TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

IMFeD For Growth Meraikan 10 Tahun Usaha Memperkasakan Malaysia untuk Mengukur, Mengenal Pasti & Mengurus Tumbesaran Kanak-kanak Kita

4 min bacaan
IMFeD For Growth Meraikan 10 Tahun Usaha Memperkasakan Malaysia untuk Mengukur, Mengenal Pasti & Mengurus Tumbesaran Kanak-kanak Kita

Program IMFeD telah dalam satu dekad melatih pakar pediatrik dan pakar penjagaan kesihatan lain, mendidik ibu bapa tentang pengurusan kesukaran memberi makan, serta menyokong intervensi untuk isu tumbesaran yang berkaitan dengan pemakanan.

Hari ini, Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), menyambut ulang tahun ke-10 program IMFeD For Growth (IMFeD) anjurannya dalam satu majlis yang dirasmikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin Abu Bakar. 

Sejak dilancarkan oleh MPA pada 2012, program IMFeD telah diterajui panel terdiri daripada pakar-pakar pelbagai bidang, termasuk pakar pediatrik, pakar dietetik dan ahli psikologi. 

Dr. Selva Kumar Sivapunniam, Presiden MPA berucap di Persatuan Pediatrik Malaysia

Dr. Selva Kumar Sivapunniam, Presiden MPA

Menurut Dr. Selva Kumar Sivapunniam, Presiden MPA, fasa pertama (2012 – 2017) program ini memfokuskan kepada ‘Pengenalpastian dan Pengurusan Kesukaran Makan’ (diwakili singkatan ‘IMFeD’). Dalam fasa kedua (2018-2022) pula, skop program telah diperluaskan lagi untuk merangkumi saringan dan intervensi untuk tumbesaran yang terjejas ke arah mencegah pembantutan.

Beliau berkata, “Kanak-kanak dianggap terbantut sekiranya ketinggian mereka terlalu rendah berbanding usia. Malaysia mempunyai antara kadar pembantutan kanak-kanak tertinggi di rantau ini, yakni 1 dalam 5 (21.8%) kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah, dan sekitar 1 dalam 12 (8.2%) remaja. Malah, masalah ini dapat ditemui dalam keluarga di bandar serta luar bandar, tanpa mengira status sosioekonomi. 

“Keadaan ini sangat membimbangkan kerana pembantutan dikaitkan dengan imuniti rendah, gangguan kognitif, penyakit kronik, dan pengurangan peluang sosioekonomi apabila dewasa kelak.”

IMFeD For Growth Meraikan 10 Tahun Usaha Memperkasakan Malaysia untuk Mengukur, Mengenal Pasti & Mengurus Tumbesaran Kanak-kanak Kita

Profesor Dr Lee Way Seah, Pengerusi program IMFeD For Growth

Menurut perkongsian Profesor Dr Lee Way Seah, Pengerusi program IMFeD For Growth, kekurangan zat makanan adalah faktor penyumbang terbesar kepada pembantutan kanak-kanak.

Pemakanan yang baik penting untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak pada semua peringkat, khususnya dalam tempoh pembentukan 1-5 tahun, dan awal keremajaan (10-15 tahun).

Dalam pada itu, nutrien seperti protein, kalsium dan vitamin D menggalakkan perkembangan tulang dan otot, manakala mikronutrien seperti arginin dan vitamin K2 membantu mendapatkan tulang yang lebih panjang dan kuat untuk peningkatan ketinggian yang optimum.  

“Panel pakar IMFeD komited untuk membangunkan satu panduan sokongan pemakanan untuk kanak-kanak yang menghadapi kadar tumbesaran merosot. Penyelesaian ini merangkumi pelbagai petua, daripada cara menambah baik atau memperkaya makanan, sehinggalah mendidik ibu bapa tentang makanan tempatan yang berkhasiat dan telah tersedia. Pada masa sama, ia turut menyatukan pihak doktor dan ibu bapa untuk memeriksa tumbesaran kanak-kanak sekurang-kurangnya sekali setahun,” ulas Profesor Lee.

Pada tahun 2018, IMFeD melancarkan kempen saringan & kaunseling tumbesaran kanak-kanak melalui rangkaiannya yang terdiri daripada lebih 200 klinik swasta. Ini membolehkan doktor yang terlibat mengukur berat badan dan ketinggian kanak-kanak, menilai status tumbesaran mereka, mengenal pasti faktor risiko berkaitan isu tumbesaran, serta mendidik ibu bapa tentang cara menguruskan keadaan ini dengan intervensi pemakanan dan gaya hidup yang betul.

Setakat ini, program IMFeD telah menjalankan lebih 100,000 saringan tumbesaran, dan hasil datanya mendedahkan bahawa 1 daripada 5 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun berisiko menghadapi tumbesaran lemah.

Visi untuk Tumbesaran Kanak-Kanak 

Khairy Jamaluddin Abu Bakar berucap di program Persatuan Pediatrik Malaysia

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Menurut Profesor Lee, fasa IMFeD For Growth yang seterusnya (2023-2027) telah menggariskan tiga teras utama.

“Teras pertama adalah memperluaskan skopnya daripada 1-5 tahun kepada 1-17 tahun bagi membolehkan IMFeD mengesan dan menguruskan tumbesaran sepanjang zaman kanak-kanak dan keremajaan, tidak kira di mana fasa tumbesaran mereka.

“Teras kedua pula membabitkan pembinaan kapasiti. Pakar penjagaan kesihatan memainkan peranan cukup penting dalam memerangi pembantutan kanak-kanak. Merekalah suara yang paling berkesan untuk  menyokong ibu bapa dan kanak-kanak yang ketinggalan. Justeru, kami merancang untuk menganjurkan latihan untuk para pengamal am, pegawai perubatan, pakar perubatan keluarga, serta jururawat di klinik swasta dan awam, bagi memastikan tumbesaran akan terus diutamakan di persekitaran bandar dan luar bandar, tidak kira sosio-ekonomi tinggi mahupun rendah.

“Ketiga, kami akan memperkasakan kempen saringan dan kaunseling IMFeD For Growth untuk memanfaatkan lebih ramai kanak-kanak dan remaja setiap tahun.”

Kempen saringan dan kaunseling tahun ini bakal berlangsung dari Ogos hingga Oktober 2022. Ibu bapa yang prihatin tentang tumbesaran anak-anak mereka digalakkan untuk berunding dengan doktor mereka atau mencari klinik IMFeD melalui https://clinics.imfed.my/.

Ulang tahun ke-10 program IMFeD For Growth adalah seiring dengan pengumuman Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin baru-baru ini tentang “Pelan Strategik Nasional untuk Menangani Masalah Pembantutan Kanak-kanak 2022-2030”, di samping menyasarkan untuk mengurangkan pembantutan kanak-kanak kepada 8% menjelang 2030. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Stories Rakan Kongsi
Sensitive Skin? Here Are 5 Laundry Tips & Tricks to Avoid Irritation
Sensitive Skin? Here Are 5 Laundry Tips & Tricks to Avoid Irritation
One mum’s journey to find a solution to her child’s eczema
One mum’s journey to find a solution to her child’s eczema
Raikan Hari Ibu dengan Bloom and Grow
Raikan Hari Ibu dengan Bloom and Grow
Spread Christmas Cheers, Joy and Happiness with Sunway Putra Mall’s Christmas Guardian!
Spread Christmas Cheers, Joy and Happiness with Sunway Putra Mall’s Christmas Guardian!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Siaran Media
  • /
  • IMFeD For Growth Meraikan 10 Tahun Usaha Memperkasakan Malaysia untuk Mengukur, Mengenal Pasti & Mengurus Tumbesaran Kanak-kanak Kita
Kongsikan:
  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

  • Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

    Kempen Swish & Snap Listerine® Rai 5,000 Senyuman Sihat Bersama Watsons

  • Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

    Karnival Katarak Perdana Kementerian Kesihatan & Hospital Mata Nasional Tun Hussein Onn Memberi Harapan Kepada Rakyat Malaysia Yang Terpinggir

  • TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

    TUULYN Menghidupkan Semula Pengalaman Membeli-belah Runcit – Elegan ala Eropah, Mesra ala Malaysia

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham