Semakin Meningkat Usia, Bentuk Miss V Anda Juga Berubah Ikut 3 Peringkat Ini

Seberapa cepat berlaku perubahan faraj anda bergantung kepada gaya hidup anda!

Perubahan vagina bukannya suatu yang kita biasa bicarakan. Tetapi bagi seorang wanita dan ibu, anda akan menyedari berlakunya perubahan bentuk vagina setelah akil baligh, proses bersalin dan menopaus. 

Walau bagaimanapun, sebenarnya, perubahan besar berlaku kepada vulva – Ini termasuklah labia (bibir faraj) dan vagina!

Kitaran Perubahan Bentuk Vagina Anda: Ini Apa Yang Terjadi Sepanjang Peningkatan Umur Anda

Perubahan Bentuk Vagina #Umur 20-an

Akil baligh merupakan permulaan vagina anda matang. Apabila ovulasi berlaku, cecair seperti mukus akan keluar melalui vagina.

Pada usia 20-an, bentuk vagina akan berubah secara drastik. Ini berlaku disebabkan hormon di mana labia (bahagian luar dan dalam bibir vagina) menjadi lebih besar dan berubah warna.

Jangan khuatir dengan perubahan ini kerana penampilan vagina setiap perempuan adalah berbeza dan tiada yang betul atau salah.

Bulu vagina juga akan menjadi tebal, malah berubah warna. Dalam tempoh ini, lantai pelvis anda sangat kuat dan ini merupakan perubahan utama waktu remaja anda.

Perubahan Bentuk Vagina #Umur 30-an

Pada usia 30-an, graviti dan proses bersalinkan anak menyebabkan lantai pelvis anda menjadi lemah dan menyebabkan otot vagina kehilangan daya cengkaman semula jadinya.

Pada waktu inilah, senaman kegel sangat penting untuk dijadikan rutin.

Lantai pelvik yang lemah meletakkan wanita berisiko untuk mengalami prolaps organ pelvis, di mana pundi kencing, rahim atau rektum jatuh dan menolak pada vagina.

Keadaan ini meningkatkan risiko kencing manis atau faecal incontinence (tidak dapat mengawal proses kencing).

Senaman kegel akan membantu jika anda melalui proses bersalin normal. Bengkak, regangan dan keradangan yang mungkin berlaku.

Tetapi harus diingat, vagina anda tidak boleh kembali ke bentuk dan saiz sebelumnya walaupun dengan kegel. Ini merupakan perkara normal yang anda tidak perlu ambil pusing.

Bagaimana senaman kegel dilakukan? Mudah sangat, tak susah pun! Hanya lakukan kemutan pada faraj anda, beberapa kali sehari. Sama seperti anda menahan kencing anda… dan melepaskannya.

Perubahan Bentuk Vagina #Umur 40-an

Hormon estrogen mulai berkurang pada usia ini lalu menyebabkan labia kelihatan semakin longgar dan bulu vagina mulai menipis malah bertukar warna.

Kekeringan faraj dan kedut pada vulva boleh berlaku semasa menopaus. Tanda menopaus lain termasuk badan berasa panas, perubahan mood dan masalah haid yang tidak teratur.

Kekeringan faraj juga boleh menyebabkan seks jadi menyakitkan, prolaps atau jangkitan saluran kencing.

Doktor mengesyorkan anda menggunakan pelet sintetik semasa hubungan seks dan meningkatkan tempoh masa foreplay. Anda mungkin memerlukan lebih masa untuk mencapai tahap klimaks.

Di usia 50-an, vulva anda boleh berubah warna. Kulit mungkin kelihatan lebih nipis dan berkedut. Perlu diingat bahawa peringkat ini adalah normal dan harus dijangkakan.

Tetapi, jika anda risau dengan perubahan vagina anda, anda boleh berunding dengan pakar sakit puan atau penjaga kesihatan anda.

Sentiasa jaga kebersihan vagina anda dan jangan lupa lakukan senaman kegel ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Elaine Boey dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Penulis

Beto Rahman