Anak Dah Ready Untuk Masuk Ke Pra Sekolah? Jom Ibu Ayah Daftarkan Mereka Sekarang!

Anak Dah Ready Untuk Masuk Ke Pra Sekolah? Jom Ibu Ayah Daftarkan Mereka Sekarang!

Permohonan pra sekolah bagi sesi tahun 2021 telah dibuka bermula 1 March sehingga 1 April 2020. Tunggu apa lagi ibu ayah, jom daftar untuk anak sekarang!

Ibu bapa tentu teruja bila kami kata permohonan pra sekolah bagi sesi 2021 telah pun dibuka bermula 1 Mac 2020 sehingga 30 April 2020.

Permohonan pra sekolah bagi sesi 2021

Permohonan Pra Sekolah

Permohonan pra sekolah ini dibuka untuk kanak-kanak yang berminat untuk menjalani sesi persekolahan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ini dibuka untuk murid yang lahir pada tahun 2015 (umur 5 tahun ke atas), tahun 2016 ( umur 4 tahun ke atas) dan tahun 2017 (umur 3 tahun ke atas yang lahir pada 1 Januari 2017 hingga 15 Januari 2017). Mereka ini sahaja
yang layak untuk memohon.

Permohonan ini boleh dibuat di laman web eprasekolah.moe.gov

Apa yang diperlukan untuk memohon?

Permohonan Pra Sekolah

Ibu bapa yang berminat untuk memohon pra sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia ini perlu cetak dan bawa slip permohonan ke sekolah yang telah didaftarkan di dalam sistem online sebelum 31 Mei 2020.

Selain itu, anda juga perlu membuat gambar berukuran pasport untuk anak tersebut.

Semasa sesi penyerahan dokumen, cikgu akan meminta sampul surat dengan setem. Antara dokumen yang diperlukan seperti berikut.

1) Salinan Mykid atau Sijil anak angkat (jika berkaitan)
2) Salinan sijil lahir anak
3) Salinan bil utiliti seperti TNB, air, telekom, Astro
4) Salinan Kad pengenalan ibu bapa atau penjaga
5) Salinan surat nikah atau surat cerai ibu bapa
6) Salinan surat hak penjagaan perintah mahkamah (jika berkaitan)
7) Salinan laporan doktor & kad OKU (jika berkaitan)
8) Salinan slip gaji ibu bapa atau penjaga
9) Pengesahan pendapatan (bagi yang tiada slip gaji)

Cara-cara untuk mengisi borang secara online

#1. Masukkan nombor Mykad atau ID pengguna. Kemudian buat katalaluan.

#2. Kemudian akan keluar satu skrin yang menunjukkan (Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah KPM 2021) dan masukkan no Mykid anak.

#3. Langkah 1 : Maklumat murid

- Isikan no Mykid anak
- Masukkan tarikh lahir yang betul
- Nama penuh anak berkenaan
- Jantina
- Kaum sama ada (Melayu, India, Cina)
- Agama
- Status warganegara
- Maklumat OKU (jika ada)

#4. Langkah 2: Alamat semasa pemohon

Masukkan alamat penuh, poskod dan bandar tempat tinggal anda. 

#5. Langkah 3: Maklumat ibu bapa atau penjaga

Maklumat ibu : Masukkan no Mykad atau No Passport, nama penuh ibu dan warganegara

#6. Langkah 4: Maklumat tanggungan

Nama penuh anak jika ramai masukkan tambahan maklumat.

#7. Langkah 5: Sekolah dipohon

Buat pilihan sekolah yang ingin dipohon seperti negeri, PPD, prasekolah dipohon, anggaran jarak ke sekolah dan sebagainya.

#8. Langkah 6

Sila pastikan semua maklumat yang dimasukkan adalah tepat dan benar. Walaubagaimanapun, anda masih boleh membuat kemaskini dan semakan di Laman Utama selepas permohonan dihantar.

Kemudian sila tandakan ruang pengesahan untuk HANTAR PERMOHONAN anda. Akhir sekali, permohonan anda berjaya dihantar.

Kelebihan menghantar anak ke sesi pra sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

pra sekolah

Pada asasnya, pra sekolah atau tadika ini sama sahaja cuma pra sekolah lebih menekankan persediaan anak untuk masuk ke alam darjah satu.

Pendek kata, mereka lebih bersedia dan tidak menangis bila masuk ke darjah satu di tahun yang akan datang.

Ini kerana mereka sudah peka terhadap persekitaran sekolah, rakan-rakan dan guru-guru di sekolah berkenaan jika tidak berpindah.

Bagi sesetengah ibu bapa, jika anak-anak sudah pandai membaca, menulis dan mengira serta boleh berdikari maka tidak ada salahnya untuk menghantar mereka ke pra sekolah di bawah KPM ini.

Sebab itu, banyak kelebihan yang boleh ibu bapa lihat selepas menghantar anak ke sekolah ini misalnya dari tidak pandai membaca mereka boleh membaca.

Ia disebabkan bagi mengelak anak-anak masih tidak boleh menguasai 3M bila berada di darjah satu.

Nak tahu apa lagi keistimewaan pra sekolah, jom baca di bawah:

  • Mempunyai guru-guru yang memegang Ijazah Sarjana dan terlatih.
  • Silibus pelajaran mengikut sukatan Kementerian Pendidikan Malaysia. Kemudian bila masuk ke tahun satu, mereka tiada kejutan berbanding murid yang dihantar ke tadika lain sebab tiada sukatan dari KPM.
  • Memiliki banyak kemudahan dan permainan yang disediakan oleh pihak sekolah.
  • Persekitaran dan ruang belajar yang selesa dan selamat untuk anak.
  • Anak-anak akan diterapkan dengan disiplin
  • Silibus bagi anak 5 tahun lebih banyak permainan berbanding belajar supaya kanak-kanak mengembangkan kemahiran mereka.
  • Pemakanan yang diberikan kepada murid adalah berkhasiat dan mengikut menu yang disediakan oleh KPM
  •  Tiada bayaran bulanan dikenakan dan semuanya percuma.

Apa tunggu lagi ibu ayah, jom daftarkan untuk anak sekarang!

Anak Dah Ready Untuk Masuk Ke Pra Sekolah? Jom Ibu Ayah Daftarkan Mereka Sekarang!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : Siti Haryani Azmi

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Artikel(Cerita)
app info
get app banner