu. Perkembangan ini boleh menyebabkan berlakunya kekejangan di bahagian perut anda.  Masalah sembelit, buang angin dan cirit-birit seterusnya akan membuatkan ibu hamil berasa tidak selesa pada masa ini.

Kebiasaannya, ibu akan merasa kekejangan ringan yang tidak begitu menyakitkan. Namun, jika ia semakin kerap berlaku malah terasa sakit, maka anda perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. 

#3. Pening

Semasa mengandung, hormon kehamilan membuatkan saluran darah mengendur dan melebar. Ini boleh menyebabkan tekanan darah menurun dan seterusnya membuatkan ibu hamil kerap terasa pening. Hormon juga boleh menjejaskan telinga dalam, yang boleh mengganggu keseimbangan atau pendengaran sehingga akhirnya menyebabkan pening dan muntah-muntah.

Gejala pening pada kehamilan minggu ke-8 pula boleh disebabkan oleh paras gula dalam darah yang terlalu rendah, dehidrasi, atau kekurangan zat besi dalam darah. Jika pening anda tidak reda, anda dinasihatkan untuk banyak berehat dan mengekalkan pengambilan makanan dan minuman yang berkhasiat. 

#4. Perubahan pada payudara

Perubahan payudara biasanya bermula pada awal kehamilan. Pada masa ini, payudara ibu hamil akan berasa lebih besar. Salur darah pada permukaan kulit payudara lebih kelihatan, manakala puting dan areola lebih gelap.

Hamil 8 Minggu: Bayi Anda Besar Mana Sekarang?

Biasanya, bentuk perut hamil 8 minggu masih kecil dan tidak seperti sedang hamil. Jadi apa saiz bayi anda dalam perut? 

Percaya atau tidak, sebenarnya bayi anda sekarang sudah sebesar kacang merah tau! Panjangnya juga boleh mencapai 1/2 hingga 3/4 inci atau sekitar 1.5 hingga 2cm. Alah, comelnya!

Perkembangan Janin 8 Minggu

perkembangan hamil 8 minggu

Dalam perkembangan janin minggu ke-8 ini, anda akan mengetahui bahawa:

  • Meskipun anda masih belum boleh merasai pergerakan bayi dalam kandungan, tapi bayi ini sebenarnya sangat aktif. Dia kini boleh memusing pinggang!
  •  Ciri-ciri wajahnya juga semakin jelas. Anggota tubuh manusia seperti telinga, bibir atas, dan hujung hidung akan mula kelihatan dan terbentuk, sementara sistem pencernaan termasuk usus juga sedang berkembang. 
  • Namun, disebabkan tidak ada ruang di dalam embrio, usus dipindahkan ke tali pusar. Apabila embrio sudah berkembang, usus bayi anda akan kembali ke tempat asalnya seperti sedia kala. 
  • Selain itu, jari tangan dan jari kakinya juga baru muncul, walaupun ia sedikit saja.
  • Walaupun masih kecil, namun pada minggu ini, janin sedang membentuk deria rasa.
  • Ekornya yang seperti berudu pula akan hilang.
  • Degupan jantung pertama janin anda juga biasanya dapat didengar pada minggu ke-8 kehamilan. Pada masa ini, jantung bayi anda berdegup pada kelajuan yang luar biasa, iaitu kira-kira 150-170 kali seminit atau dua kali lebih laju daripada orang biasa. 
  • Ibu ayah bagaimanapun masih belum dapat mengetahui jenis jantina (alat kelamin) bayi mereka. Alat kelamin memang sudah berkembang menjadi ovari atau testis, tetapi masih belum kelihatan.
  • Kebiasaannya, jantina bayi baru dilihat apabila kandungan sudah memasuki usia empat bulan.

Segera berjumpa dengan doktor anda jika anda mendapati terdapat sebarang kelainan atau masalah yang mungkin sedang berlaku pada kandungan anda. 

Hamil 8 Minggu Apa yang Dirasakan

Gejala normal apabila hamil 8 minggu

Ketika kandungan berusia 8 minggu, ibu biasanya akan merasai dan mengalami gejala-gejala seperti di bawah ini:

  • Bau kurang enak pada badan. Hormon dalam badan anda akan meningkatkan deria bau. Jadi, anda akan bau pelbagai bauan yang kurang enak.
  • Perubahan pada payudara. Walaupun tubuh badan yang lain masih belum menunjukkan tanda-tanda mengandung, tapi payudara anda semakin besar dan berat. Ini kerana lobula penghasil susu dalam payudara sudah mula berkembang.
  • Anda akan rasa cepat penat dan mual.
  • Emosi berubah-ubah. Akibat peningkatan hormon, emosi atau mood anda akan mudah berubah-ubah (mood swing) secara tiba-tiba. Anda lebih mudah merasa marah dan sedih pada fasa ini.
  • Kejang. Kekejangan awal kehamilan akan terjadi. Hal ini sebab abdomen anda sedang merenggang apabila rahim makin berkembang.
  • Tidak selesa pada bahagian perut. Biasanya, anda akan rasa kurang enak atau selesa pada perut. Tapi jangan bimbang jika anda alami masalah penghadaman, sembelit, kembung parut atau sakit ulu hati. Semuanya normal pada fasa ini. Namun, anda masih perlu menjaga diri. Jika anda rasa ada sesuatu yang tidak kena, segera berjumpa doktor.
  • Pengedaran darah dalam badan anda akan meningkat. Pada akhir kehamilan, anda mungkin akan ada satu liter setengah darah tambahan.

Apa yang Perlu Anda Lakukan Ketika Hamil 8 Minggu?

Buat senaman ketika hamil 8 minggu

  • Anda sudah boleh mula berjumpa doktor apabila kandungan sudah berusia 8 minggu. Semasa pemeriksaan obstetrik pertama, doktor akan bertanya soalan tentang sejarah perubatan anda.
  • Walaupun anda tak berselera, sila makan dengan betul dan sihat. Bayi dalam kandungan sekarang sedang membesar, jadi kalian berdua memerlukan nutrisi penting.
  • Banyakkan minum air putih. Dalam fasa ini, pengeluaran air kencing semakin meningkat, yang menyebabkan anda kencing lebih kerap dan terdedah kepada dehidrasi. Jadi, pastikan anda mendapat pengambilan air yang mencukupi.
  • Salah satu penjagaan yang penting ketika usia kandungan 8 minggu juga adalah pengambilan kalsium yang mencukupi. Jangan lupa vitamin D juga!
  • Buat senaman agar anda kekal aktif dan kandungan anda sihat. Namun, elak melakukan senaman atau aktiviti yang berisiko tinggi ya! Anda boleh dapatkan pandangan doktor untuk mengetahui aktiviti yang sesuai dilakukan oleh anda ketika sedang hamil bagi mengelakkan sebarang risiko yang tidak diingini.
  • Pada minggu ke-8 kehamilan, anda juga boleh melihat perkembangan janin melalui ultrasound rahim. Secara amnya, ultrasound obstetrik pertama dilakukan antara minggu ke-8 dan ke-14 untuk melihat perkembangan janin melalui imej.

Apabila anda hamil 8 minggu, anda perlu berhati-hati apabila bintik darah muncul pada seluar dalam atau selepas buang air kecil. Keadaan ini agak biasa pada awal kehamilan. Malah, seperempat wanita hamil mengalami fenomena ini. Namun, ia juga boleh menjadi tanda pertama keguguran. Jadi, sila alert ya!

Checklist Anda Ketika Hamil 8 Minggu

  • Jika anda bakal bekerja lepas habis pantang, segera dapatkan senarai pengasuh
  • Ini bukan masa yang bagus untuk melakukan yoga atau makan sebarang ubat. Ingat, jangan stress dan anda perlu relaks.
  • Anda juga mungkin perlu menangguh atau membatalkan mana-mana plan bercuti kerana penat dan mual. 

Perkembangan janin minggu sebelumnya: Minggu ke – 7

Perkembangan janin minggu seterusnya: Minggu ke – 9

Sumber

What to Expect (Sept 30, 2022). 8 Week Pregnant. www.whattoexpect.com/pregnancy/week-by-week/week-8.aspx

Baby Center (March 10, 2022). Baby development at 8 weeks. www.whattoexpect.com/pregnancy/week-by-week/week-8.aspx

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Semua Yang Anda Patut Tahu Tentang Pergerakan Bayi Dari Trimester 1 Sampai Trimester 3

Baca juga: Ibu Hamil Perlu Elak Makan Hati Lembu, Ia Berisiko Menjejaskan Perkembangan Janin!

Baca juga: Simptom Kehamilan Trimester Pertama: Minggu 1-12 Penting Bagi Perkembangan Janin!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!