7 Perubahan Setelah Melahirkan Bayi Yang Mungkin Berlaku Pada Anda, Jangan Takut Ia Normal

Perubahan tubuh sebenarnya sudah mula berlaku semasa kehamilan, namun ada sesetengah perubahan setelah melahirkan akan kekal pada tubuh pada wanita jika tidak diambil perhatian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehamilan merupakan pengalaman yang ditunggu oleh kebanyakan wanita. Rata-ratanya menanti peluang untuk dapat zuriat dan menjadi seorang ibu. Namun hakikatnya, ada beberapa perkara yang turut mengalami perubahan setelah melahirkan anak, termasuklah bentuk tubuh wanita.

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Perubahan setelah melahirkan yang akan wanita alami
  • Perubahan badan wanita selepas bersalin apa yang normal dan tidak
  • Tips mengembalikan bentuk badan sihat

Perubahan tubuh ini bukan sahaja mengambil masa untuk kembali kepada asal, malahan perubahan hormon mungkin menjadikan proses kembali semula ini tidak lagi sama seperti dulu!

Biasanya yang paling ketara dan mudah dikenalpasti adalah perubahan pada bentuk tubuh terutama di bahagian pinggul. 

Perubahan setelah melahirkan yang akan wanita alami

Satu poll telah diutarakan di aplikasi theAsianparent, di mana ia telah mendapat maklumbalas undian dari 1,843 pengguna. Hasil undian poll mendapati 78% pengguna mengatakan mereka risau dengan perubahan tubuh selepas bersalin, manakala selebihnya tidak. 

Perubahan tubuh sebenarnya sudah mula berlaku semasa kehamilan, namun ada sesetengah perubahan tersebut akan kekal pada tubuh pada wanita sekiranya tidak diuruskan dengan baik.

Antaranya pertambahan berat badan, tanda regangan, nafsu makan meningkat dan lain-lain. Apabila keadaan ini berlaku, wanita perlu menerima perubahan  mendadak ini sementara dapat kembali ke keadaan tubuh yang asal.

Perubahan ini merisaukan kerana ia bukan sahaja memberi impak pada keyakinan diri wanita tersebut, malah ia mempengaruhi cara berpakaian, pergaulan dan pastinya hubungan bersama pasangan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rata-rata pengundi memberi komen yang hampir sama berkenaan berat badan yang berbeza selepas bersalin. Perubahan hormon ketika hamil pada sesetengah wanita menyebabkan berat badan naik mendadak, malahan ada mengalami penurunan kadar metabolisma sebaik sahaja melahirkan anak.

Kebanyakan wanita fokus kepada perubahan berat badan selepas melahirkan anak, padahal hakikatnya badan ibu mengalami banyak lagi perbezaan yang ketara.

Ini kerana tubuh wanita telah menjalani satu pengalaman yang menakjubkan ketika hamil yang mempengaruhi banyak perkara lain pada wanita! Ini adalah beberapa perubahan selepas melahirkan bayi:

#1. Saiz Kasut

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hormon relaxin yang terhasil semasa proses melahirkan anak bukan sahaja meregangkan bahagian pelvik wanita, malah mempengaruhi ligamen lain pada tubuh termasuklah kaki! Ini menyebabkan kaki wanita selepas bersalin seakan lebih ‘longgar’ dan bertambah saiz.

#2. Saiz Vagina

Walaupun dikatakan saiz vagina kembali kepada asal selepas kelahiran, kebanyakan wanita akan mempunyai vagina yang lebih luas. Antara faktor yang menyumbang termasuklah cara bersalin, saiz bayi, faktor genetik dan faktor lain.

#3. Payudara Yang Berubah Saiz

Payudara wanita menjalani beberapa perubahan semasa dan selepas mengandung. Payudara akan lebih besar pada mulanya, kerana tisu lemak yang tidak aktif di payudara akan digantikan dengan tisu yang berfungsi sebagai persediaan untuk menyusu.

Namun selepas tempoh penyusuan berakhir, payudara akan ‘mengempis’ dan tidak digantikan dengan lemak serta merta. Sekiranya wanita merokok atau mengalami berat badan naik mendadak, besar kemungkinan payudara akan lebih mudah jatuh selepas bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Risiko Kanser Payudara Menurun

Penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko seumur hidup untuk mengalami kanser payudara. Untuk setiap 12 bulan seorang wanita menyusukan bayi, risiko kanser payudaranya menurun sebanyak 4%!

#5. Keguguran Rambut

Selepas tahap hormon kembali normal selepas mengandung, rambut yang cantik semasa hamil akan tiada lagi!

Namun masalah rambut luruh sebenarnya hanya  sementara dan selalunya akan kembali normal kira-kira 12 hingga 18 bulan selepas bersalin.

#6. Pinggul Lebih Lebar

Sesetengah wanita mungkin perasan yang pinggul mereka lebih lebar dari sebelum hamil, menyebabkan wanita terpaksa membeli seluar dengan saiz baru. Menariknya, ini bukan disebabkan hormon yang sama menyebabkan saiz kaki berubah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaliknya, pinggul lebih lebar mungkin disebabkan oleh pemendapan lemak ke kawasan badan yang mempunyai sel lemak tambahan. Dalam erti kata lain, sesetengah wanita mengalami kerengsaan kerana terkumpulnya sel-sel lemak, bukan kerana tulang pinggul mereka menjadi lebih lebar.

#7. Keinginan Seks Menurun

Selepas seorang wanita bersalin, ia boleh mengambil masa setahun keinginan seks kembali ke tahap biasa. Perubahan selepas melahirkan ini berkaitan dengan keletihan menjaga anak, dan juga disebabkan penyusuan ibu.

Wanita yang menyusukan anak mempunyai tahap estrogen yang rendah, menyebabkan dia tidak mudah terangsang. Nampaknya suami kenalah banyak membantu isteri bagi mendapatkan rehat juga ya!

Perubahan badan wanita selepas bersalin apa yang normal dan tidak

Ada yang gembira dan tidak dengan perubahan yang berlaku kepada tubuh badan selepas bersalin. Wanita setelah melahirkan biasanya akan mengalami perut buncit, perubahan fizikal dan lain-lain lagi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tapi perlu diketahui apa yang normal dan tidak sepanjang berlakunya perubahan ini. 

Wanita lepas bersalin akan mengalami perubahan normal pada bentuk badan seperti yang disebutkan di atas termasuklah pinggul yang lebih lebar, payudara yang lebih kembang, keguguran rambut dan mungkin juga stamina yang makin menurun. Ia adalah perubahan normal yang biasa berlaku.

Namun ada beberapa perkara yang tidak normal yang perlu diberi perhatian sekiranya berlaku selepas anda melahirkan. Ia termasuklah:

#1. Terlalu kerap kena UTI

UTI atau biasa disebut kencing tidak lawas antara yang biasa berlaku kepada wanita lepas bersalin. Namun jika ia terlalu kerap dan menimbulkan ketidakselesaan kepada anda, ada baiknya untuk merujuk kepada doktor.

Salah satunya ia mungkin ada kaitan dengan kebersihan ketika anda mencuci vagina tetapi mungkin juga boleh disebabkan perkara lain seperti gangguan pada pundi kencing dan sebagainya.

Jadi, sekiranya setelah bersalin anda kerap mengalami kencing tidak lawas, segeralah berjumpa doktor dan dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar ini.

#2. Murung, cepat marah

Ini mungkin sindrom baby blues. Namun sekiranya ia berterusan, anda perlu mendapatkan bantuan. Ada yang mengaitkannya dengan meroyan. 

Perkara ini bukan saja akan menganggu emosi anda tetapi juga ahli keluarga yang lain termasuklah suami dan anak-anak. Lebih teruk jika ia membuatkan anda membenci bayi sendiri.

Jadi jika orang sekeliling atau anda sendiri merasakan sesuatu yang pelik pada diri anda iaitu cepat marah atau kelihatan murung serta mudah menangis, ada baiknya segera dapatkan rawatan.

#3. Sakit pada abdomen

Sekiranya anda mengalami kesakitan pada abdomen segeralah berjumpa dengan doktor. Ada kes yang masih ada cebisan uri yang tertinggal jadi ia membuatkan berlakunya jangkitan dan menyebabkan komplikasi dalam abdomen.

Jangan pandang ringan jika berlakunya keluar darah yang berbau busuk daripada kemaluan anda. Ia juga tanda sesuatu tidak normal sedang berlaku dalam tubuh anda.

Kondisi perut setelah melahirkan biasanya akan menjadi lebih lebar dan buncit, tetapi jika buncit itu mendatangkan rasa tidak selesa dan sebagainya, eloklah anda cuba dapatkan rawatan.

Tips mengembalikan bentuk badan sihat

Ada wanita lepas bersalin yang mengaku mereka tidak yakin untuk bertemu masyarakat kerana mengalami perubahan bentuk badan selepas bersalin.

Jadi apa perkara yang anda boleh buat untuk mengembalikan bentuk badan sihat seperti sebelum hamil. Ini antara tips yang anda boleh buat:

#1. Kurangkan pengambilan gula

Kurangkan pengambilan makanan serta minuman manis. Gula adalah musuh paling utama dalam penurunan berat badan. Tanya saja kepada mereka yang cantik bentuk badannya, biasanya mereka ini jarang minum minuman manis.

Sekali sekala tidak mengapa, tetapi anda sendiri akan rasa perubahannya jika berhenti minum air manis. 

#2. Bersenam

Tidak perlu yang berat-berat. Berjalan saja sudah mencukup seperti cukupkan 10,000 langkah sehari. Jika tidak mampu, boleh buat seminggu tiga hari untuk bersenam.

Bersenam akan membuatkan badan anda berpeluh dan mengeluarkan toksin daripada badan. Dengan senaman ia juga akan mewujudkan emosi positif dalam diri anda sekaligus meningkatkan mood untuk meneruskan gaya hidup sihat.

Apakah perubahan yang anda alami setelah melahirkan anak? Jom kongsi bersama kami di komuniti theAsianparent bersama para ibu yang lain dengan memuat turun aplikasi di sini

  1. webmd (August 25, 2015). 6 Post-Pregnancy Body Changes You Didn’t Expect. www.webmd.com/parenting/baby/features/post-pregnancy-body-changes
  2. National Library of Medicine (November 21, 2021). Physiology, Postpartum Changes. www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK555904/

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bilakah Ibu Boleh Bersenam Selepas Bersalin? Apa Senaman Yang Bagus Untuk Lebih Langsing?

Baca juga: Gangguan Kebimbangan Melampau Boleh Terjadi Selepas Bersalin, Ini Tanda & Puncanya

Baca juga: Berat Ibu Naik Semasa Mengandung? Ketahui 11 Cara Kuruskan Badan Selepas Bersalin

Penulis

Beto Rahman