Persiapan sebelum anak lahir, 11 perkara ini harus dipersetujui suami isteri

Persiapan sebelum bersalin melibatkan pelbagai perkara yang harus dipersetujui suami isteri agar tiada konflik di kemudian hari. Urusan bersalin pun lebih lancar nanti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaik saja hamil, ada beberapa hal penting yang harus disepakati oleh suami dan isteri agar tiada perselisihan nanti. Jom lihat beberapa persiapan sebelum bersalin yang perlu anda fikir dan bincangkan.

Persiapan sebelum bersalin tidak hanya terbatas dengan isu kewangan saja, malah segala aspek tentang proses bersalin juga harus difikirkan. Dalam hal ini, suami isteri perlu bersependapat.

11 persiapan sebelum bersalin yang perlu anda dan suami lakukan

Merujuk The Stir, berikut adalah persiapan sebelum bersalin yang perlu anda lakukan:

1. Kaedah bersalin

Adakah isteri ingin bersalin di rumah, di hospital kerajaan, atau swasta? Semua ini harus dibincangkan dengan suami.

Malah, kehadiran dan sokongan suami ketika bersalin akan membantu isteri menghadapi proses itu dengan lebih semangat.

2. Kemungkinan komplikasi ketika hamil atau bersalin

Kredit: Huffingtonpost.com

Semua orang tentu ingin kehamilan berjalan normal dan proses bersalin lancar tanpa sebarang masalah. Namun, untuk berjaga-jaga, kita perlu menyiapkan diri tentang komplikasi yang mungkin terjadi.

Anda dan suami perlu banyak membaca informasi mengenai komplikasi yang boleh terjadi selama kehamilan dan ketika bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Sunat atau khitan

Bagi yang beragama Islam, hal ini tentu tidak akan menjadi perdebatan. Ia kerana hal tersebut merupakan kewajiban agama yang harus dilakukan pada anak lelaki.

Anda perlu berbincang umur berapa anak anda akan disunatkan, adakah anda akan buat kenduri atau sekadar majlis ringkas sahaja dan berapa dana yang harus disiapkan.

Bagi mereka yang tiada kewajiban agama untuk menyunatkan anak, anda juga harus berbincang sama ada anak anda perlu disunatkan atau tidak.

4. Nama anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Shutterstock.com

Memilih nama adalah salah satu hal yang paling menggembirakan dalam proses persiapan sebelum bersalin.

Suami dan isteri sering berbeza pendapat dalam hal ini. Tapi biasanya mereka akan lebih mudah untuk bersepakat dengan satu nama setelah bayi lahir. Jadi, jangan terlalu serius atau sampai bergaduh ya ketika berbincang tentang soal nama ini.

5. Vaksinasi

Carilah informasi sebanyak-banyaknya tentang vaksinasi dan bincangkan bersama. Fikirlah tentang kepentingan vaksin kepada anak anda. Kemudian, pastikan anda berdua bersepakat dalam hal ini.

6. Mengurangkan tabiat buruk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Mirror.co.uk

Perangai buruk seperti merokok (terutamanya di kalangan suami) seharusnya berkurang setelah memiliki anak.

Atau paling tidak, anda perlu bersedia untuk tidak melakukannya di depan anak. Hal ini perlu suami isteri bincangkan sebagai salah satu persiapan sebelum bersalin.

7. Wang

Membesarkan anak akan menuntut pengorbanan kewangan yang banyak. Jadi, pastikan tabung anda sudah disediakan secukupnya untuk anak. Tahan dulu keinginan untuk membeli barang yang anda tidak perlukan. Semuanya demi anak!

8. Pengalaman menyusu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Hellosehat.com

Proses menyusu boleh menjadi pengalaman yang mencabar dan menyakitkan secara fizikal dan mental bagi ibu. Di sini, sokongan suami sangat diperlukan. Pastikan suami memainkan peranannya ketika isteri sedang menyusukan si kecil.

9. Disiplin

Suami dan isteri harus bersepakat tentang cara mendisiplinkan anak. Jangan sampai anda berdua ada cara disiplin yang berbeza kerana ia hanya akan buat anak anda keliru. Malah, ia menggangu keberkesanan didikan disiplin itu.

10. Pemakanan

Kredit: Pinterest.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda berdua juga harus bersepakat tentang apa yang boleh dan tidak boleh dimakan oleh anak ketika membesar.

Jangan sampai si ibu sudah bersusah payah mengajar anak makanan sihat, tapi ayah pula asyik bagi makanan yang tidak sihat. Kerjasama dalam hal ini penting demi si kecil.

11. Tentang hubungan intim

Hubungan intim suami isteri yang berkualiti sering diabaikan setelah kita memiliki bayi. Kesibukan menguruskan bayi sering membuatkan kita tidak sempat atau tidak larat untuk melakukannya.

Jika perlu, bincangkan berapa lama anda akan menahan diri dari hubungan seks selepas bersalin. Ini supaya suami anda dapat bersedia dari segi mental.

Begitulah beberapa persediaan sebelum bersalin yang perlu bakal ibu dan ayah bincangkan dan persetujui bersama. Semoga bermanfaat ya!

 

 

 

 

 

Sumber: theAsianparent Indonesia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

10 Barang Bayi Yang Ibu Bapa Sering Lupa Beli

Penulis

Noor