Apa Tanda Hamil 1 Minggu? Ada Beberapa Tanda Mengandung Seawal 1 Minggu Yang Boleh Rasa Pada Perubahan Diri

Boleh nampak ke tanda hamil 1 minggu? Ada sesetengah memang ada tapi sering disalah sangka dengan kitaran haid.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ramai yang pasti tertanya-tanya, apakah tanda hamil 1 minggu kerana biasanya jika diketahui pun sudah berusia 1 bulan atau empat minggu. Kali ini kami kongsikan ciri-cirinya termasuklah ukuran perut hamil 1 minggu.

Ketika awal kehamilan iaitu minggu pertama hingga keempat, perut ibu tidak akan terlalu jelas kelihatan kerana keadaan janin yang tersangat kecil diibaratkan seperti biji popi. Kecil kan? Disebabkan itu ramai saja yang tidak perasan.

Paling anda boleh tahu pun jika anda perasan anda lewat datang haid atau merasakan perubahan pada payudara yang terasa penuh dan keadaan suhu badan yang sedikit panas dari biasa. 

Hamil 1 Minggu

Sesetengah wanita tidak mempunyai sebarang tanda hamil minggu 1, sementara ada yang mengalami simptom seperti letih, payudara tegang, dan rasa kekejangan sederhana. Selain itu, puting payudara sakit tanda awal kehamilan juga sering disalah sangka PMS.

Secara amnya, pakar perubatan mengukur kehamilan minggu 1 dari hari pertama seseorang wanita itu mengalami kitaran haid terakhirnya. Walaupun seorang wanita tidak selalunya boleh dikesan hamil pada peringkat ini, mengira minggu 1 dari hari terakhir kitaran haid boleh membantu mengenal pasti jangkaan tarikh bersalin seseorang wanita itu.

Biasanya ketidakhadiran haid selalunya tanda hamil 1 minggu utama akan awal kehamilan.

Ciri-ciri & Ukuran Perut Hamil 1 Minggu - 1 Bulan

Mungkin ramai yang sudah jelas bahawa bila hamil 1 minggu memang perut anda langsung tidak kelihatan perubahan. Disebabkan itu biasanya ibu mengetahui mengandung selepas usia kandungan tiga minggu.

Pada usia kandungan tiga minggu, sel sperma dan ovum yang bersatu akan membentuk zigot dan akan berkembang menjadi embrio. Seterusnya pada usia kandungan 4 minggu atau sebulan, embrio akan mula tertanam atau menempel di dinding rahim.

Kantung amnion atau ketuban akan mula terbentuk. Ini akan menjadi rumah kepada bayi anda hingga tiba masa mereka untuk lahir. Plasenta atau uri juga akan terbentuk untuk menghasilkan sel darah merah bayi anda dan bertanggungjawab menghantar nutrisi kepada bayi.

Ini adalah permulaan kepada aktiviti penting untuk bayi anda. Dari sekarang hingga 6 minggu yang berikutnya, semua organ akan mula terbentuk dan ada yang akan mula berfungsi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ukuran janin 1 bulan dianggarkan lebih kurang seperti sebutir beras atau sekitar 6-7 mm. Walaupun ukurannya masih kecil, tetapi janin sudah boleh dilihat di dalam kantung apabila di scan. 

Tanda Hamil 1 Minggu - 1 Bulan

Kehamilan terjadi apabila sel sperma bersatu dengan sel ovum di dalam rahim. Seterusnya ia akan menempel di dinding rahim. Berikut adalah tanda hamil 1 minggu yang ibu boleh perhatikan:

1. Alami spotting (biasanya berwarna coklat pekat bercampur sedikit darah)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, ciri kehamilan seminggu biasanya tidak jelas kelihatan kerana pada usia 1 minggu kehamilan, janin masih belum terbentuk dalam perut ibu. Bentuk perut hamil 1 minggu masih belum alami perubahan begitu juga dengan keadaan payudara. Ia mungkin masih belum membengkak atau rasa terlalu penuh. 

Pada seminggu kehamilan, anda mungkin alami spotting hasil daripada implantasi atau penempelan di dinding rahim. Spotting ini boleh berlaku dalam beberapa jam sahaja, atau ia juga boleh berlangsung selama beberapa hari.

2. Mual

Hormon kehamilan akan menyebabkan anda rasa mual dan juga pening kepala. Anda juga mungkin akan alami muntah-muntah pada peringkat ini. 

3. Kembung

Anda mungkin akan rasa bloated. Ia berikutan hormon progesteron yang semakin meningkat. Jadi elak menggunakan seluar yang ketat. Lebih baik gunakan seluar yang longgar. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Kejang perut

Anda mungkin akan rasa kekejangan ringan pada perut seperti senggugut tetapi tidaklah terlalu kuat. Mungkin juga anda akan terasa senak perut dan perut rasa tidak selesa. 

Rasa kekejangan perut boleh dirasai kerana embryo melekat pada dinding uterus. Ia boleh dirasai seperti kekejangan pada abdomen, pelvis, atau bahagian bawah belakang badan.

Sakit kejang perut itu boleh jadi dirasai seperti ditarik, di geli, atau mencucuk-cucuk. Sesetengah wanita mengalami hanya beberapa kali kekejang perut yang minor, sementara yang lain boleh merasakan ketidakselesaan secara bermusim yang datang dan pergi selama beberapa hari.

5. Perubahan emosi

Mungkin anda tidak perasan, tetapi orang lain mungkin perasan. Anda mungkin akan jadi lebih sensitif daripada biasa atau cepat marah atau cepat sedih. Selalunya tak begitu pun, tetapi bila hamil, perubahan hormon akan menyebabkan perkara ini berlaku. 

6. Cepat letih

Anda akan jadi seorang yang terlalu cepat letih. Mahu berjalan pun mungkin anda jadi malas. Tetapi tidak semua akan alami perkara ini, ada juga ibu yang rasa biasa saja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi sebab itu tidak pelik jika ada yang masih tidak sedar walaupun sudah mengandung 4 bulan!

Tanda Lain Awal Kehamilan

Tanda awal kehamilan 1 minggu setelah berhubungan sebelum disahkan hamil adalah berbeza pada setiap wanita dan setiap kehamilan. Tapi yang paling biasa adalah ketidakhadiran haid.

Berikut adalah tanda mengandung 1 minggu termasuklah:

  1. mual dengan atau tanpa muntah
  2. Perubahan pada payudara termasuklah kelembutan, membengkak, atau rasa geli, atau urat biru yang sangat ketara
  3. Kerap kencing
  4. Sakit kepala
  5. Suhu tubuh meningkat
  6. Senak perut atau gas
  7. Kekejangan bahagian pelvik yang sederhana atau ketidakselesaan tanpa pendarahan
  8. Penat atau letih
  9. Mudah rengsa atau mood tidak stabil
  10. Mengidam atau menolak sesuatu jenis makanan
  11. Peningkatan deria bau
  12. Rasa logam di dalam mulut

Tidak semua tanda hamil 1 minggu ini adalah unik kepada kehamilan. Ia juga penting untuk anda tahu yang awal kehamilan tidak selalunya hadir dengan simptom yang ketara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara terbaik untuk seseorang itu mengenal pasti jika mereka hamil atau tidak adalah dengan melakukan ujian UPT kehamilan.

Bila Patut Buat Ujian UPT?

Satu ujian kehamilan mengira amaun Human Chorionic Gonadotropin (hCG) hormon di dalam urin. Hormon ini biasanya hadir apabila seseorang wanita itu hamil. Ketika telur membesar kepada embryo, sel yang mengelilinginya dan kemudian menjadi plasenta yang menghasilkan hCG.

Terdapat banyak kit ujian kehamilan yang boleh dipercayai pada hari ini. Satu alat ujian UPT kehamilan boleh memberitahu sama ada anda hamil atau tidak dalam masa hanya beberapa minit, dengan dakwaan yang selalu kita dengar menawarkan hampir 99 peratus ketepatan.

Untuk membantu anda untuk mendapat keputusan yang paling tepat, masa terbaik untuk melakukan ujian UPT kehamilan adalah 1 minggu selepas haid tidak hadir. Keputusan ujian kehamilan adalah antara positif atau negatif.

Jika seseorang wanita itu melakukan ujian kehamilan lebih awal dari 1 minggu selepas ketidakhadiran haid, ia mungkin akan memberikan keputusan yang negatif, biarpun wanita itu sebenarnya hamil.

Jika seseorang itu percaya yang dia hamil biarpun ujian UPT adalah negatif, mereka patut mengulang semula ujian kehamilan selepas 1 minggu.

Untuk mengelakkan keputusan negatif yang tidak betul, semak tarik tamat tempoh ujian UPT itu, dan ikuti setiap langkah dengan betul berdasarkan langkah yang ditulis.

Seseorang wanita itu juga boleh melakukan ujian darah untuk mengenal pasti sama ada mereka hamil atau tidak. Ujian ini dapat mengenal pasti kehadiran hCG dalam darah. Ujian darah boeh menunjukkan keputusan positif beberapa hari awal berbanding ujian urin, tetapi ia mungkin akan mengambil masa sehingga 48 jam untuk mendapatkan keputusan dari makmal.

Ukuran Perut Sepanjang Kehamilan

Ukuran ini tidak sama untuk semua wanita. Ia bergantung kepada sama ada ini adalah kandungan pertama atau sebaliknya dan juga jenis kulit wanita itu. 

Ibu mungkin belum boleh melihat dengan jelas perut hamil 1 minggu hingga sebulan dan akan kelihatan seperti tidak hamil. Perut akan mulai membesar di akhir trimester pertama atau ketika usia kandungan 3 bulan iaitu sekitar 12 minggu. 

Bagi wanita yang sudah pernah hamil atau bukan kehamilan kali pertama, mungkin perutnya akan lebih mudah kelihatan. Ketika ini anda sudah boleh mula makan vitamin untuk ibu hamil.

Seluar skinny jeans atau seluar yang ada butang mungkin sudah tidak lagi boleh dibutang. Jadi sudah masanya untuk anda beli belah pakaian baharu yang mungkin lebih longgar.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Bayi Anda Besar Mana Pada Usia Kandungan Minggu Ke-4 Ini?

Baca juga:  Kandungan Saya Masuk 5 minggu - Bayi Sekarang Besar Mana?

Baca juga: Apa Perkembangan Janin Dari Hari Pertama Hingga Minggu Ke-3 Kehamilan?

Penulis

Lala Annuar