Perkembangan Anak 6 Tahun 7 Bulan, Mereka Semakin Berdikari & Tahan Lasak

Perkembangan kanak-kanak 6 tahun 7 bulan dianggap zaman 'pertengahan kanak-kanak'. Jom ketahui bagaimana cara untuk membesarkan anak secara sihat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi ibu ayah, melihat sahaja perkembangan kanak-kanak 6 tahun 7 bulan bakal melangkah ke alam persekolahan adalah sesuatu yang mengujakan.

Menurut pakar, pada usia ini anak berada pada tahap yang dipanggil sebagai zaman ‘pertengahan kanak-kanak.’

Anak 6 tahun 7 bulan sudah mula menunjukkan sikap berani untuk berdikari dan melakukan tugasannya sendiri. Namun, dalam masa yang sama mereka memerlukan pantauan dari ibu ayah dalam meniti realiti hidup yang begitu asing buatnya.

Bukan itu sahaja, ibu ayah juga perlu bijak dalam memilih pendekatan kerana perkembangan anak 6 tahun 7 bulan ini sangat terdedah dengan pelbagai pengaruh di sekeliling mereka.

Misalnya, aksi yang ditonton di televisyen dan perkataan-perkataan yang didengari dalam keluarga sebenarnya memberikan impak yang begitu besar kepada kanak-kanak yang semakin membesar.

Pada ketika ini, anak akan menunjukkan minat mereka untuk melibatkan diri dengan permainan yang mencabar fizikal mereka.

Ibu ayah jangan terleka membiarkan sahaja mereka bersendirian ya! Luangkan sedikit masa untuk menggalakkan mereka mencuba pelbagai permainan agar mampu menguatkan kekuatan fizikal mereka.

Selain itu, terdapat banyak lagi perjalanan yang menyeronokkan ketika perkembangan kanak-kanak 6 tahun 7 bulan ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jom kami kongsikan sepenuhnya untuk ibu ayah agar dapat menyokong anak-anak membesar dengan lebih ceria.

Perkembangan kanak-kanak 6 tahun 7 bulan, adakah anak berada pada landasan yang tepat?

Perkembangan fizikal

Pada usia ini, anda akan mendapati purata ketinggian dan berat anak adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

-Lelaki

Ketinggian: 119.4 cm (47.0 inci)

Berat: 22.2 kg (48.9 lb)

-Perempuan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketinggian: 119.0 cm (46.9 inci)

Berat: 21.8 kg (41.0 lb)

Kanak-kanak pada usia ini gemar mencabar kemampuan fizikal mereka dengan berlari secara zig-zag, melompat atau melakukan lompatan gimnastik ( cartwheel).

Bahkan, ibu ayah juga mendapati anak akan menggabungkan kemahiran motor kasar dengan menendang bola atau bermain tali skipping.

Kemahiran fizikal ini sebenarnya bergantung kepada kekerapan anak-anak berlatih untuk melakukan pergerakan yang sama.

Di samping itu, sukan berstruktur seperti tenis, kelas tarian atau perlawanan bola sepak mampu membantu menguatkan bahagian otot si manja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang lebih menarik, perkembangan kanak-kanak 6 tahun 7 bulan ini juga akan menunjukkan mereka lebih berdikari dan menjaga kebersihan diri mereka sendiri.

Ia termasuklah membasuh tangan dan menggosok gigi pada setiap hari tanpa perlu dipaksa oleh ibu ayah.

Kanak-kanak juga akan melalui perkembangan: 

  • Mula menjaga imej
  • Gigi susu akan tercabut
  • Menceburkan diri dalam aktiviti yang pelbagai
  • Kekuatan otot meningkat seiring pertambahan berat badan
  • Pandangan mata yang cerah
  • Lebih bertenaga
  • Mampu mematuhi setiap arahan

Foto: City of Surrey

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips

-Pastikan anda memenuhi keinginan anak dalam aktiviti lasak

-Menggalakkan permainan di luar rumah.

-Ibu ayah turut serta bermain bersama anak.

-Sentiasa memantau aktiviti yang berisiko terhadap anak kecil.

-Terangkan kepada anak cara untuk meminta pertolongan.

-Simpan semua peralatan dapur yang berbahaya dari pandangan.

Bila perlu jumpa doktor

-Jika anak tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti fizikal.

-Anak sukar tidur malam.

-Anak kerap kencing di atas katil.

-Berlaku kecederaan ketika bermain.

Perkembangan kognitif

Pada usia ini, anak mula merasakan kesedaran bahawa adanya betul dan salah dalam setiap langkah kehidupan mereka.

Perkembangan kanak-kanak 6 tahun 7 bulan ini menyebabkan mereka ‘ringan mulut’ untuk berkongsi dengan rakan sebaya apabila dia telah membuat kesilapan.

Di samping itu, anak akan mula memerlukan kasih sayang ibu ayah setelah mereka diberikan tugas menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah.

Antara perkembangan lain yang perlu diperhatikan:

  • Maklumkan anak tentang usia mereka yang sebenar
  • Kebolehan mengira sehingga 10
  • Luahkan perasaan melalui perkataan
  • Memahami sebab dan akibat. Minda lebih genius akan berlaku pada usia ini.
  • Boleh membaca dan menulis
  • Memahami konsep masa
  • Boleh mengungkap jam waktu

Foto: The Economic Times

Tips

-Tunjukkan kasih sayang terhadap mereka

-Ajar anak tentang aspek tangunggjawab dengan memberikan kerja rumah yang ringan

-Ceritakan kepada anak mengenai sekolah, kawan dan perkara pada masa hadapan

-Ajar anak menghormati orang lain

-Bantu anak mencapai target mereka agar mereka berusaha memperoleh sesuatu tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.

Bila patut jumpa doktor

-Anak mengalami kesukaran membaca

-Kerap dibuli oleh rakan sebaya

-Menghadapi masalah mental atau tekanan

-Menolak untuk duduk bersama

-Lebih gembira bermain seorang diri

-Menarik diri dari penglibatan aktiviti

Perkembangan emosi dan sosial

Anak yang berusia 6 tahun 7 bulan akan seronok untuk mendapat lebih ramai kawan dan memahami nilai persahabatan.

Mereka juga mula akan berasa cemburu jika berlaku ketidakadilan buat diri mereka dari segi layanan, perhatian atau kasih sayang.

Anak-anak juga akan membina kekuatan dan perlindungan diri dari mereka yang rapat. Kehadiran rakan sebaya menjadi perkara penting kerana anak mula bekerjasama dan berkongsi.

Dengan peningkatan kemahiran bahasa, ibu ayah juga akan melihat anak mampu menceritakan dengan jelas perkara yang berlaku, mengenai perasaan mereka atau pendapat.

Anak juga akan selalu bercakap tentang kemampuan di luar batasan mereka seperti ” Saya boleh menghabiskan 10 biji burger dalam satu masa.”

Perbuatan menipu atau mencuri juga jarang berlaku kerana anak-anak tidak dibiasakan dengan melakukan perkara negatif.

Tips

-Biarkan anak memilih barang mainan dan sukan yang digemari

-Tetapkan tempoh masa untuk permainan secara atas talian , tv ataupun komputer

-Amalkan tabiat membaca

-Biasakan mengajar anak tentang kes keganasan, tekanan perasaan, dadah dan seks dengan cara yang sopan.

-Adakan sesi berenang dan latihan kebakaran

-Ajar anak tentang melakukan kesilapan adalah tidak mengapa

-Galakkan anak prihatin terhadap tingkah laku orang di sekeliling

-Tekankan cara berdisiplin dan elakkan dari terus menghukum

Bila patut jumpa doktor

-Berlaku kesukaran bertutur

-Gagal mematuhi arahan

-Sukar memperoleh kawan 

-Bersikap agresif dengan kanak-kanak lain

Perkembangan bahasa dan pertuturan

Kanak-kanak dalam usia ini sudah mampu untuk bercakap dalam ayat yang lengkap dan difahami.

Hal ini juga menyebabkan mereka pandai mencipta jenaka sehingga mampu menghiburkan hati orang di sekelilingnya.

Selain itu, anak akan lebih memahami fungsi sesuatu perkataan biarpun berhadapan dengan kesukaran menyebut huruf ‘r’ dan ‘s’ dengan baik.

Perkembangan lain yang perlu diperhatikan

-Mengikuti siri arahan

-Mula menggunakan perkataan yang mengandungi banyak maksud

-Pandai mereka lawak jenaka

-Menonjolkan perkembangan mental

-Menyedari hak untuk membaca buku

-Mengeluarkan banyak perkataan yang baru

-Mengenali hari dengan betul

-Pandai melihat jam dengan tepat

-Boleh mengulangi 5 nombor secara songsang

Tips

-Sentiasa bacakan buku bagi meningkatkan perbendaharaan kata

-Minta anak menulis perkataan yang mereka gemari dan kuiz ejaan

-Sabar melayan ragam anak yang banyak bertanya

-Galakkan percakapan dengan orang dewasa

-Perbetulkan kata atau ayat yang salah

Bila patut berjumpa doktor

-Kesukaran melengkapkan dua ayat yang berbeza

-Tidak berminat untuk menulis nama sendiri

-Menolak ketika diajak membaca

-Terdedah dengan tabiat yang mencabar

-Tidak boleh bercakap bermula kiri ke kanan

-Sukar mengeja perkataan yang mudah

Perkembangan kesihatan dan pemakanan

Kanak-kanak 6 tahun 7 bulan memerlukan kira-kira 1 800 kalori dalam sehari bagi mengekalkan tabiat pemakanan yang sihat.

Oleh kerana anak yang terlalu aktif pada usia ini, mereka perlu mendapatkan nutrisi yang cukup untuk menghasilkan tenaga yang optimum.

Caranya adalah dengan menekankan pengambilan makanan yang mengandungi protein, buah-buahan, tenusu, sayur-sayuran dan bijirin.

Berikut kalori yang diperlukan mengikut jantina anak:

Lelaki: 1 805 Kcal/hari

Perempuan: 1 693 Kcal/hari

Disebabkan 1 800 kalori sehari diperlukan dalam proses perkembangan kanak-kanak 6 tahun 7 bulan ini, ibu juga boleh menambah sedikit makanan ringan yang menyihatkan pada setiap hari.

Ini yang perlu anda sediakan

Produk tenusu

Disyorkan untuk memberi anak yang berusia 6 tahun 7 bulan sebanyak 3 cawan susu atau produk tenusu pada setiap hari.

Jika anak kurang gemar, cara alternatifnya adalah ibu boleh menyediakan smoothies, bijirin, sayur-sayuran atau makanan yang lebih berperisa.

Protein

CDC menyarankan agar anak diberikan sekurang-kurangnya 36 gram protein dalam sehari seperti telur, yogurt, ayam dan buah-buahan.

Buah-buahan dan sayur-sayuran

Pada peringkat ini, anak perlu diberikan 3 cawan buah dan 2 cawan sayur pada setiap hari bagi memperoleh nutrisi yang optimum.

Bijian

Pada peringkat ini, anak perlu diberikan 4 aun bijirin setiap hari. Atau tukar dengan satu keping roti atau 1/2 cawan pasta yang dimasak.

Anda juga boleh memilih bijirin penuh seperti oat, quinoa, roti gandum, popcorn atau beras perang. 

Ringkasnya, inilah keperluan anak anda setiap hari

Buah: Tiga cawan untuk kanak-kanak lelaki dan tiga cawan untuk anak perempuan.

Sayur-sayuran: dua cawan untuk anak lelaki dan perempuan.

Bijirin: empat auns untuk anak lelaki dan perempuan

Protein: 36 gram untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Susu: 17 – 20 aun untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan

Air: 1500 ml untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Tips:

-Simpan buah yang telah dibasuh, dipotong dan diletakkan ke dalam bekas sebelum dimasukkan dalam peti sejuk

-Sentiasa sediakan salad sekurang-kurangnya dua kali setiap hari

-Ibu cuba sediakan menu vegetarian dan letakkan banyak sayur setiap kali waktu makan

-Tukar protein dari daging kepada protein berasaskan sayuran

Bila perlu jumpa doktor

-Anak terlebih atau kurang berat badan

-Mengalami masalah ruam, benjolan atau lebam

-Demam melebihi 39 darjah celsius

-Sering muntah ketika makan

Vaksinasi dan penyakit umum

Kebanyakan kanak-kanak pada usia ini menerima suntikan vaksin bagi melindungi dari sebarang kuman penyakit.

Namun, disebabkan oleh waktu usia ini banyak diluangkan dengan berada di tadika dan bercampur dengan kanak-kanak yang lain menyebabkan mereka terdedah dengan masalah demam dan batuk. 

Dalam hal ini, galakkan kanak-kanak untuk meluahkan rasa ketidakselesaan agar anda dapat membawanya untuk pemeriksaan lanjut.

Merawat penyakit umum pada kanak-kanak usia ini

– Demam: Jika suhu anak 39 darjah celcius ke atas biarkan dia berehat dengan lebih lama. Anda juga boleh tuam dengan kain di atas dahi, ketiak dan kawasan pangkal paha. Ia bantu mengurangkan suhu badan.

– Batuk: Jika anak selsema, cuba masukkan halia dan madu ke dalam segelas air suam dan minta anak minum. Jika berterusan batuk, segera bawa mereka berjumpa doktor.

– Kesejukan: Jika anak kesejukan disertai sakit badan dan demam yang tinggi kemungkinan dia terkena influenza. Dalam kes sebegini anda harus rujuk mereka ke doktor dengan segera.

Bila patut berjumpa doktor

– Ketinggian anak di bawah purata kira-kira 114 cm
– Mempunyai ruam, benjolan, lebam di sekitar kulit badannya
– Mengalami berat badan berlebihan atau terlampau kurus kering
– Mengalami cirit birit atau muntah berlarutan.
– Demam tinggi

Semoga bermanfaat untuk ibu dan ayah!

Sumber: Penulis asal Ayeesha. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemah

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperkembangan-kanak-kanak-6-tahun-1-bulan